Tuesday, May 15, 2012


Dia bertanya,

“sheikh, do we need to do Da’wa?”

Aku bertemu jawapan ini. Allahu Akbar.

Amir Syakib Arsalan, seorang pemikir muslim yang berasal dari Syria, yang menulis sebuah buku mengapa kaum muslimin mundur dan orang Barat maju menjelaskan jawabannya dalam kalimat yang sederhana iaitu :

“Orang-orang barat lebih banyak berkorban daripada kaum muslimin. Mereka memberi lebih banyak demi agama mereka berbanding apa yang diberikan oleh kaum muslimin bagi agamanya”.

Dan ketika ada pertanyaan, “Apakah yang diperlukan untuk menegakkan agama ini dalam realiti kehidupan?”

Maka jawabnya adalah, “Hadirnya para pahlawan sejati yang tidak lagi hidup bagi dirinya sendiri, tetapi hidup bagi orang lain dan agamanya, serta mahu mengorbankan semua yang ia miliki bagi agamanya”.

-copied from sahabiah.

Lalu, kitakah ansorullah itu?

Pernahkah kita terfikir, kata-kata tazkirah kita yang sedikit, pertolongan kita yang hanya sedikit itu, segala yang serba sedikit itu, sedikit itulah bakal mengubah sesuatu yang banyak dan ramai?

Saya sentiasa bermimpikan barisan saf-saf yang teguh, melangkah keluar ke gelanggang dunia, lalu membuktikan pada dunia, bahawa batas-batas yang kita bina selama ini, akan membuahkan satu gerombolan saf yang besar dan kukuh. Mungkin mata ini tidak sempat menyaksikan hari kemenangan dijanji Tuhan, tapi saya berdoa semangat dan roh yang kita ada hari ini, akan terus hidup bersama mereka nanti. Amen.

Mesti ada orang kata, cewwaah cakap bukan main. Blablabla ..

Saya mahu katakan,

Saya rasa tak salah kalau bercita-cita tinggi untuk agama. Saya juga antara hamba hina yang amat mencintai Islam. saya rasa kita tak perlu menjadi orang yang hebat untuk berbuat sesuatu untuk Islam, cukuplah dengan kudrat dan potensi diri yang ada. Apa yang dipandang oleh Allah, lebih besar semestinya. Jangan ukur timbang pada perbuatan seseorang, Abu Bakar pernah berkata,

"Do not look down upon any Muslim, for even the most inferior believer is great in the eyes of God."
konklusinya : Marilah bekerja sebagai hamba!

p/s: tolonglah rajin sikit, diri. Dan  immune system, tolonglah jangan selalu demam. 


No comments: