Tuesday, February 14, 2012

Alhamdulillah. hampir tamat sudah cuti kali ini. Sejak satu sem yang lalu, langsung tidak pulang ke kampung halaman. kali ini pulang .. rindu pada rumah tercinta amat~

sedang syok duduk dengan umi sambil mendengar radio di bilik..tiba-tiba umi  berkata  :
" tadi umi dengar dekat masjid, ustaz kate kalo orang tu suruh orang buat kebaikan, tapi diri dia sendiri dop (tak) buat.. berdose besar.." 

zupp..! mendarat tepat di hati. Allah~ 

tiba-tiba teringat saya akan firman Allah s.w.t.

" mengapa kamu tidak memperbuat apa yang kamu perkatakan? "

betapa Allah s.w.t. menekankan betapa kita harus lakukan atau kotakan apa yang kita perkatakan pada orang. Tetapi.. itu bukanlah sebab utama kita harus berkata, 
" ohh. klo macam tu takutlah nak ajak orang buat baik,,takut tak dapat nak buat"..

sebagaimana yang kita tahu satu kefarduaan kita untuk mengajak yang ma'ruf ..menegah kemungkaran. sama juga seperti kita menunaikan hak mereka sebagai saudara seislam . Di akhirat kelak, tak mahulah pula orang-orang yang kita biarkan mereka berbuat dosa.. menuntut hak mereka di depan Allah.

"dulu..ya Allah, masa aku tak solat..si fulan neh tak penah tegur atau ajak aku solat" 
" semasa aku berpakaian tidak sopan. si fulan tidak pernah menegur aku atau mengajar aku menutup aurat"

yeahh..kita mungkin tidak terfikir..tetapi itulah hakikat akhirat. masing-masing akan cuba membela diri. mahukah kita ditarik masuk sekali bersama mereka ke neraka ? ohh. tidakkkkk.....! 

konklusinya.. tegahlah kemungkaran.. ajaklah orang berbuat kebaikan..dengan cara paling berhikmah. 
tidak mengapa andai kita di pulau .. 
diputuskan hubungan hanya kerna kita menjalankan tanggungjawab kita... 
menunaikan hak-hak mereka .. 

ingat! jangan kita terlalu berharap kepada manusia..
menjaga hati mereka sampai tidak tertegur kita akan kesalahan mereka atau mengajak mereka membuat kebaikan. mereka akan mendakwa kita kelak di akhirat! 

teringat kata-kata kakak tersayang..
" lebih mulia si miskin yang tidak ada siapapun mengenalinya, dan apabila dia mati, tidak ada orang mengetahuinya..TETAPI.. dalam kalangan penduduk langit..dialah nama yang selalu disebut-sebut serta dikenali.. berbanding di dunia si fulan ni dikenali oleh semua penduduk dunia..namanya disebut.. namun, apabila mati..penduduk di langit langsung tidak mengenali si fulan..malah jika ada..si fulan ini dicela-cela kerana semasa hayat di dunia, dia terlalu berharap kepada pujian makhluk-makhluk..."

yeah! berdakwah lah! serulah orang lain ke arah kebaikan.. tegahlah kemungkaran sekadar yang mampu !

jika kita merasa sakit sewaktu berjuang ..ingatlah kisah ketika rasulullah bersama sahabat baiknya saidina abu bakar sewaktu bersembunyi di dalam gua.. dalam ketakutan dan kegelisahan dek diburu tentera musyrikin.. rasulullah berkata kepada saidina abu bakar :

"la tahzan .. innallaha ma'ana.."
"jangan bersedih..sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.."


1 comment:

Anonymous said...

nice blog layout.
the last line is from which verse?