Dr. Nuha
Let's bygone be bygone
Panggil aku Nuha. Nuha. Bukan Nuha Senator Tajul bergandingan dengan Alang Rebus Tak Empuk dalam karya Kak Su. Tapi cukuplah sekadar Nuha. Bukan menafikan gene abi dalam 46 chromosome ku. Tapi, sebaiknya, cukuplah Nuha. Nuha, anak berlian arwah abi dan mummy, kakak kepada Hannah.
Nuha yang mempunyai pendirian tegas, bulat kata Nuha, bulatlah jadinya. Mummy, kalungkan Nuha dengan sejuta doa, Nuha benar-benar mahu ke sana. Nuha teringin benar, mummy. Nuha hanya bermonolog rasa. Itu alkisahnya yang lalu, lama sudah, sejak Nuha di bangku sekolah lagi, sejak dia bergaya dengan baju kurung putih dan berkain biru lagi. Ketika itu, Nuha masih ikat kemas rambut dengan tocang ala-ala ekor kuda. kemas.
ya, Nuha yang ceria. arwah abi kata Nuha talkative tahu? tapi itu, Nuha yang dulu. sebelum disapa angin terbang cinta, dipupuk bayu kasih ajnabi. Nuha yang dulunya kental bisa rebah, Nuha yang jarang menyapa dan disapa, bisa tertipu dengan haruman wangi cinta.
cinta?
Nuha tertanya, itu kata kerja atau kata nama? bisa dicanang merata-rata atau cukuplah sekadar meletakkan sebagai rahsia. diulit cinta? Nuha terasa mahu muntah hijau. itu sekarang. dahulu, Nuha belum pernah merasainya, tidak pernah lagi hatinya diketuk dengan bertalu-talu. dan apabila pintu hatinya diketuk, dia tersentak. kuat dan bingit. Nuha tidak mampu menolak, tetapi terus menerima. Bila fitrah disapa dengan lembut, Nuha tersandar bahagia. Nuha bahagia sangat, mummy. Nuha terasa seperti terlantun ke langit, kemudian jatuh disambut awan lembut. Itu kata Nuha sebelum mengenal erti kecewa.
Nuha masih teringat babak-babak cerita diatur Tuhan.
“Nuha, saya ada sesuatu yang mahu diceritakan, Nuha tenang ya,”.
Nuha terdiam.
“dia sakit. barahnya sudah merebak hingga ke hati. Dia sekarang tenat Nuha. saya perlu balik pada dia,” dia berkata perlahan. pertama kali, Nuha melihat air mata lelakinya mengalir. Nuha terkedu. Nuha melihat pentingnya dia pada dia. mudahnya.
Nuha diam. Nuha tahu siapa dia. Nuha mengumpul segenap kekuatan, Nuha perlu tersenyum. perlu sangat, buat masa sekarang ni Nuha. Dia, Nuha kenal dia. Nuha cemburu pada dia. Dia yang pernah ada di taman hati dia. oh Tuhan. Nuha segera bangkit, Nuha perlu berlalu, Nuha mahu suruh Hannah menampar-nampar pipinya lalu mengatakan ini hanya mimpi.
“ya, baliklah pada dia. saya akan okay. saya masuk dulu ya,”. Nuha menggagahkan diri untuk tersenyum.
Nuha hipokrit. berderai-derai air matanya jatuh, Nuha seka cepat-cepat takut-takut mummy ternampak. Nuha akan malu, dan Nuha perlu kuat. Buat masa sekarang ini, bertabahlah hati.
Tuhan, Nuha terasa macam hati Nuha pecah-pecah berdarah. Nuha terasa seperti mahu sujud melutut pada Tuhan. terasa sahaja Nuha? terasa tu tidak cukup. sujudlah, bukankah ini perancangan Yang Maha Esa. perasaan Nuha bercampur baur. dan mummy, Nuha sudah berkira-kira, menghitung tahun, Nuha hanya perlu tunggu 5 tahun lagi. 5 tahun lagi mummy. Nuha akan tunggu dengan setia, Nuha sudah berkira-kira untuk menjadi yang solehah untuknya.
Nuha sudah berkira-kira untuk memakai hijab sebelum berlepas ke Ireland. Nuha mahu mempersiapkan diri, emosi dan mental untuk 5 tahun yang tidak lama. di samping itu, Nuha mahu belajar dengan bersungguh-sungguh, Nuha mahu benar pergi ke kem perang, merawat mangsa-mangsa perang dunia yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Nuha mahu menjadi ummi yang berwawasan kepada generasi Nuha. Nuha tekad, Nuha mahu menjadi seperti ribuan sukarelawan yang terus menabur jasa. Nuha mahu merasai kepayahan hidup berlantaikan tanah, berlaukkan pasir, dan berkipaskan angin yang sekali-sekali datang singgah bersama panas matahari yang terik. itu cita-cita Nuha, dahulu. dahulu sebelum kecewa.
dan hari ini, Nuha perlu tekad untuk menghentikan angan-angan tinggi yang tak pernah menjejak bumi. Hannah, dodoikan Nuha, Nuha mahu tidur tanpa mimpi-mimpi indah. Nuha penat. Nuha mahu berehat. boleh ya Hannah? Hannah hanya mengangguk lalu menyelimut Nuha yang teresak-esak dan bila mata Hannah tertancap pada deras air mata Nuha yang mengalir, Nuha cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya di bibir. Nuha mahu ke sana dalam sebulan lagi. Nuha mahu bangun nanti, hilang segala memori dulu. Nuha mampu, kan Allah? Nuha tahu, Nuha mampu.
Nuha bangkit, melihat sekelilingnya kelam. Nuha melihat Hannah tertidur di sebelahnya dengan memegang tasbih abi. abi! Nuha mahu sahaja berlari dan memeluk abi. Hannah dodoikan Nuha dengan tasbih abi, air mata Nuha mengalir lagi. agak-agak, lama-lama nanti Nuha akan buta mata tak sebab asyik menangis sahaja? Nuha bangun kemudian mencapai tafsir hadiah abi sebelum abi pergi untuk selama-lamanya. abi, Nuha rindu!
Nuha memegang tafsir yang berwarna merah hati itu lalu memejam mata, Tuhan, jika benar ini dinamakan turning point, pandulah tangan Nuha untuk memilih ayat terbaikMu. Nuha mahu pulang. pulang mahu mengenal Kamu. Bolehkan, Nuha terasa mahu berpaut pada dahan yang teguh dan takkan pernah rapuh. Nuha mahu menjadi kuat, tidak lembik. Nuha terasa dunia tidak pernah berhenti menipu dan Nuha lah tipah tertipu itu. sungguh memalukan! Nuha menutup muka dengan tafsir abi, menghela nafas dalam-dalam sebelum membaca tempat jari Nuha terhenti.
“wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Dia yang Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu, Maha Terpuji,”. (35:15).
Kali ini Nuha sujud damai di atas tikar sejadahnya, menangisi kehilangan dan juga kebahagiaan. Nuha terasa hilang, tetapi manisnya, Nuha terasa seperti bertukar jasad dan roh yang baru. tiada lagi rambut panjang yang Nuha tocang ala-ala kuda. Rambut itu Nuha sanggulkan kemas lalu disembunyikannya di balik kerudung labuh menutupi dada. Nuha mahu menjadi perempuan sederhana dengan bersarung kaki dan berbaju kurung.
Nuha melihat dirinya di hadapan cermin yang sudah siap berkot hitam. kemas dan konfiden. Nuha menarik nafas dalam-dalam lalu mengambil beg sandangnya dan berjalan ke arah Hannah dan mummy. Nuha tersenyum manis.
ya, ini harinya. Nuha mesti bangkit, bersungguh-sungguh, Nuha mampu, abi.
abi, Ambrose Redmoon kata,
“Courage is not the absence of fear, but rather the judgement that something else is more important than fear,”.
Nuha mahu berani, berani menggenggam mimpi. Nuha mahu hidup, hidup dengan lebih ceria. Dia bagaimana? Nuha doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. Lalu cinta bagaimana Nuha? Nuha sudah pandai berkata tidak pada cinta. Maaf, Nuha yang pernah terluka hati, masakan cepat sekali parut lama hilang? Nuha mahu fokus pada cita-cita, hati Nuha sudah double keras untuk cinta. cinta manusia? maaf, Nuha mahu memburu cinta Tuhan dulu, cinta ini sudah tidak terkejar lagi. Manisnya, Nuha sahaja yang tahu tau!
abi,Nuha pergi dulu ya. nanti panggil Nuha, Dr. Nuha ya! InsyaAllah.
-naora-
Let's bygone be bygone
The longer one holds on to a memory, the longer one lives in the past. The deeper the memory they hold onto, the more beautiful the past will become. The beautiful memories will eventually turn into hate. Even if they look ahead, they lose the ability to walk. As long as the heavy chain called revenge continues to bind the heart, the tears of sadness will continue to flow.
taken from senior.
Hati emas milik Aisyah
"i'm a muslim!" katanya tersenyum bangga.sekali pandang, ahh.bukan kategori islam lah dia..dua kali pandang, mungkin anak kacukan..tiga kali pandang..lawaaaa! phewwwit!
masakan aku mengatakan engkau islam teman..jika aku tidak pernah bertanyamu.masakan aku tahu kawan, kita berkongsi Tuhan yang sama.kau.aku.Dia ada di antara kita..patutlah aku selalu rasa sangsi dengan agamamu.
maafkan aku.aku tidak pernah tahu Jane jika dirimu itu muslimah!
engkau selalu bertanya..tak panas ke mempunyai tudung litup di kepala.aku sekadar tersenyum saja.terkadang kau bergurau..macam mana ya bau rambut yang basah kau peram begitu?..hilang wanginya..
ahh.mahu saja aku membalas..mana busuknya? aku tidak mahu rambut ini terbakar di akhirat sana..tapi akalku menegah lidahku berbicara.masakan aku mahu menyakiti hatimu Jane..kau punyai hati emas itu!
tapi Jane.walaupun engkau biarkan rambut perangmu terbang bebas, walau kau selalu bercerita tentang dunia..
aku tahu, kau hilang sebenarnya.kau rindukan tarbiyyah.jika tidak, masakan kau tidur di ribaku bila aku mengalunkan kalam Allah..
aku tahu teman, kau dahagakan usapan islam.jika tidak, kau takkan curi curi mendengar dendangan zikir dalam mp3ku..
kau tahu, Allah sedang melambaimu..tapi, jelas..kau tiada daya menyambut huluranNya..
"nanti, kau ajar aku puasa ye! Ramadhan da dekat kan.." kata Jane sambil tersenyum.baruku perasan, tubuhnya kini kurus, mukanya cengkung..Jane! apakah ada lagi kebimbangan terselirat dalam hatimu?
"okie dokie!" sesaat, aku gembira melihatnya bersemangat.aku cuba Jane! menjadi bahumu.aku mahu kau mendaki puncak mukminah sebelum aku terlambat.ahh.tanggungjawab!
benarlah..

"sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung ganang..tetapi semuanya enggan memikul amanat itu dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya..lalu dipikullah amanat itu oleh manusia..sungguh manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh.."
[al ahzab: 72]
betapa ramai manusia di luar sana.. ahh. miskin jiwa! derita dalam keseronokan.tapi kau sedar Jane.berlian harus dipanaskan oleh haba dengan kepanasan berganda.barulah manusia mencari titik bermulanya dia.kau sudah rasakan kepahitan pada ubat yang kau telan.cukuplah.biarkan memori lalu rentung dalam indahnya cinta Tuhan! biarkan segala ego, sombong, bongkak, kecil hati, kau bakar mereka dalam relau mehnah Allah..
alangkah beratnya.
kau kata kau kagum dengan Aisyah binti Abu Bakar..teman pendamping Rasulullah kala sakaratulmaut menjelang tiba..
kau kata kau kagum dengan Zainab al Ghazali, wanita yang kental emosi dan fizikalnya tatkala dipenjara oleh musuh musuh Allah..
kau kata kau kagum pada cinta sang Rabiah..cinta sejati kepada Tuhannya..
tahukah engkau Jane? aku juga kagum denganmu.kau punyai hati emass! kau di anugerahkan dengan sifat Allah iaitu ar Rahim walaupun kasihnya Allah takkan sama dengan cintanya manusia.
anak anak yatim datang bermanja denganmu..kau peluk, kau cium.katamu, Rasulullah juga anak yatim..
kebelakangan ini, senyummu hambar..kau sakitkah Jane? mana sakitnya?
kau kata..hatiku ini sakit.kosong Zulfa! selku ini kering tanpa makanannya.makanan jiwa!
lalu kau menangis tersedu sedan menyesali zaman gelapmu dulu..ahhh!
gelap lagi dari malam gelita.biarpun pekat warnanya, bila mentari tiba..berubahlah dunia! nampaklah rumput menghijau di daerah sana..tapi bukan hatiku Zulfa!
hati ini bukan puzzle teman.yang mampu kau cantum cantumkannya kembali.
hati ini boleh menjadi batu sahabat.keras pejalnya biar diketuk oleh seribu manusia, pecahnya hanya sedikit cuma.
aku malu Zulfa! malu dengan waktu yang aku telah sia siakan.berapa kerat lagi umur yang ada? 40 tahun lagi? ahh..benci hati ini Zulfa!
berkali kali aku katakan padamu Jane..
Kau punyai hati emas itu! hati emass sahabat!
takkan kau temui hati itu melainkan ia perlu ditempa, disesah dengan mujahadah!

cukup Jane.kita sudah pun muslimah.ayuhh! mari kita daki ke puncak mukminah.sabar teman! pegang tanganku erat!
dan saat itu, kau ambil sehelai tudung labuhku..kau pakaikan mahkota itu di kepalamu.
"Jane! subhanallah.kau cantik sekali! itulah dirimu Jane!"
"panggil aku AISYAH, Zulfa!"
- naora -
Cinta itu Jihad
Raudhah membiarkan saja telinganya mendengar lagu mr usher.pantas dia cuba menghadam satu persatu mesej yang mahu disampaikan.
ahh.kosong.bolong.tiada.
hanya sekadar memuja cinta seorang wanita.apakah kaum adam sangka hawa adalah segalanya?mungkin.ya.tiap nyawa itu bercambah dalam rahim sang hawa.
namun.beringatlah..wanita mempunyai kuasa menghumban lelaki ke dalam azab pedihnya neraka..nauzubillah.
matanya sekadar merenung lama pada report cik microbnya..pening memikirkan idea idea untk mengisi satu halaman muka surat lagi..mngkinkah moodnya sudah hilang ditiup angin lalu?mungkin juga akalnya ligat berfikir tentang karya Saidatul Safaa yang dikhatamnya pada pagi itu..
Segera dicapainya tafsir al-Quran yang berwarna coklat emas lantas dilagukannya perlahan lahan..terasa rindu makin membuak kepada tarannum yang sudah lama ditinggalkannya..Rindu pada sabarnya anak didik Hajah Rogayah..ustazahnya kini sudah mempunyai kembar, Madihah dan Najihah..Rindu pada lenggok suara itu..ahhh..
"sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya bersih-yang sedia bersihnya-bertambah tambah bersih
[dengan iman dan amal kebajikan].." as-syams:9
benar..Allah memberikan manusia pilihan..cahaya ataupun kegelapan..selamat ataupun azab..satu menguntungkan manakala satu lagi merugikan..menyejukkan atau membakarkan..alangkah besarnya Engkau Allah..rahmatMu jua yang membawa para hamba ke syurga..ahh.cinta.
Buku yang dikhatamnya pagi tadi memberikan seribu makna..sudah lama dia mahu memuntahkan lahar perasaannya..kembara seorang mujahid di bumi Palestin dibacanya satu persatu..ahh..cinta lagi..
benarkah cinta itu jihad?..
Demi cintamu pada Al-Quds..
jasad Syeikh Ahmad Yassin berkecai bersama kerusi rodanya..ahh Yahudi..benar benar tegar kamu! mengebom seorang manusia lumpuh tiada daya..alangkah dayusnya kamu Zionis!
namun, ucapan terima kasih aku dahulukan..tamatnya tugas seorang khalifah di dunia seiring dengan panggilan cinta sang bidadari bermata jeli..syahidmu mengharumkan lagi tanah Palestin..
demi kasihmu pada Al-Quds..
"kita akan mati satu hari nanti.tiada apa dapat mengubahnya.jika ditakdirkan mati kerana serangan Apache atau jantung..aku tegar memilih Apache!"
teriak Dr Abdul Aziz Rantisi..
Dummm! bergegar bumi palestin dengan berita kematianmu..doakan aku syahid sepertimu, saudaraku!
Demimu..demimu..keranamu..Al-Quds..
mujahidin rela tubuhnya ditembusi sang peluru yang tak bermata..biarkan saja! kami rela jasad ini dirobek robek oleh tangan tanganmu durjana yang penuh dosa!
tiada air mata menemani kematian sang suami..mujahidah hanya mampu berdoa rahimnya subur dengan mujahid mjahid kecil..wira agama..
bertahanlah anakku! ibu mahu menghantarmu segera ke syurga!
Tuhan..alangkah mahalnya harga sebuah keredhaan..magisnya cinta kepadaMu..
Raudhah sedar kini, dia juga berada di ambang jihad..dia berada dalam saf saf yang rindukan kedamaian..berambuslah dikau keganasan! menjauhlah engkau!
benarkah?
kita terlalu lena dalam muslihat mereka?hiburan..segalanya kau bilang saja.segalanya terhidang di depan mata..tunggu kau rebut saja..
pasakkan jati dirimu saudara! kuat.biarkan ia utuh bersama panji panji Allah.
matanya kemudian tertancap pada hadis ke 1670 kitab Imam Muslim..
"Abdullah bin Jaafar heard Ali in Kufah saying..Rasulullah said, the best world's women is Maryam binti Imran..
the best world's women is Khadijah binti Khuwailid..
Abu Khuraib said, "He pointed to the earth and the sky..."
sedar dirinya kini..ahh..cinta..jihad..
benarlah..cinta itu jihad..
Al-Quds..maryam..khadijah..
- naora -