Aku
memandangnya dengan pandangan kasih sayang. Tuhan, dia sememangnya seperti aku
dahulu. jiwa pemberontak, dahagakan kebebasan. Berseluar jeans lusuh, baju
sedikit ketat dan pendek, tudungnya kecil, lengan baju disinsing hingga ke
pangkal siku, muka kekurangan nur! Allahuu.
Tubuhnya
tinggi, jika ketinggian menjadi ukuran, sememangnya aku seperti adik bongsu.
Dia seperti kakak dan aku seperti adik. Aku yang rendah, aku yang sentiasa
manja, aku yang sentiasa bergantung pada ayahanda dan bonda, kemungkinan dia
terasa seperti tersisih kerana jiwa keanak-anakan sebenarnya sentiasa tumbuh
dan membesar dalam diriku. Iya, aku sentiasa menjadi anak bongsu 6 tahun,
sebelum aku mendapat adik seterusnya.
Tetapi,
aku kini pandai mengambil sikap matang, mungkin kerana sudah terasa sedikit
dewasa. Sudah reti menilai jiwanya, sudah tahu melihat lagak geramnya. Dan, aku
sebenarnya sudah ketinggalan 5 tahun, untuk mengubati kegersangan kasih
sayangnya. Kini aku tidak pasti mampukah aku mengutip kembali hati-hati yang
sentiasa bermesra, hati-hati adik-beradik yang saling mencintai, jiwa-jiwa yang
sentiasa mendakap mesra walaupun kami kejauhan.
Sebelum
ia benar-benar terlambat, aku mahu mengubahnya. Aku mahu dia menjadi sahabat
baikku, aku adalah pendengar setianya, dan aku mahu hati kami terus terikat dan
tersimpul mati. Biar ia tumbuh kerana siraman taqwa, biar ia bercambah kerana
basahnya iman dan ukhuwah. Dan di akhir cerita nanti, aku tidak akan lagi
menyesal, aku mahu dia benar-benar merasa manisnya dekat dengan Allah.
“Zulfa,
mari solat jemaah,”.
“Malaslahhh!,”.
Aku
terdiam. Sememangnya sabar itu dipanggil sabar apabila dihentam ketika minit
pertama. Sakit. Pedih ulu hati. Aku diam.
Barangkali
doaku kurang, barangkali kasih sayang yang aku lemparkan masih lesu tiada
ikhlas.
Perlahan aku bangun, terasa tiada kesudahan dengan aku memadamkan inti bicara, berdiri di hadapannya, lalu aku peluknya. Kaku dan keras tubuhnya.
“Duduk.
Duduk,” arahku tegas.
Kali ini aku bertekad mahu menghambur segala isi hati. Aku mahu dia melihat sisi baik solat berjemaah. Aku mahu dia mengerti ketenangan dan kasih sayang Tuhan. Aku mahu dia perlahan-lahan menyelusuri fasa-fasa kehidupan yang penuh dugaan dan godaan mendatang. Biar taqwa yang memujuk hatinya yang bakal lara berdepan dengan mehnah besar, biar iman yang menunjuk jalan bahagia.
Kali ini aku bertekad mahu menghambur segala isi hati. Aku mahu dia melihat sisi baik solat berjemaah. Aku mahu dia mengerti ketenangan dan kasih sayang Tuhan. Aku mahu dia perlahan-lahan menyelusuri fasa-fasa kehidupan yang penuh dugaan dan godaan mendatang. Biar taqwa yang memujuk hatinya yang bakal lara berdepan dengan mehnah besar, biar iman yang menunjuk jalan bahagia.
“Tahu
kenapa kita kena solat jemaah? solat jemaah itu ada rohnya sayang,”. sengaja
aku tekankan perkataan sayang. Aku teringat pada mama. Aku bertambah sayang dan
senang pada mama bila dia memanggilku Humaira sayang. Dan kerana itu, aku
simpan nombor henset mama dengan nama
kontak ‘mama sayang’. Dan aku mahu Zulfa tahu aku sayangkannya.
“Zulfa
dah cukup rohh, masih bernyawa. masih hidup, roh ape niii?,” bentaknya marah.
“Macam
mana roh Zulfa mahu hidup, kita dekat tapi jauh. Jiwa Zulfa sakit. Roh Zulfa
gersang. Kalau air hujan turun untuk sehari suntuk pun belum tentu Zulfa terasa
‘hidup’. Tapi, Humaira bukan mahu curah air hujan untuk tanah gersang Zulfa,
Humaira mahu curah air kasih sayang Tuhan. Dengan cara apa? Kita bina tali-tali
kasih sayang adik beradik dengan solat jemaah.
Humaira takkan minta pada Zulfa untuk akrabkan diri Zulfa dengan
Humaira. Tapi cukuplah Humaira minta pada Allah, semoga hati kita terikat dan
tersimpul mati dengan iman. Susah ke? Macam mana Allah nak pandang kita, kita
tandus kasih sayang,”
Suaraku
meninggi. Zulfa menunduk. Aku kembali diam.
aku
sepatutnya mengerti bahawa Zulfa bukan kanak-kanak bawah umur lagi. Zulfa sudah
besar panjang! Kalau ikutkan sistem pendidikan Islam, Zulfa bukan lagi di
peringkat perlu rotan-rotan, Zulfa perlu diajak berkawan. Aku tahu Zulfa sangat
sedar dengan sekatan kasih sayang yang kami sentiasa bina. Sesungguhnya
jurang-jurang kasih sayang begini membesar dan semakin membesar. Dan ketika
itu, aku seperti tertikam dengan monolog sendiri.
Aku
sambung lagi dengan suara yang agak mengendur.
“Kalau
hati Zulfa dah terbuka untuk solat jemaah bersama, Zulfa bagitahu la kat
Humaira. Tak susah pun Humaira nak Zulfa solat jemaah. Nanti Humaira bagitahu
kat Allah, supaya Allah buka hati Zulfa luas-luas untuk jadi makmum Humaira.
Itu pun kalau Zulfa tak nak jadi imam, terpaksalah Humaira sorang saje. Humaira
optimis dengan Allah, Zulfa. Zulfa akan balik pada Dia. Zulfa akan pakai baju
menutup aurat, Zulfa akan rasai ketenangan dalam berdoa. Zulfa takkan cakap
kasar-kasar dengan mama lagi. Zulfa tunggu je doa Humaira,”.
Aku pandang tepat pada matanya. Dia menunduk
lagi dan berlalu pergi.
Mendatar
terasa perasaanku. Biarkan Allah yang mengubah hatinya. Cukuplah usahaku
begini. Selebihnya aku akan terus berdoa. Dia akan datang, kalau tidak harini.
esok mungkin. Lusa InsyaAllah.
**
Selang
beberapa hari.
Azan
berkumandang kuat. Aku masih menunggu 5-10 minit. seperti biasa, menunggu Zulfa
datang.
Hari
pertama. Kosong, tiada siapa menjengah bilik.
Hari
kedua. masih lagi tidak berbunyi ketukan Zulfa.
Hari
ketiga. Aku menunggu di tikar sejadah. Tuhan, kalau pun bukan Zulfa, datangkan
kepadaku sesiapa. Hatiku merintih sayu. Teringat pada hati yang masih lemah
dalam khusyuk. Antara rahsia kekhusyukan, memahami bacaan dan solat berjemaah.
Allahu Allah.
Dan
masuk hari keempat. Aku terasa ada hamparan sejadah di sebelahku. Ketika itu
aku sudah di rakaat kedua. Terasa hangat sisi bahu Zulfa yang hangat bergesel
dengan bahuku.
Pantas
aku mengambil niat sebagai imam. Tuhan, akhirnya Zulfa datang. Tuhan, Aku tahu
itu Zulfa bila bahunya menyentuh bahuku. Kakinya bersentuh dengan kakiku.
Terasa benar ketinggiannya di sisiku. Itu sememangnya Zulfa.
Dan
perlahan air mata tidak dapat tertahan-tahan. Ia menitis laju dan laju suaraku
membacakan ayat 11 ayat pertama surah al-mu’minun.
1.
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang
beriman
2.
Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyang;
3.
Dan mereka yang menjauhkan diri dari
perbuatan dan perkataan yang sia-sia;
4.
Dan mereka yang berusaha membersihkan
hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5.
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
6.
Kecuali kepada isterinya atau hamba sahaya,
maka sesungguhnya mereka tidak tercela:
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain
dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;
8.
Dan mereka yang menjaga amanah dan
janjinya;
9.
Dan mereka yang tetap memelihara
sembahyang;
10.
Mereka itulah orang-orang yang berhak
mewarisi-
11.
Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka
kekal di dalamnya.
Dan
usai memberi salam, rukun terakhir dalam solat. Aku menoleh ke kanan sambil
tersenyum. Zulfa masih kaku, malu mungkin. Aku pegang tangannya perlahan,
dan bila mata kami adik beradik bertentangan dengan penuh kasih sayang, hatiku
berlagu riang bercampur sayu. Sememangnya doa-doa yang Tuhan ilhamkan pada
kita, sememangnya bermaksud untuk dimakbulkan! Allahuuu.
Teettttt.
one message received.
“Kalau
cinta berawal dan berakhir kerana Allah, maka cinta yang lain adalah usaha
menunjukkan cinta kepadaNya. Persembahan ibadah yang hakiki, selamanya memberi
apa yang mampu kita berikan, selamanya membahagiakan orang-orang yang kita
cintai – M. Anis Matta”.
Aku
pantas membalas,
“Jazakillahu
khairan jaza’ Ukhti sayang!
P/s
: Selamat bermadu cinta dengan Pencipta cinta!
-Naora-
-Naora-
No comments:
Post a Comment