Sunday, December 11, 2011

kebodohan amat



suka sangat dekat Boona Mohammed,

"every pious person has a past, and every sinner has a future,"


Sketsa satu.


“awak tahu macam mana cerita ni boleh start?”

“lepas seorang muslim ajak dia pergi pasar dan belikan dia tudung,”

“yalah, kan anak dia yang nak pakai tudung,”

“mak dia marah gila, sebab belikan anak dia tudung, dia boleh balik jenguk keluarga ayah dia tetapi dengan syarat mak dia ikut sekali,”

Hanyut. Hanyut. Hanyut.

Buntu. Buntu. Buntu.

Kosong. Bolong bersatu.

Sketsa dua.

“awak, saya melayu.”

Saya melihat muka campuran mat saleh plus melayu di wajahnya. Saya bangga mendengarkan itu, awak.

“awak, saya muslim,”

Saya melihat wajahnya yang suram. Dia mungkin bahagia luaran, sakit dalaman. Dia mungkin segala-galanya. Awak, saya mahu melihat nur itu lagi seperti 21 tahun yang lalu.


Dan ‘awak’, ‘awak’, ‘awak’.

Marilah sekarang, sama-samalah kita menanggung dosa yang mungkin menghjiabkan doa, dosa yang menjauhkan hidayah, wajiblah kita bertaubat, awak. Supaya nanti baru diangkat doa hingga ke langit tujuh.

Saya terasa macam dalam teater Natrah.

Sungguh, pertama kalinya saya berasa bodoh teramat dalam komplot yang jahat ini.

‘awak,’ Kenapa baru sekarang kita sedar?

Lagi sekali, saya berasa bodoh amat dalam komplot jahat ini.

Aku tak peduli lagi tentang bahasa kasar itu.  Aku berani katakan, ini bukan sekadar sketsa.



awak, siapa lagi yang mahu menjadi heroes, kalau bukan kita, wak?


dan, aku memang sebenarnya si pendosa pada sketsa ini, tanpa sedar. ya Allah, T.T

No comments: