Monday, July 30, 2012

masih ada waktu





kita bertiga melihat emas.

S1 : wahhh! emas. korang ambillah dulu. aku tidur sekejap. nanti sebelum pintu gua tertutup, akan aku ambilnya semua.

S2 : wahh! emas, aku nak ambil banyak-banyaklah! masa sudah tak banyak!

dan dia mengangkut berat emas tanpa keluhan pada permulaannya. tetapi di pertengahan jalan, letihnya baru terasa. lantas,

S2 : oke, penat aduhh. aku akan ambil setakat yang mampu.

S3 : emas! aku akan ambilnya sedikit demi sedikit tetapi konsisten. sempat sahaja InsyaAllah.

kita bertiga baru perasan pintu gua sudah mahu tertutup.

S2 : argh, penatnya. aku rasa cukuplah dengan emas yang sebanyak ini.

S3 hanya tersenyum. dan S2 terkejut melihat jumlah emas kepunyaan S3. S1 yang baru tersedar dari tidur terus berlari keluar dari gua tanpa mengambil satu emas pun.

saya bercerita dalam bentuk dialog, dan dia bercerita dengan suara yang halus. sungguh bersyukur, walaupun kita tidak mengadakan secara formal. tetapi saya panggilnya masa berkuliah 7 minit selepas solat. Alhamdulillah.

lalu saya bertanya,

“kita S mana ukhti?,”.

suasana bertukar senyap.

“pastinya saya bukan S3 kan?,”.

diam lagi.

“kita semua masih bukan S3, tapi kita masih ada waktu!,”.

“ahh, banyak sangat dosa, bagaimana mahu menjadi S3, ukhti?,”

“lupa ya, Allah itu sifatnya forgive dan forget. hang toksah risau, first step, detach dosa semua benda. jangan duk carry merata. hang duk carry, hang buat lagi,”. panjang lebar S dari Taiping bercerita.

hmm. forgive dan forget. hmm. law of detachment. macam mana saya boleh lupa?

Ramadhan ini saya sangat menyenanginya, berpagi-pagi kita saling meluruskan saf. dan ukhti, saya tidak mampu menahan sebak di dada, melihat kau teresak-esak menangis di hamparan sejadah sambil menadah tangan, mendongak ke atas. oh Tuhan, makbulkan segala permintaan ukhtiku, kecintaannya merupakan kecintaanku juga. jarang saya melihat dia berdoa tanpa air mata di pelupuk mata.

dan bila bertanya kepada ukhti yang lain.

“paksaaaa air mata keluar. berdoa dari hati. buat-buat menangis. pohon dengan Allah, cerita satu-satu, spesifikkan. macam hang nak minta jodoh lah, ya Allah, aku nak dia yang pandai masak asam pedas tempoyak ikan patin,”.

zasss. sentap. heh.

“kalau nak cerita dekat Allah, jangan sekerat-sekerat. hang mintak sikit, macam mana hang boleh terpikiaq Dia nak bagi lebih. even Allah itu Maha Mengetahui, sifat Allah menyukai orang yang meminta, merayu-rayu,”.

baik ukhti. Forgive & Forget. hmmm.

cerita di atas mengenai aku, engkau dan dia. tiada kaitan dengan mana-mana Samsung, walaupun hati tidak dapat menerima kehenseman Samsung SIII. takpa, takpa, hang budak takda scholarship, buat muka miskin depan abah ye. belajarlah cara menagih simpati dari Puss in the Boots, nanti abah kesianlah tu. heh.


No comments: