Tuesday, November 22, 2011

Puisi Hentikan Derita

Cukup sudah,
Jangan ditambah derita,
Calar luka semalam masih bernanah,
Tetapi siapa yang berusaha mengubatnya?

Hari semakin bertambah,
Semakin pulihkah luka?
Atau hanya semakin membarah?

Biar dirasai keimanan kita,
Jangan hanya ada untuk ada sahaja,
Angka kosong tiada nilainya,
Walau dikumpul sebanyak-banyaknya.

Keluarlah dengan setinggi cita,
Kalau tidak jahiliah itu kau mampu hancurkan,
Cukuplah gegarkan ia,
Biar nanti ummah tersenyum kebanggaan,
Melihat heronya sentiasa ada,
Menjatuhkan musuh dalam kehinaan.


sangat suka koleksi puisi dari Langit Ilahi. Ia mungkin biasa- biasa sahaja, tapi mampu menyedarkan dari lena, mampu menggebukan semangat untuk terus hidup bermakna. 

No comments: