Tuesday, July 31, 2012

ohh hidayah !

"Fina dan lain-lain nak mandi? nanti nenek angkut air simpan dalam bekas"

"eh, takpa nenek. nanti kami semua boleh pergi kat balai raya mandi. lagipun dekat je kan..depan umah.." 

"kamu semua nak makan apa? "
"nenek takda ape nak bagi makan. ada biskut kering je."

"ehh, takpa-takpa nek... kami semua dah ada makanan . tunggu giliran memasak dekat balai raya."

coretan memori lalu masih segar di ingatanku.
sewaktu mengikuti program anak angkat di perkampungan orang asli di Perak.

kami berkongsi keluarga. nenek merupakan ibu angkat kepada yan, maira dan wana.

nenek juga merupakan ibu kepada ibu angkat  aku , ana dan sya.

" fina, ana, sya.. kamu tidur di rumah nenek saja ya, rumah bonda itu kecil, lagipun adik-adik kamu tu ramai. segan pula bonda mau kamu semua tidur di sana.".

kami pun tinggal dengan nenek, di sebuah rumah yang hanya beberapa langkah dari umah bonda. rumah batu kecil. hanya ada 2 bilik .

aku,ana,sya,wana,maira dan yan kini satu bilik. biliknya kecil dan agak sempit bagi kami 6 orang untuk tinggal sebabnya saiz kami berbeza-beza. namun, mulut ini tidak pernah menutur keluhan dek mensyukuri apa yang ada.

pada malam pertama , kami pulang ke rumah nenek selepas aktiviti di balai raya selesai. lebih kurang pukul 12.30 pagi. sesampainya kami di rumah, gelap semacam aje. hanya satu lampu dipasang di ruang hadapan bilik kami. di pintu bilik kami, nenek sediakan kipas elektrik, agaknya takut kami seperti 'cacing kepanasan' agaknya tengah malam nanti.

sayu hati kami melihat nenek tidur bersama adik-adik angkat kami ( cucu-cucu nenek ) hanya beralaskan kain. tida bantal dan hanya ditemani kucing yang tidur bersama mereka. tanpa selimut pula tu tidurnya.

"ish, tidur atas simen kot! tak sejuk ke diorg ni? " kata salah seorang daripada kami.

kami semua masuk semula ke bilik dan membuat persiapan untuk tidur. tiada lampu, tiada alas. pintu bilik pun takde. berharapkan cahaya dari luar nak salin pakaian. 
di dalam kesamaran itu , kami semua mentertawakan diri masing-masing. sebab tak nampak apa-apa. cari sikat, cari baju, cari ini, itu, tak jumpa. haha. maklumlah, tak semua hanset kami ade lampu. alamatnya meraba di dalam gelap la. hehe.

tidur kami langsung tak lena. ada saja kerenahnya.
ada yang bangun tutup kipas dek kesejukan,  ada yang bangun semula bukak kipas nak halau nyamuk. makk aihh. 'macam gajah' nyamuknye. monolog aku dalam hati. nyamuk kampung..memang ler besor-besor. hehe.

ada yang berebut selimut. *kain batik buat jadi selimut* 
macam-macam aksi. siap ada tarik menarik selimut sambil tutup mate. haha. tidak terkecuali aku. haha.
menguji kesabaran betul.

bukan itu sahaja. dengan kucing pun boleh gaduh. mana taknya. ade yang muka kene pijak dengan kucing.
haha. agaknya kucing tu teruja ada tetamu, die pun nak tidur dengan kami.

disebabkan tak cukup tidur, alamatnya subuh gajah kami 6 orang. bangun tergopoh-gopoh ke tandas balai raya , mengambil wudhu'.

"wehh..kiblat kot mana neh?" aduii. 
"aku rase sebelah sini, ehh salah sebelah ni..ehhh..ntah.." 

dalam kalut-kalut duk gaduh pasal kiblat pulak . mane taknye. selama ni solat dalam balai raya. hehe.
nasib baik ana masara yang bijaksana ingat kiblat tang mana. kalau tak memang sampai matahari naik pun tak solat subuh lagi.

bila matahari dah naik, bilik pun mula terang.. masing-masing duk sibuk cari baju, tuala , berus gigi dan lain-lain sebagai persiapan nak mandi. tetiba maira menjerit.

"maakkkkkkkk!!!!!"
melulu kami semua ke arah maira.

dalam keadaan kami yang tercengang,  yan tergelak . bukan tergelak. rasanya gelak besar lagi.
mata maira bengkak dek digigit tetera nyamuk semalam.
kami semua tergelak.

"macam mana ni, tutup bukak same je mata aku. haish! menyampah betul aku nyamuk-nyamuk ni!!" keluh maira.

"takpa maira, nanti surutlah mata kau. cantik ape mate sepet ni.." pujuk wana.

pintu umah pun hanya bersendalkan kain sahaja.
tapi, ada seekor anjing putih yang baik duduk di luar menjaga umah.

kami keluar dari rumah pada awal pagi tersebut meninggalkan nenek yang masih lena dibuai mimpi bersama-sama cucu-cucu.

itu baru pengalaman satu hari. kami duduk di sana selama 3 hari 2 malam.

siap ada yang menangis nak balik sebab tak tahan dengan kedaifan rumah yang penuh nyamuk.
namun, kami semua berkumpul dan berbincang. memujuk hati masing-masing supaya sabar.

"Allah mengurniakan kita tempat tinggal yang selesa. ada kipas syiling. ada bantal, ada selimut, katil. banyakkk lagi. namun Allah ingin mengajar kita erti syukur atas nikmat itu dan bersabar dengan ujian . ujian nyamuk je pun, tu pun kita dah lemah. macam mana ni iman kita?? " kata ana masara.

kami semua menggagguk. menginsafi diri.

sebelum tulisan pengalaman ini terhenti. mahu aku kongsikan satu lagi pengalaman yang buat aku terngiang-ngiang sampai hari ini.

sewaktu slot bersama kanak-kanak di sana, kami semua bekalkan mereka dengan pensil dan kertas.

"oke, adik-adik.. kami semua nak adik-adik lukis apa yang terlintas di dalam fikiran adik-adik sekarang".

tiba-tiba aku terpandang seorang adik kecil. lalu aku melihat apa yang dilukisnya.

"astaghfirullah.. salib! "

begitu mereka sudah terdidik di dalam jiwa mereka.
jiwa yang begitu lembut ini sudah terpasak akidah yang tidak benar. mau sahaja aku pegang tangan adik itu mengajarnya kalimah "Allah , Muhammad". mahu sahaja aku menuturkan pada adik itu, "Allah Tuhanmu, Muhammad Nabi pesuruh Allah! "

berlinang air mataku. 

mubaligh-mubaligh kristian telah sampai dulu daripada pendakwah islam.  
sayu hatiku. 

2 bulan yang lalu, aku mendapat panggilan daripada bonda mengatakan nenek sudah tiada. 
sakit kanser di perut katanya. 

sedih. baru aku rasa sikit perasaan Nabi macam mana sayu hati baginda pabila bapa saudaranya meninggal dunia tanpa perkataan tauhid di bibirnya. 

semoga Allah mengurniakan hidayah kepada bonda, ayahanda dan adik-adik.. rindu kamu semua!!! 
teringat lagu rabbani. kerlipan cinta. sayu sangat dengar lagu ni. 
hargailah hidayah.


bersyukurlah kita dilahirkan dan dibesarkan dengan kalimah tauhid.
dan.. syukurilah nikmat keselesaan yang kita ada pada hari ini. 
jangan terlalu selalu mengungkit benda yang takda. hargai apa yang ada di depan mata.


ramadhan sudah menjengah fasa kedua. ayuh!! bangun dari lena. sedar dari angan-angan!

salam sayang. ^^






No comments: