Bismillahirrahmanirrahim.
saya
rasa terpanggil untuk bercerita tentang hal jodoh atau sebagainya. saya rasa
seperti kali ini catalyst yang dilemparkan oleh puan che zaharah sangat kuat,
sumpah tak tertepis. dan ia pantas sahaja mengkakukan segala gerak lidah dan
kata bicara, membuatkan saya tertunduk layu dan selebihnya saya akur tidak melawan
bila disaiko dengan hebatnya dari corong telefon, dan sekarang – di rumah.
*selebihnya
saya rasa mahu meraung dan memanggil abah. abah adalah orang yang boleh
menyelamatkan saya dari ke’saiiko’an begini. abah memang cool, ehhem. ini
pujian ikhlas.
malas
bermukadimah panjang-panjang. tapi, tapi, tidak dapat tidak hati sedikit
tersentuh membaca cerita Luqmanul Hakim. hati perempuan mana yang tidak
tersentuh, bila membaca cerita kesolehahan Fatimah, yang sanggup mengelilingi
Ali kerana hanya tersilap kata. dan hati perempuan mana yang tidak cair
mendengarkan mahar yang diminta oleh Rumaisa’ (Ummu Sulaim), maharnya adalah
Islam, sanggupkah? dan jantung mana yang tidak berdetak kencang bila membaca
cerita ketegasan Safiyyah Abdul Mutalib dalam mendidik Zubair al-Awwam.
lebih
tersentuh lagi, cara- cara atau skill parenting yang sumpah kena osem plus
kreatif. apakah kita bersedia? ehhem. saya teringat lagi bagaimana rahang mulut
jatuh bila mendengar kanak-kanak dalam linkungan 3 tahun begitu, fasih bercakap
arab dengan ayahnya. saya sumpah malu kali ni. 11 tahun belajar arab, ia masih
belum mampu membawa saya pada tahap komunikasi yang baik. hmm. lebih terasa
lagi mendengar akhawat yang bercakap fully English dengan anak-anaknya. dan
saya? hanya mampu terkelip-kelip mengagumi mereka, apakah kita bersedia menjadi
super mom yang hebat, menjadi sahabat terbaik anak dan banyak lagi lah. kita
bersediakah bila diacukan soalan-soalan tauhid dan akidah dari mulut-mulut
kecil? kerana kita sebenarnya menjadi acuan mereka. hmm.
oh
ini bukan main-main! semua ini dibilang oleh puan che zaharah. dan ia pantas
sahaja membuatkan minda ditwist 180 darjah. kalau 360 darjah, saya akan
berjumpa saya yang sama, takde guna.
persiapan diri :
Hikmah cerita Luqmanul Hakim (rujuk majalah Anis ogos 2007)
saya
kagum pada dia, Luqmanul Hakim. dia yang diangkat Allah sehingga terukir
ceritanya di dalam Al- quran.
dalam
tulisan Abul Fida’ Muhammad Izzat Muhammad Arif, kitab Ak Alfu Hikmah’ ada
menukilkan jawapan Luqman bila ditanya tentang Hikmah.
“Dengan
cara apakah kamu memperolehi dan mencapai hikmah?”.
kata
Luqman,
“Aku
mencapai hikmah dengan sidqul hadith, ada-ul amanah, dan tarku mala ya’ni-ni.”
Sidqul
Hadith :
bercakap
dan bersikap benar dalam ucapan, perkataan dan tutur bicara. dalam erti kata
lain, tidak khianat pada kebenaran, tiada dusta dan pembohongan. apa kita
punyai ciri-ciri orang beriman yang bercakap benar dalam setiap tutur kata? tidak
hairan bila iman Abu Bakar as-Siddiq lebih berat dari iman-iman kita.
Lidah yang bersih dari penipuan, tokok tambah dan fitnah, membuahkan hikmah.
saya
sedang menegur diri sendiri.
T_T
Ada-Ul
Amanah
ertinya
menunaikan amanah. amanah sebagai anak, jika mempunyai soulmate nanti, amanah
sebagai soulmate, ditambah dengan amanah mendidik anak. hiuuu. banyak kerja,
banyak kerja. bagaimana mahu mendidik anak-anak sepertimana Luqman?
“
Dan ingatlah ketika Luqman berkata kepada anaknya, Hai anakku! janganlah kamu
mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah itu adalah
benar-benar kezaliman yang besar.” (Luqman : 13)
tak
perlu tunggu 6 tahun atau 10 tahun untuk bercerita soal buah-buah hati junior,
tapi bercerita tentang rakan sahabat taulan, pernahkah kita menasihati mereka
sepertimana pesanan Luqman?
saya
tahu, saya termasuk dalam manusia yang bukan bergelar muzakkir. jadi, mahu
menjadi isteri, ibu yang solehah plus da’ieah yang hebat? tirulah gaya osem Luqman.
subhanallah subhanallah. ucap kata dan pesanan Luqman sangat berhikmah!
Tarku
Ma-La Ya’ni-ni :
ertinya
meninggalkan ucapan dan perbuatan yang tidak berfaedah, mengikut
syariah-compliant kata budak-budak Islamic Banking. Tinggalkan budaya
bermegah-megah, hasad dengki dan sikap sombong. Kita tak miliki pape tahu? apa
yang ada pada kita, segalanya diistilahkan sebagai pinjaman. kalau barang
pinjaman, bukankah nanti perlu dipulangkan?
jaga
baik-baik eh. ya, saya sedang menegur diri sendiri.
kesimpulan
cerita
di atas bagai kurang ada link dengan soal jodoh eh? tapi, kalau difikirkan
dalam-dalam, ketiga-tiga sifat di atas merupakan qudwah Luqman. apakah kita
bercakap benar, berpegang pada amanah dan meninggalkan segala perkara yang
sia-sia? kalau benar kita sudah begitu, InsyaAllah kita bersedia untuk memegang
title yang lebih besar. kerana pernikahan itu tandanya separuh dari agama sudah
disempurnakan.
Yalah.
memanglah menyempurnakan bila kita bakal mentarbiyyah diri dengan sifat sabar,
memberi ilmu dan segalanya disusuli dengan tugas mencabar.
soalnya,
siapa sekalipun jodoh kita, jahil atau alim, hensem atau bermuka bopeng, buta
atau bermata celik, kita hanya perlu hit the target. target doa, target diri,
dan target tawakal. perlu diingatkan, encik dan cik soulmate adalah cerminan
kita. cerminan tahu?
Bukankah
Allah lebih mengetahui apa yang kita taktahu?
kalau
macam tu, khalas! tak perlu berpening kepala memikirkan siapa dan bila.
mari
baiki diri dan berdoalah. semoga jodoh
yang bakal datang, dapat melepaskan diri kita dari belenggu api neraka. Amen
amen.
Last-last,
apakah
sama menikah kerana kesolehannya atau menikah kerana mengharap redha Allah?
samakah?
haa,
jawab sendiri.
p/s
: jangan lupa study juga priority. mahu juga membahasakan sodium chloride untuk
garam pada bakal junior yang akan datang InsyaAllah. dan mungkin sedikit
istilah microbiology kepada mereka seperti dialog seterusnya,
“tahu
kenapa sayang kena chickenpox?” *chickenpox penyakit paling common untuk
budak-budak kecik kot
sebab
banyak sangat virus varicella zoster dalam badan!
dapat
jadi mak macam ni, sumpah cool. tetiba rasa budak sains ni semua cool cool. oh oh!
semoga
Allah redha. till then, take care!
No comments:
Post a Comment