pernah dengar lagu ni? lagu ni biasa dengar bila mak pasang kaset time kecik kecik dulu. maybe kumpulan nasyid ni nyanyikan balik kot. sukaaa!
sesuatu yang aku paling suka dengar dalam kamus seorang mukmin berkenaan futur jatuh rebah segala, seorang mukmin itu takkan jatuh ke dalam lubang yang sama DUA kali! tidak akan dan tak mungkin berlaku pada seorang mukmin.
sesuatu yang aku paling suka dengar dalam kamus seorang mukmin berkenaan futur jatuh rebah segala, seorang mukmin itu takkan jatuh ke dalam lubang yang sama DUA kali! tidak akan dan tak mungkin berlaku pada seorang mukmin.
mendengar cerita Nabi Yunus dari ukhti terchenta, ibrahnya.. subhanallah. terasa ada aliran tenang dalam hati. cerita Nabi Allah Yunus yang berputus asa dan merajuk meninggalkan kaumnya, aku koreksi dalam dalam. adakah wujud makna futur dalam memberi? berputus asa dalam mengingatkan? berhenti separuh jalan dalam mentarbiyyah?
cerita Nabi Yunus, aku baca dan refleksi diri. aku
bagaikan tersedar bagaimana hebatnya ujian seorang Nabi Allah, bila Allah mahu
mentarbiyyah dan mengajar baginda. Ceritanya yang meninggalkan kaumnya, merajuk
dan berputus asa kerana ditolak dan diperlekehkan.. Kemudian Baginda menaiki kapal yang sangat berat
muatan, mendapat undian untuk terjun ke laut dan takdir Allah, Baginda ditelan
dalam perut ikan Nun.
Aku tidak dapat membayangkan bagaimana gelap
gelitanya berada di dalam perut ikan besar, ditambah dengan hanyir darah segala
dan pastinya lebih-lebih menakutkan berada dalam kemurkaan Allah. agak-agak,
bagaimana perasaan Nabi Yunus? Rasa bersalah dan kecewa dengan diri sendiri,
mungkin Baginda bertanya pada diri, kenapa tidak sabar menghadapi kaum yang
degil, kenapa hati? kenapa cepat benar putus asanya?
Cerita Nabi Yunus ini Allah nukilkannya dalam surah
As-Saffat, ayat 139-148.
“Maka dia
ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela, Maka sekiranya dia tidak
termasuk orang yang banyak berzikir (bertasbih) kepada Allah, nescaya dia akan
tetap tinggal di dalam perut ikan itu sehingga hari berbangkit,” (37: 142-144)
Di sini Allah sudah memberikan satu garisan, garis
panduan untuk bertaubat dan bertasbih. sesungguhnya, sebaik-baik hamba itu
adalah hamba yang bertaubat. o yes, the sinners have their past, but remember,
they still own their future. ya ya, kita masih punyai masa, masih belum
terlambat lagi.
baca juga surah al-Anbiya', ayat 87.
"dan ingatlah kisah Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu dia menyangka bahawa Kami tidak akan menyulitkannya, maka dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, "Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk dalam orang-orang yang zalim,"
Ibrah lain lagi, betapa dakwah ini harus dipikul
sentiasa. kadang-kadang aku tertanya, berapa kali bibir ini bergetar mengingatkan mereka dalam
mengingati Dia? ahhh, lantunan iman, lantunan iman dan bila sahaja iman
terlantun, maka terekspreslah iman dalam akhlak, kata-kata yang baik dan segala
gerak langkah. Dakwah tidaklah rigid tapi perlulah berstrategi. tak perlu
susah-susah, ifshissalam! satu cara darinya, memberi salam kepada muslim. siapa
tahu mereka benar-benar dahagakan ucapan sejahtera dari kita?
Kisah Nabi Yunus lagi menbawa kita bahawa ditolak
dan diperlekehkan, dicaci dan dimaki bila mengajak pada tauhid dan kebaikan, ia
satu perkara normal! turun temurun sejak zaman berzaman. jadi chill sudah, bila
ada mata-mata membuat muka kiut tapi menghampakan, dilabel dengan
berbagai-bagai labelling.Kalau benar hati ikhlas dan mengharapkan redha
Allah, ia sedikitpun takkan tergoyah mahupun terluka. Bukankah satu pergi,
sejuta akan datang? Dunia sekarang ketandusan para du’at, mad’u nya subhanallah
ramai. Jadi, tenang dan bersedialah! hehe
Dan tidak dapat tidak (La budda, haha), medan
pertama untuk berdakwah adalah pada diri sendiri. diri sendiri adalah medan
pertama yang harus dibaiki, kerana kita akan diuji dengan apa yang kita
perkatakan.
setuju?
Probability untuk ditolak dan berputus asa mungkin
lebih besar selepas ini, cik diri. huuu. Allah lebih mengetahui potensi
diri, yakin sangat. semoga Allah perkuatkan.
dan last last, the power of tawakal. Allahu Allah.
masih teringat bila bercakap dengan budak Sabah, darjah 4. sepatutnya taaruf
itu perlu lebih lama, tak sempat nak bertanya tentang agamanya.
“Adik, tawakal tu apa?,”
“Tawakal tu? berserah diri kak, berserah diri pada
Tuhan. kalau usaha, kita doa supaya Tuhan bagi kita A dalam ujian. kalau dapat
B, kita jangan sedih. Tuhan tahu apa Dia buat,”.
Kagum.
dan seminggu lepas tu, baru tahu dia tu not-yet
Muslim. semoga cahaya hidayah akan singgah di hatinya sebelum pergi ke dunia
abadi. Ameen.
berpegang teguhlah pada tali Allah, kerana
tali-tali Allah takkan pernah terputus. betulkan niat sebelum, semasa dan selepas
berbuat sesuatu perkara. dan letakkan juga, bahawa sesuatu yang perlu kita
kejar, adalah redha Allah. menulis untuk menggapai redha Allah, bersengkang
mata di malam hari membuat report untuk mendapat redha Allah, berukhuwah untuk
mendapat redha Allah, menyenangi hati orang lain untuk mendapat redha Allah.
Dan bila redha Allah dapat dicapai, percayalah segala isi dunia akan tunduk di
kaki kita bahkan ia tiket ke syurga. Allahu robbi.
semoga kau lebih tenang bila dibenci kerana ajakan perkara-perkara
maaruf meniti di bibir.
semoga kau lebih tahu, bahawa dunia hanya dunia,
yang kau akan diami hanya beberapa ketika lagi, kemudian bila masa rehat
sampai, berehatlah sepuas-puasnya. tapi biarlah kau bekerja dengan sebenar-benarnya dahulu di sini.
duniaa oh
duniaa, semoga kau bawa kami pada redhaNya.
semoga Allah redha.
No comments:
Post a Comment