Monday, August 13, 2012


ajaib.

aku merasa sesuatu nikmat yang tidak tertanding.

kau rasa juga kan?

aku kejar dia.

kau kejar dia.

tunggu! tunggu! aku penat. boleh aku berteduh sebentar?

kau menjerit, “tunggu? dia sudah mahu meninggalkan kita. sekurang-kurangnya, ucapkannya dengan ucapan selamat!”.

aku tidak tahu jika aku pengejar yang lesu.

mungkin dek beratnya beban dosa yang tergalas di bahu kiri.

senget dan sumbang langkahan kakiku.

***

dia berlari laju. sudah fitrah, yang dikejar suka bermain-main dengan sang pengejar.

dia tiba-tiba menjerit, “cepatlah kejar aku. nanti aku bagi hadiah besar tau!,”.

aku yang sedang berlari, terus kuat berlari, sabar-sabar, larian itu pastikan konsisten.

aku pantas berhenti lagi, termengah-mengah menyedut oksigen.

“aku sudah penat. kau mainlah sorang-sorang. kaki aku memang takkan larat lagi berlari. selalu saja jatuh, lebam sana-sini. macam mana nak kejar kau yang laju?!”.

aku hamburkan kemarahan. marah pada diri sendiri selebihnya.

tiba-tiba aku menangis.

dia makin jauh. dan jauh berlari.

aku sudah teresak-esak.

“yalah aku kalah! puas?!,”.

aku nampak dia tiba-tiba berhenti. bayang-bayangnya samar-samar bersama cahaya bulan.

dia lantas menjerit kuat,

“ kalau kau pengejar yang lesu, pastikan hari-hari terakhir ini kau tak layu. apa kau gila lepaskan aku? aku mahu kayuhanmu terus laju, laju menuju Rabbmu!,”.

kalau hari itu kau rebah.

kalau hari dulu kau culas.

apa kau kira kau akan terus kalah?

kau masih belum parah.

bangunlah. bangunlah. kejarlah. kejarlah.

Dengan nama Tuhanmu, 

Bismillah!




No comments: