Saturday, December 17, 2011

Noorah




Bismillahirrahmanirrahim.

Pernahkah ditanya pada hati, sejak bila kita baru tersedar untuk menghargai iman?

Sudah lama seingat aku, perasaan tidak 'dijentik' (perkataan aku makin teruk, abaikan) bila membaca novel, kali ni, aahhh! Air mata tak kontang pula menuruni pipi perlahan-lahan apabila membaca novel tarbiyyah Noorah. Ummu Hani, terima kasih kerana membukukan perjalanan hidup saudara seislam kita ya!

Aku rasakan kita ini terlalu manja (ops, bukan kita, tapi aku). Mahu berdiri di jalan dakwah tapi mahu dipimpin dan sebagainya. Aku tidaklah bermaksud mengatakan tidak perlu pimpinan, tetapi apa yang aku mahu katakan, aku bahagia duduk dalam bulatan gembira walaupun jarang-jarang sudah aku menghadirinya.

Bagi penduduk Monash, usai final exam, itulah cuti musim panas, moga imanku tidak berhenti atau turun ke tingkat yang rendah bila menjengah musim-musim selesa begini.  Jadi, bila di luar pengawasan (pesanan) ukhti-ukhti solehah, faham-faham sahajalah, masa berlalu dengan begitu sahaja.

Kan best kalau tiap-tiap hari masa dipenuhi dengan program padat? Di sudut hati, cemburu juga mengenangkan sahabat-sahabat yang sedang kencang mentarbiah, sedang hebat di medan dakwah. Aku pujuk juga hati, ahh! Kosong tanpa program. Mana roh untuk beramal selari dengan mutabaah ibadah. Sumpah lesu roh ni. Bangkitlah roh, bangkitlah!

Program, program, program.

Kenapa?

Mutabaah Ibadah terbangkah tanpa program? Hati rosakkah tanpa program? Roh lesukah tanpa program?

Yalah. Aku manja. Semuanya kena sogok, semuanya kena bersyarat.  Kenapa? Bila ada program, baru ibadah lagi semangat. Yang penting berterusan! Pang! Pang! (hamek! Tampar-tampar muka). Yang penting, perhubungan hamba – Allah ini tidak putus. Sahabat fillah suka sebut, jaga HDA oit! HDA  tu jaga betul betul! (Hubungan dengan Allah – HDA)

Baiklah, baiklah, baiklah. Aku dah banyak membongkarkan rahsia hati ni. Sudah, sudah. Pendam pendam. Phew!

Aku mahu sambung part Noorah.

Terus terang, kalau bercerita tentang dakwah, aku bukanlah insan yang terbaik untuk menukilkannya. Aku bukan juga insan terbaik untuk berkata tentangnya. Bagi aku, seberat-berat dakwah adalah mendidik diri sendiri. Dalam erti kata lain, beratnya menegur diri sendiri. Susahkan mahu melembutkan hati sendiri.


Macam orang kata,


“kau cakap pandai ah, buat tak!” (Kehkeh. Terbaik lah kalau kena macam ni).

 Contoh paling senang, bila Rasulullah berpesan,

“La Taghdab! La Taghdab! La Taghdab!”.

Jangan engkau marah! Jangan engkau marah! Jangan engkau marah!

Yang memberikan tazkirah juga kadang-kadang sukar mengawal diri bila tiupan api angkara syaitan kuat mendesak. Mana sempurnanya manusia tanpa sifat marah?  Sahabat fillah pernah berkata, sebenarnya yang terbaik adalah langsung yang tidak mempunyai sifat marah. Susahkan menegur diri?

Tapi, Rasulullah tidak begitu. Mengajar dengan berhati-hati, memberi dengan hikmah, menunjuk dengan teladan sempurna.

Kalau marah, cuba cara ini,

Kalau berdiri, duduklah. Kalau sudah duduk, berbaringlah.

Santunkan? 

Berbalik kepada dakwah pada diri sendiri. Aku bersetuju sangat bila mengatakan biah solehah adalah antara penyebab kepada peningkatan iman atau mampu memberi semangat kepada roh untuk terus hidup bernafas sebagai hamba, dan bukan Tuhan.

Benar sekali kata ukhti,

Kalau solat di surau, amalan sunat lain akan menyusul. Bukanlah riak atau segala penyakit ketandusan roh mahmudah, tetapi roh seakan digesa untuk berlumba membuat kebajikan. Benarkan?

Kita melihat sahabat di sebelah membaca Kitab Tuhan, kita juga seakan terpujuk untuk mengikutinya. Bi'ah solehah boleh dikatakan sebagai pencetus semangat. bagaimana jika kita keluar dari lingkaran suasana ini?berdikarilah, hati! Huhu.


Aku juga bila membaca novel Noorah ini, aku membandingkan diri ini. Subhanallah. Dia berpenyakit kanser payudara sedangkan Tuhan sudah lama mengubati sakit fizikalku. Syafakillah ya Ukhti. Dia bermasalah rumah tangga sedangkan aku sekadar diuji dengan stress pointer Monash. sangat sedikit bila dibandingkan aku dengan dia.  Aku sekadar diuji dengan sifat malas yang tinggi, sedangkan saudara kita, bertungkus-lumus mengajak manusia berbondong-bondong memasuki syurga.

Teruknya aku.

Entah. Aku cemburu pada keikhlasannya, itu sejujurnya. Hingga keikhlasannya dalam berdakwah dapat mempertemukannya dengan Rasulullah S.A.W. dalam mimpi. subhanallah!






Sungguh, tahun depan kena join volunteering programme, baru bermakna hidup ni. 

Boleh tak nanti nak letak tepi Ijazah Bioteknologi dan berkecimpung dalam pendidikan awal kanak-kanak? Ameen. (hehe, plan takle blah, biarlah biarlah. tapi harum roti dan kek bakeri, aku tak mampu juga mengatakan 'tidak' untuk itu. master botany hang nak letak tang mana? kwang2).

Bayangkan jika roh Islamiyyah sudah dimiliki seawal usia mereka? (budak-budak ni comel plus ensem sume, haih).

Aku sudah teringat pada Muadz yang selalu mengikuti Umi ke program ISMA. 

Baiklah, baiklah, baiklah, Muadz. 

Dan sungguh. aku mahu menjadi seperti sekental Noorah. 


No comments: