Friday, March 15, 2013


Terasa di ambang perciciran.
Antara tercicir atau tsabat.
Pastinya bertahan dan kekal itu sangat membahagiakan.
Rasanya manis dan menguntum mekar.

Tuhan sedang menguji kata janji.
Kalau benar katamu hai hambaKu, kotakan!
Biar dengan linangan air mata atau berkorban perasaan,
Biar dengan segala usaha perubahan,
Biar dengan segala kiriman doa-doa yang panjang dan banyak,
Usahakan dulu.

Usahakan sabarmu,
Usahakan ketahananmu,
Usahakan doamu,
Biar tegas dengan apa pendirianmu bilang,
Biar tetap langkahmu,
Biar nampak usahamu dan tanda berjaya doamu,

Kau dan aku masih kabur pada jalan hadapan,
Tapi jika destinasimu menujuNya segera,
Tajdid niatmu,
Dan yakin pada nikmat di hari depan,
Dan yakin bahawa aku sedang optimis dengan nikmat itu,
Kau juga harus begitu.



No comments: