Ada sesetengah minggu yang benar-benar membuatkan otak dan jiwa penat,
dan minggu-minggu itu sebahagiannya minggu di Monash Uni.
Jika kau dapati senyuman hambar dariku, maaf.
Jika aku diam tanpa menegur salam, maaf.
Jika aku laju berjalan tanpa menoleh ke arahmu yang sedang memandang,
maaf.
Kadang-kadang aku terlupa,
“Ukuran ketulusan dan kesejatian hatimu, adalah apa yang kamu berikan
padanya, untuk membuat kehidupannya lebih baik. Maka kamu adalah air, maka kamu
adalah matahari. Ia tumbuh dan berkembang dari siraman airmu. Ia besar dan
berbuah dari sinar cahayamu,” – M. Anis Matta
Dan aku sememangnya terlupa,
“Dalam makna memberi itu posisi kita sangat kuat, kita tak perlu kecewa
atau terhina dengan penolakan, atau lemah atau melankolik saat kasih kandas
kerana takdirNya. Sebab di sini kita justeru sedang melakukan sebuah ‘pekerjaan
jiwa’ yang besar dan agung – MENCINTAI,” – M. Anis Matta.
Kali ini bukan terlupa,
Tetapi sebenarnya,
aku masih belum punyai jiwa yang benar-benar sedia untuk mencintai,
Sungguh mengaibkan,
Aku sedang mencuba sekeras usaha dan sedaya upaya,
Sungguh mengaibkan,
Aku sedang mencuba sekeras usaha dan sedaya upaya,
Cinta, memang sebuah kata kerja.
Ia takkan pernah menjadi kata nama.
Semoga kita termasuk antara golongan yang saling mencintai keranaNya.
p/s : Jangan tanya aku, kenapa quotation M. Anis Matta banyak yang aku tulis dan suka.
No comments:
Post a Comment