Saturday, September 8, 2012

Minhah Barakah

Barakah. cantikkan nama barakah? tapi...

huii, ini bukan nama anak kedua atau anak keempat yang akan lahir dalam masa 6 tahun atau 10 tahun lagi (dengan Izin Allah). ohhoi! tapi, ini barakah. Barakah ni macam mana ya nak terangkan?

Barakah ni makan sedikit sumpah kenyang sampai takle nak bangun. Tidur sekejap sumpah berkualiti dan rasa macam boleh stay up sampai pagi. Barakah ni masa sedikit tapi rasa subhanallah penuhnya, pasnih nak buat apa lagi ya? Hah macam tu lah barakah.

Hidup kita biar penuh dengan barakah. Barakah ada pada Allah, ibu bapa, adik-beradik, rakan taulan dan sesiapa yang kita bertemu, berselisih sekejap walau di tepi longkang. dan jangan kita pandang remeh dengan harga barakah. Ia sumpah mahal, mungkin lagi mahal dari berlian Swarovski yang beribu-ribu harganya. ehhem. perempuan dan berlian, memang macam tu. heh.

Barakah datang dengan redha dan restu. Kita nampak benda simple, call emak abah pukul 10 malam lepas buat esaimen genetic yang tak pernah habis, even mak abah dah tidur dan tak angkat, sekurang-kurangnya nampak nama anak di screen handphone di subuh hari, boleh menggembirakan hati. ehhem. jangan lupa, bila kita meningkat dewasa, mereka semakin tua.

setakat ni, tiada benda yang sangat menggembirakan bila mendengar suara mereka yang sihat di corong telefon dan bersembang tentang jadual emak dari pagi sampai malam selama setengah jam. saya masih ingat kata-kata mak yang merajuk bila saya sangat degil dan nakal,

“haaa, epi buat la macam tu. anak epi nanti 15 kali ganda akan buat macam tu  kat epi, oke?,”.

dan saya cepat-cepat membuat segala suruhan mak. ini sumpah menakutkan.

saya mahu barakah, dari saya berjalan sampai saya tidur, saya mahu gerakan dan hari itu full dengan barakah. dan saya mahu jika saya meninggal dunia atau mereka yang pergi dahulu, saya mahu barakah akan sentiasa mengekori saya sepanjang hayat, tanda mereka restu, dan itu tanda Allah sayang.

 maaf, dan maaf. saya rasa kita perlu bersemangat dalam study dan ofkos dakwah, Sila ingat, kerja-kerja tuang kelas tanpa alasan yang munasabah, ia sumpah menakutkan. saya menegur supaya saya lebih tertegur. dan ingatlah duit scholarship yang anda guna, ia sumpah meng’iri’kan hati budak-budak yang terpaksa menahan malu di setiap akhir bulan bila ada suara yang begini,

“abah, abah. epi epi. duit dalam bank tinggal 40 ringgit lagi. maybank tak bagi buat keluar. boleh dop abah wat masuk?,"

dan ia lebih membebankan bila abah menjawab,

Laa, bakpe dop kabo awal-awal? lagi setengah jam abah bank-in,”.

ehhem. saya pun ada tuang kelas, jadi marilah sama-sama tak tuang kelas.

 even saya iaitu anak perempuan yang masih di bawah tanggungannya, tapi sumpah malu. Ingatlah duit kita punyai barakahnya. Tolong jangan menyedihkan hati budak-budak takde scholarship seperti saya. Cuba dan cuba letakkan diri di tempat mereka, pernahkah kita bertanya apa yang mereka mahukan? apa yang adik-beradik mahukan? apa yang sahabat perlukan? dan yang lebih penting, apa yang Allah harapkan?

Oh maii, hidup nampak simple, tapi ia sumpah complicated!

tapi tolong jangan rasa hidup kita paling complicated bila saudara di Syria tiap-tiap hari kehilangan saudara, bila anak-anak palestin yang rela pergi ke sekolah dengan pengawasan Zionis laknatullah, bila saudara-saudara kita di Myanmar tiada tempat tinggal. Kita selalu melihat dengan dimensi yang sumpah sempit, apakah?

dan kita selalu selalu sahaja tenggelam dengan perkara yang kecil. Bangkitlah, kalau genetic tu susah cik diri, takkan tengok lepas tu sengih. usahalah cik Syafiyyah oi!

Doakan saya tamat pengajian tepat pada masa, ia sangat melukakan bila suara mak kadang-kadang tak sihat dan bila suara abah yang asyik demam. Ia sumpah merisaukan. dan saya berdoa semoga dengan tangan ini, saya boleh menjaga mereka hingga tua, selalu dekat dengan mereka, dan semoga Allah redha. saya berdoa semoga saya menjadi anak solehah, yang takkan bersuara ah! pada mereka. Ia sumpah penting bila saya juga tidak mahu seorang pun dari anak-anak saya yang bakal datang berkata ahhhh! pada saya.

Ia barakah. Barakah tak datang dengan percuma. ada mahar yang perlu dibayar, ia datang bersama dengan redha Allah.

cik barakah, sudi hidup dengan saya sepanjang hayat?

saya berjanji akan selalu menjaga awak, 24/7.

p/s : saya doakan hidup kita penuh dengan barakah. hidup kita semua. InsyaAllah.

sepupu-sepupu solehah, Humaira', Minhah Barakah, Balqis. gambar tiada motif, kerinduan.

No comments: