Friday, May 18, 2012

Angin liberalism


Tulisan ini untuk penulisnya. catatan buat diri, InsyaAllah.

Aku menahan kantuk, tak mampu aku tidur, ombak ganas manakah datang menghempas pantai yang sedang lena? 

Kita tidur panjang sebenarnya. Kita bagai lupa untuk bekerja, bekerja dengan keras dan kuat. Ahh, aku kan manusia, memang fitrah lupa itu besar dalam diri.

“Irshad manji nak datang?”

Tak sabar. Aku ketuk pintu biliknya bertalu-talu. Terkejut membaca deretan komen dan poster di facebook. Oh, facebook memang medium terbaik menyebarkan berita hatta sekalipun fitnah.

“ha’ah, macam mana dia boleh masuk?”

Ditanyanya aku kembali. Senyap.

“kita tidur sangat selama ni, baguslah tu dia nak datang. Kita boleh tengok macam mana cara ‘kita’,”. 

Halus dan mengena.

Kalau pun bukan kita yang memegang tampuk pemerintahan atas, kita masih lagi berkuasa menentukan tindakan kita, bukan? Tiba-tiba, fikiran melayang pada mereka yang berada di Mesir, Jordan, France, United Kingdom dan Japan. Mungkin buah fikiran mereka lagi mantap dari aku yang dangkal ilmu.Kalau berbincang hanya sesama kita, mungkin fikirannya tidak sama. sekadar meminta buah fikiran.

Benarlah kata orang, bila bercerita soal ummah dan agama, kita sentiasa bersaudara. Aku tersenyum membaca komen, cadangan yang sangat baik serta semangat yang menyala-nyala daripada mereka. Aku tersenyum, terasa hilang debaran dan ketakutan yang bersarang di hati.

Benar kata mereka,

“ini wake-up call untuk Monashians, selamat berjuang sahabatku!”

Tidak kurang,

“pi, aku kontek seniorku, ahli debat hebat InsyaAllah, dia mahu sahaja membantu kalian, idea-idea bernas dari dia, kau kemukakan sahaja, kami boleh bercakap melalui bibir kalian, bantahan mungkin bukan cara yang efektif lagi, sudahlah kalian minority, kesuntukan masa pula tu. Ambil peluang pada freedom of speech yang mereka mahukan. Tak perlu berbahas, sekadar membawa audience berfikir balik,”.

Sekaligus dikirimnya FB akhawat Mesir dan nombor telefonnya. Semangat apakah ini? Kerinduanku pada bukharian makin membuak-buak.

“InsyaAllah pi, doa kami dari sini, semoga muslim di sana terus kuat, lalu dikirimnya ayat (8:17),”.

“InsyaAllah, jika dilihat dari dua perspektif, positifnya banyak dari negative. Allah sengaja mahu test power, tengok kental bagaimana kalian berdepan dengan isu ni, tetap isu ni datang dalam bentuk positif dan negatif, depends dengan macam mana kalian lihat,”.

walaupun aku cuba sembunyikan isu ini pada cik mar. tetap, dia bukanlah buta IT. apelahhh epi.

"kak mar dah tulis surat pada monash. dia jawab takdop pun event tu. bakpe gitu?" Ummu Muadz drastik sekali dalam bertindak. jazakillah ukhti. terasa kebersamaan walaupun dipisahkan oleh laut china selatan. cewwah. 

Penggera terbaik aku kira. Allah mahu kita menggandakan usaha dan bekerja keras dan kuat. Aku melihat diri yang masih serba kekurangan, mulut tidak bersuara, hanya tangan yang segan-segan berbicara. Mungkin selesaku begini, tapi sampai bila mahu senyap begini? Kadang-kadang lontaran suara amat perlu. Mungkin kerana ukuran kita tidak sama (baca artikel tulisan Salim A. Fillah, kata-katanya subhanallah, menusuk jiwa).

Aku terdiam juga bila ada suara-suara takut untuk bersuara. Biarlah mereka, berkali-kali aku katakan bahawa ukuran kita tidak sama. Sama sekali tidak sama. Manakan sama Umar dengan Uthman. Umar keras seperti Musa. Uthman itu lembut dan pemalu. Umar itu tegas bersuara, pantangnya mendengar cakap-cakap buruk tentang Rasulullah, pasti dihunusnya pedang tajam. Tapi, kedua-duanya tetap dijanji syurga. Allah menilai hambaNya dengan nilaian yang berbeza, tetap takwa tetap di tampuk utama.

Aku berutus mesej menerusi inbox dengan ukhti yang aku tidak pernah pun bertemunya. Sungguh, bila demi kata Islam, Allah akan datangkan pertolongan tanpa disangka-sangka. Aku mahu sekali menghadam hujahnya berkenaan liberalism. Aku mahu sekali mendengar idea-ideanya. Ini bukan untuk Irshad manji sahaja, tapi berapa ramai lagi Irshad manji yang hidup di luar sana. Mereka diam seolah-olah bisu dalam berbicara, tapi pantas sekali tumbuh. aku mahu faham dengan situasi yang berlaku.

Aku semestinya bukan orang terbaik untuk bercakap soal ini. Tapi aku tetap mahu bersuara melalui jemari bisu. Aku melihat penangguhan itu sebagai sebahagian kemenangan. Walaupun bukan menang secara total,  aku tetap yakin dengan ayat Tuhan ini. Sungguh, jazakillah Ukhti Radin Rahmah, ayat kiriman akak benar-benar signifikan dengan apa yang berlaku 17 mei semalam.

"dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapanNya, walaupun orang-orang berbuat dosa tidak menyukainya,". (10:82)

ayat Tuhan benar-benar membuang perasaan takut. Kita minoriti yang jarang didengar. Aku tahu. minoriti juga Ashabul Kahfi, minoriti juga ahli perang badar, minoriti juga ghurabaa'. Aku bersyukur sekali pada mereka yang bangkit tegas bersuara. Alhamdulillah. Tapi tetap, Irshad manji bukan seorang, ratusan orang akan datang.

Seperti kata sahabatku di Irbid, bila satu pintu tertutup, puluhan pintu lagi akan terbuka. Serangan akan terus berlaku. Takwa dan ilmu sahaja yang mampu menangkis serangan.

Tuhan, sujud syukur untuk mereka yang Kau takdirkan berada di sisiku. Mereka bisa sahaja menyentuh hati pada hati dan jiwa  aku yang jauh begini, lalu aku bagaimana? sudahkah aku menyentuh hati mereka yang dekat?

jawapan aku masih kosong.

Sampai bila harus duduk selesa di takuk lama?

Sampai mati?

teman, barakallahu fikum! aku mahu sekali ke sana, mendakap kalian erat-erat. terima kasih kerana meminjamkan kekuatan, membuang perasaan takut. jujur, aku takut. sesungguhnya, ukhuwah ini kerana Allah.

kalau ada sesiapa mengatakan isu ini kecil dan tidak logik untuk diperbesarkan, aku mahu sekali katakan, ini kan freedom of speech. selagi aku tidak melanggar tatatertib hak bersuara, aku rasa tiada salahnya. aku bersuara hanya dengan jemari, tak perlu terasa. suara jari-jari jarang didengari, tapi suaranya InsyaAllah datang daripada hati. 

p/s :  aku senang sekali kalau kita dapat lontarkan suara dengan padu beserta hujah-hujah yang kuat. Masih, ilmu-ilmu lain perlu lagi kita gali. Aku yakin sekali, kalau itu mampu kita lakukan, kita minoriti yang mantap InsyaAllah. Dan pastinya, tulisan ini mengena kembali pada penulisnya. Maaf, aku sedang menegur diri sendiri, bukan sesiapa. 

aku yang masih dangkal ilmunya,
Syafiyyah Mohd Pauzi.

No comments: