Hari ini tahun
baru.
Semalam dan
kelmarin, mereka pergi.
Pagi-pagi lagi
selepas subuh, aku sibuk mengemaskan pakaian-pakaian. Nama ‘Imamuddin’ aku
tulis pada setiap baju dan seluarnya. Itu tanda pengenalan diri.
Beg bajunya
aku angkat. Berat. Sambil
berseloroh aku berkata,
“Imam nak
tinggal kakpi, tamau balik dah ke?,”
Dia hanya
tersenyum kecil.
Aku hanya
berpura-pura duduk di dapur, sibuk membasuh pinggan mangkuk.
Dia yang
berjubah putih, siap berkopiah putih memanggilku perlahan.
“Kakpi, kakpi.
Imam nak pergi dah,”.
“malam ni,
siapa lagi nak teman kakpi tidur?,”.
Sudah dua malam
dia tidur di sebelahku. Jiwa penakut aku semakin lama semakin membesar, jalan
terbaik, dia menemaniku. Dia tidur di bawah, dan aku tidur di atas.
Dia mungkin
berjauhan denganku untuk dua hingga tiga tahun. Dia baru
berumur 11 tahun. Masih keanak-anakan, baju sendiri masih tidak pandai lipat,
urus diri jauh sekali. Tapi, mak mengambil langkah tenang, dia bakal pandai
mengambil tanggungjawab dan menguruskannya.
Dia
menghulurkan tangan. Aku menyambutnya kesayuan.
Dia lalu
memeluk aku erat-erat.
“Imam doakan
kakpi boleh jadi hafizah jugak ye. Semoga imam jadi hafiz, anak soleh, mukmin
soleh, yang Allah cinta dan redha,”.
Tulus, dia
mengangguk.
“InsyaAllah,
nanti kakpi jenguk imam tiap minggu ye,”.
Dia memang
penyeri rumah. Gamat rumah dengan jeritan dan gurauannya. Sememangnya dia sentiasa
menenangkan.
Aku hanya
melambaikan tangan dari jauh, dan air mata yang bergenang, aku tahan-tahan.
Jangan tumpah, jangan mengalir! Batin aku menjerit kecil.
Aku
pujuk-pujuk diri. Dia melangkah keluar dalam usia muda begitu bukan untuk
main-main. Dia pergi mempelajari dan menghafaz ayat Tuhan. Dia pergi mencari
redha Tuhan.
Dan ya, sudah
dua malam aku pandang sayu pada katil bawah yang menjadi tempat tidurnya.
Dan sudah dua
malam, aku angkut tilam, bantal dan selimut berhijrah ke bilik lain.
Tiada lagi
suara “Kakpi, imam lapor,” pepagi buta.
Tiada lagi
suara aku bising-bising paksa dia mandi dan berus gigi.
Ahh adik,
dekat-dekat terasa sayang, jauh-jauh terasa rindu dan chenta pula. Allahu.
Imam (tengah) di pantai Sarawak. Dia sememangnya begitu. |
***
Dan
keesokannya, Maryam pula meninggalkan aku.
Maryam pergi
ke tempat yang berlainan.
Kali ini, aku
tidak tahu, cemburu aku membuak-buak.
Imamuddin dan
Maryam melangkah keluar dengan tujuan yang sama.
Merebut cinta
Tuhan.
Mencari redha
Tuhan dengan al-Quran.
Dan aku.
Masih belajar
di universiti sekular.
Masih berorientasikan
sistem barat.
Masih
merangkak-rangkak menghafal juzuk 30.
Masih diburu
dengan kesibukan yang tiada hentinya.
Dan tiada lain
yang boleh aku rawat kecemburuan, melainkan dekat dan terus berusaha mendekat
dengan Tuhan. Allahu.
Aku masih
ingat kata-kata mak bila memujuk adik untuk ke maahad tahfiz sana,
“Imam, Imam. Dalam
dunia ni, mak takde apa-apa nak bagi kat imam. Tapi yakinlah mak sedang
berusaha memberi syurga untuk imam,”.
Lantas, aku
lihat Imam mendakap emak sambil mengangguk kepala. Erat.
Dan sekali
lagi aku cemburu.
Dan sekali
lagi aku rasakan aku masih tidak special.
Tidak special
kerana tidak dipilih dan terpilih.
Masih belum
terlambat, untuk memilih.
Ahh, bidadari.
Walau engkau bermata jeli, yang diciptakan dengan penuh kecantikan dan ketaatan.
Walau jiwa
pendosa ku sentiasa mekar dan nafsu derhaka memanggil-manggil keras.
Aku berusaha untuk menahan dan bertahan.
Masih aku ingin bergelar dan digelar sebagai yang lebih baik darimu.
Sehingga engkau juga bisa cemburu denganku.
Tuhan, kurniakan cinta orang-orang yang mencintaiMu, dan amalan-amalan yang membawa kepada kecintaanMu.
No comments:
Post a Comment