Sunday, August 26, 2012

Untitled




untuk kau yang meminta coretan, maaf andai ini lebih kepada bebelan.

aku masih kelu untuk menulis panjang, tidak selesa banyaknya. entah kenapa, perasaan menulis aku begitu kendur sekali, hanya beberapa baris ayat aku mampu coretkan, kemudian selebihnya idea terkubur dek kekangan masa dan kemalasan yang melanda. aku banyak berada di depan komputer, membuka laman muka buku dan di sebelah tab sana, aku hamburkan kicauan-kicauan stress di twitter. aku tahu aku takkan ke mana, pembaziran masa yang pasti aku sesali bila berhadapan denganNya, Tuhan, ampuni aku kerana seringkali terleka dengan indahnya dunia yang fana. dan tiba-tiba aku terasa bertuahnya mata yang buta pada hati yang sentiasa celik.

aku masih teringat coretan mesejmu yang berbaur sedih pada waktu aku menunggu di bengkel bas. bas yang aku naiki rosak, hampir tiga jam aku duduk melangut, diam dan kepanasan.  sesungguhnya berita yang disampaikan sangat menyentak hati, aku bagai dapat mendengar suara jerih perihmu menangisi kehilangan. dan aku hanya senyap mahu memberi kau ruang untuk menenangkan jiwa. kehilangan yang aku kategorikan sebagai ‘hidup tapi jauh’.

aku terfikirkan saat Rasulullah kehilangan Khadijah, pastinya Baginda terlebih-lebih sedihnya. sedih mengenangkan anak yang sudah kehilangan ibu, sedih mengenangkan perjuangan Baginda yang selama ini disokong penuh oleh isterinya, sedih dan sangat sedih sehinggakan di panggil Tuhan untuk menaiki Buraq membelah langit sehingga bertemu dengan Rabbnya.

Khadijah lebih dari seorang isteri, ibu, teman karib tetapi Khadijah adalah tulang belakang bagi dakwah Rasulullah. Subhanallah. teman, perasaan sakit kita atas hilang ‘harapan’ takkan terbanding rasa pedihnya kehilangan isteri dan bapa saudara tercinta saat dakwah Islam baru bermula. siapa mahu membantu Baginda? siapa lagi yang mahu melindungi Baginda?

tidak cukup jika aku highlightkan pada perasaan sedih Rasulullah sahaja, tetapi mari kita memikirkan hikmahnya. aku tahu, penulisan ini berbentuk individu, aku mahu kau baca dan selam dalam-dalam, biar sampai kau hadam, kerana aku rasa brainwash melalui getaran talian tidak lagi berguna. baik, mari kita mulakan hikmah yang aku fikir sendiri, sepatutnya aku merujuk buku Amru Khalid, Penyucian Hati (tetapi aku kedekut masa sangat sampai sekarang aku masih tidak berpeluang berlama-lama di Popular, aku konon-kononnya busy).

apa yang lebih aku terasa, bagaimana Allah mahu menyuburkan rasa tawakal dan bergantung harap kepadaNya, mutlak semata-mata. Allah merancang dan melaksanakan, bukan Allah tak tahu betapa pedihnya hati hambaNya bila ditarik nikmah kasih sayang dari seorang insan. sakitkan? tapi Allah lebih mengerti pada ‘insan’ baru yang Dia ingin jadikan. maksud aku, kita lah, kita yang baru, hati tertukar, jiwa tertukar, sifat bertukar.

Tawakal dan redha akan datang bersama mehnah, hati akan lembut bila disapa ujian, ini bukan imtihan biasa-biasa, ini ujian mendidik jiwa supaya lebih taqarrub padaNya. Kau fikir ini cara Allah mahu menyeksa? Kalau begitu kata lintasan hati, kita sepatutnya lebih mengimani pada Allah yang Maha Memberi, Pengasih dan Penyayang.

kau fikir bagaimana impak kehilangan pada Rasulullah? Kehilangan yang membawa Baginda kepada hijrah, lebih bersungguh-sungguh dengan dakwah, yang penting lebih dekat dengan Allah. kau fikir biasa-biasa pada makna kehilangan? bukan, kehilangan jauh memberi erti, kau dapat melihat sabarnya Rasulullah mendidik, tabahnya Rasulullah menjadi muzakkir dan daie yang agung. kau dapat melihat penat lelah Khadijah dan Abu Talib terbayar. sedih Rasulullah hanya Allah yang mampu hiburkan. Subhanallah. 

kehilangan (yang tidak memberi erti besar untuk situasi seperti itu, maafkan aku, ayat ni sumpah kasar, kau pun faham) bukan untuk kau meratib kesedihan tetapi lebih mengukur diri. Melihat diri yang serba kekurangan dan berusaha melebihkan kelebihan. Bukan untuk kau terus tenggelam dalam fantasi rendah diri, tetapi lebih kepada membaiki hubungan dengan Al-Khaliq. Allah memutuskan untuk menyambungkan.

dan fikirkan, tangisan yang berhari-hari itu bakal Allah gantikan dengan kemanisan yang berganda-ganda. berilah peluang untuk Allah merawat dan menukar hati yang baru, bila hati yang lama sudah kelabu. sabarlah.

*sebenarnya, tulisan ini bukan hanya untuk kau yang mempunyai nama, tetapi lebih terkena pada batang hidung sendiri. kau ulang balik cerita aku 3 tahun lepas, kau akan faham sebelum dan selepas. Allah sedang menyemai hikmah, nanti nikmatnya akan berbuah. sabarlah.

p/s : maaf, genetic buat aku sedikit bingung dan bila aku baca dari atas sampai bawah apa yang aku tulis, sumpah tulisan ini skema. sesuai dengan Bioinformatic. cik diri, tak mahukah bergelar bioinformaticist?

TIDAK! *aku memang sengaja tekan butang caps lock. heh



1 comment:

Anonymous said...

Wah ! Tulisan yang sangat mantap ! Sedikit hint , bila kita menulis utk diri sendiri, kita pasti akan kekeringan idea..berbeza dgn menulis utk org lain ! Sampaikan walau satu ayat ! Ingat ke mati moga terinspirasi . Dunia perlukan ramai penulia.wanita utk.wanita, bukan penulis lelaki utk wanita ! Mujahadah dan berkorbanlah utk memberi... Hoooyeahh !!! Semangat kak piah oiii...