Friday, February 10, 2012

Realisasikan cita-cita

Alhamdulillah, usai sudah paper Islamic Banking and Finance semalam, Alhamdulillah ‘ala Kulli Hal.  Terasa benar dipermudahkan ketika menjawab semalam, tersentuh benar dengan ilham-ilham yang Allah kurniakan, Subhanallah. Segala kebaikan itu dari Allah Ta’ala, ingatan pada diri, semoga terus memupuk jiwa untuk berdisiplin menjaga hubungan dengan Allah Ta’ala dan bukannya kata atau angan-angan panjang semata-mata. InsyaAllah.

Doakan saya dan sahabat mendapat HD. Amen.

****

Cerita lain.

Saya merasakan saya masih belum mengenali tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dengan mendalam, masih dangkal tentang perjuangan yang diketengahkan, masih sedikit cerita yang saya tahu, dan ya. Saya masih seperti kanak-kanak ribena yang berlari sana-sini, bermain dengan sepuas hatinya sahaja, masih belum matang dalam menyuarakan pendapat juga masih ketinggalan dalam memahami ilmu-ilmu Tuhan.

Seperti kata ukhti solehah, kita masih di fasa permulaan dakwah. Diri dan hati masih perlu ditarbiyyah, dibasuh berulang-ulang kali, masih belum lagi dalam fasa memimpin yang lain (ini untuk kanak-kanak separuh matang seperti saya sahaja), tetapi suka saya katakan, menjadi pemimpin kepada nafsu sendiri lebih sukar daripada memimpin hati yang lain. Benar-benar memerlukan dasar hati yang peka, rohani yang benar-benar kental. MasyaAllah.

Dan Tuhan membawa akal fikiran dan hati menyelusuri ayat ini.

“Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya (Allah membiarkannya sesat kerana Allah telah mengetahui bahawa dia tidak menerima Hidayah Allah), dan Allah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup pada penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberikan petunjuk setelah Allah membiarkannya sesat? Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?”

(45:23)

Sukarkan?  Segalanya bergantung pada diri. Kalaulah kita melihat dunia dari dimensi akhirat, kita melihat duka dengan suka, kita melihat kesakitan dengan penawar, kita melihat kebencian manusia dengan cinta Tuhan. Kita hanya meneliti dunia sekadar apanya, tetapi memandang dan beraksi dengan sepenuhnya untuk Negeri yang Abadi. MasyaAllah.

Terngiang-ngiang suara Sheikh Navaid Aziz, if you wanna be a good Muslim, act like one!

Berbalik pada kisah As-Syahid Hasan al-Banna. Saya hanya sempat menyelusuri kisahnya dengan beberapa kisah kecil tapi InsyaAllah memberikan inspirasi untuk saya.

Kisahnya yang tegas mempraktikkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar. Kisahnya yang benar-benar tegas untuk mematahkan gambar  patung tidak berpakaian di perahu. Kisahnya yang merupakan anak yang cerdas di sekolah. Hasan al-Banna merupakan orang pertama yang akan meminta izin daripada gurunya untuk keluar kelas dan melaungkan azan Zohor di sekolah.

Soalan pertama ketika diceritakan itu.

“ukhti, siapa ibunya?”

“Ummu Saad,”

“siapa isterinya?”

“Lathifah, bukan calang-calang wanita, MasyaAllah,”

Subhanallah. Maka, janji Allah itu sangat benar kan? (saya memang kena mesti beli buku biografinya, argh). InsyaAllah.

“Kami ceritakan kepadamu (Muhammad) kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka,”

(18:13)

Realisasikan dengan lapan perkara

ada empat ciri yang dibincangkan dalam buku itu (maaf, terlupa tajuk buku), khas untuk jiwa yang mempunyai cita-cita, bukan mudah untuk merealisasikannya sehingga menjadi satu benda yang nyata.

  1. Tekad yang kuat. Semangat yang sentiasa bergelora.
  2.  Kesetiaan yang teguh, tiada langsung kemunafikan dan pengkhianatan.
  3. Pengorbanan yang sangat besar, takkan terhalang dengan ketamakan dan kebakhilan.
  4. Mengenali, mengimani, menghargai prinsip yang mampu menghindarkan diri dari sifat tawar-menawar dalam prinsip.

Untuk itu, hati perlu menanamkan 4 rukun di dalam hati.
  1. Iman. Dasarnya adalah hati yang peka.
  2. Ikhlas. Dasarnya nurani yang jernih.
  3. Semangat. Dasarnya perasaan yang bergelora.
  4. Amal. Dasarnya adalah tekad yang membaja.
Dan tangan yang menaip ini lebih dekat dengan hati yang bercerita. Tahap terkena batang hidung sendiri pastinya lebih-lebih lagi. Saya menulis di sini untuk berkongsi dan mengingatkan diri saya sendiri.

Saya lebih terasa bila masuk bab tiada tawar-menawar dalam prinsip. Mesti didukung penuh. Mesti dijunjung tinggi. Tiada yang lebih mulia dari prinsip-prinsip yang datang dari Tuhan.

Video dari Sami Yusuf – Forgotten Promises

Saya benar-benar mahu ke sana, ke tempat orang yang tidak cukup makan, tempat mangsa peperangan, tempat orang yang kekurangan kasih sayang, bersama dengan jiwa-jiwa penyayang.

Video ini benar-benar mampu mengalirkan air mata. ya ya, saya takkan sedih lagi makan nasi kosong berlaukkan kicap manis. Hehe. Alhamdulillah, dapat nasi pun dah nasib baik kan? rezeki tuuu.

Kita bagaikan lupa, mereka juga saudara kita.

Tiada sempadan dalam erti kata kemanusiaan. Sungguh. 

Listen and Help. Mari!






Video Raef cover – Man in the Mirror

Sumpah awesome! Lirik diaaaaa...... subhanallah!





Mari lihat pemandangan dalam Masjid al- Aqsa

Take a look! Saya tidak tahu menggambarkan perasaan takjub ini. Wahh! Subhanallah!


http://www.360tr.net/kudus/


No comments: