Bismillahirrahmanirrahim.
Saya
terasa benar bahawa Allah mahu mentarbiyyah jiwa yang sedang dahagakan
perkongsian dan ayat-ayat Kalimah Tuhan dari ukhti fillah. kerinduan untuk
bertemu mata, bergurau senda dan nikmat berukhuwah lebih terasa dengan mentadabbur
surah Al- qadr. perkongsian yang
emosional, tidak dapat menahan air mata daripada mengalir.
“apa
maksud qadr, akhawati fillah?”.
“ketetapan,”
ukhti fillah menjawab.
“kemuliaan,”.
lalu
dia bertanya,
“bagaimana
jika ukhti samakannya dengan kadar?,”.
“kadar
yang menentukan siapa kita di sisi Allah, jika kita tidur di malam qadr, itulah
kadar kita meletakkan Allah di hati. jika kita bersujud dan memohon maghfirah
Allah, itulah kadar kita dengan Tuhan. akhawati fillah, cukupkah kadar kita di
sisi Allah hanya dengan tidur sahaja. sedangkan Allah membuka seluas-luasnya
pintu syurga dan menutup serapat-rapatnya pintu neraka. cukupkah kadar tidur
sahaja?”.
kadar?
tidur
dan itu bukti cinta kita? main-main dan itu bukti cinta kita?
sedangkan
malaikat-malaikat turun memberikan salam kepada orang-orang yang menghidupkan
malam qadr.
Salam!
salam! salam!
dan
kita hanya tidur? Allahu Akbar.
sedangkan
Allah membukukan kisah hidup kita selama setahun. alangkah indahnya catatan
hidup jika buku takdir itu mengakhirkan kita di atas jalan Allah.
dan
kita hanya tidur? Allahu rabbi.
sedangkan
Allah sudah menjanjikan usia kita akan dipanjangkan selama 83 tahun. 83 tahun penuh dengan amalan soleh. Allahu akbar. kira jom, 21 + 83 = 104 tahun. omoo!
dan
kita hanya tidur? sobs sobs.
sedangkan
Allah sudah berjanji untaian doa tidak akan terhijab di bulan ini. alangkah
bahagianya diri, doa yang selama ini terhijab disebabkan palitan dosa yang
hitam lagi kelam, Allah menjanjikan sesuatu yang membahagiakan.
dan
kita hanya tidur?
sedangkan
Allah menyebut kalimah ‘lailatulqadr’ sebanyak 3 kali di dalam surah ke 97
menunjukkan bahawa betapa malam itu bukan malam biasa-biasa, malam itu
sebenarnya malam luar biasa.
dan
kita hanya tidur?
fokus-fokus
diri. malam lailatulqadr adalah malam yang perlu kita ambil serius! ambilnya
sebagai sesuatu yang serius, dan Allah akan menghitung keseriusan kita.
pecutan
kebajikan 10 malam terakhir.
1.
tak boleh
solat? Hah! masakkan makanan untuk orang berbuka dan paksa dia makan. kena jadi
tamak sikit dalam berkebajikan! buat air, beri makan kurma. kebajikan kebajikan *mata blink blink. InsyaAllah pahala puasanya sampai pada kita.
untungnya jadi lelaki? tak. bersyukurlah diciptakan sebagai Hawa, Allah sayang
kita sangat. Wallahi.
2.
infak. 1 malam
= 1 ringgit. kita belum tahu berapa gandaan yang Allah akan berikan. kalau 1 malam
= 10 ringgit? macam mana? sila jadi
tamak!
3.
tadarrus.
ambil serius. ambil serius. jangan sebab dah khatam satu kali dalam bulan
Ramadhan, terus rileks tengok Kitabullah. sila jadi tamak! ini Ramadhan,
berganda-ganda pahalanya InsyaAllah.
4.
qiamullail.
paksa diri untuk bangun. paksa dalam ikhlas. dan berdoalah bersungguh-sungguh.
5.
banyakkan
beristighfar. doa itu terhijab kerana dosa, lalu mohonlah keampunan Allah Taala. tak nak ke rasa jadi baby balik? dah la comel, wangi pulak tu. Allahu rabbi.
Allahumma
ballighna lailatulqadr.
jangan
lupa ya, sila jadi ‘tamak’ pada bulan Ramadhan! :D
p/s
: doakan mak dan abah saya akan berangkat ke Tanah Suci esok pagi. 10 malam
terakhir mereka di sana, saya rasa doa mak benar-benar termakbul. setahun
sudah, dan Allah memakbulkannya. Allahu akbar. ya Allah, kumpulkan kami dalam
golongan kanan, golongan yang Engkau janjikan kebahagiaan di sana.
No comments:
Post a Comment