Thursday, July 26, 2012

hidup 2 kali

ramadhan tiba lagi. yeah..yeah..yeah..

sewaktu menemani umi ke kedai , kami lalu di seberang jalan di mana terletaknya sebuah masjid. 
waktu hampir menginjak ke zohor. 
seorang ustaz sedang memberi tazkirah mengenai ramadhan. 

"kuat benar suara ceramah ustaz ni, agaknya jenazah dalam kubur pun boleh dengar.." saya berkata pada umi dengan nada bergurau sambil gelak kecil. 

"aah la." 

" mesti orang dalam kubur dengar. tapi dengar saje la. tak buleh buat apa-apa" kata umi. 

betul !

hanya dengar sahaja yang mampu. 
dah tak boleh buat apa-apa dah. 

kita yang hidup ni, takkan nak dengar saja kan? 
samalah macam orang dalam kubur.
alahai rugi kawan..

 sedarlah !

sebelum diri hanya mampu mendengar. 

kuasa di tangan anda. 

ape lagi yang nak ditunggu ? 

hidup bukan sekali kawan, tetapi 2 kali. 

yep. saya ulangi . 

"kita hidup 2 kali" 

bukankah kita akan dibangkitkan semula di akhirat sana? 
tidak ada kematian selepas itu kawan
yang ada hanya ada dua

kenikmataan atau  seksaan

takut rasanya bila terfikir

"mati barulah betul satu kali bohh"
katanya orang terengganu. 

jangan sia-siakan 'tetamu' hanya berkunjung hanya sekali setahun ini.
'dia' tetap akan datang tiap-tiap tahun, cume kita sahaja belum tentu ada lagi .  

*banyakkan doa
*khatam al quran
*solat awal waktu
*mujahadah bangun malam

^^ selamat melawan nafsu! ^^

No comments: