Wednesday, November 23, 2011

hati keping-keping

"Ketahuilah dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi tenang." (surah ar Ra'd: 28)

tenang. satu ungkapan yang ringkas, namun memberi seribu erti kepada saya, walhal kepada sesiapa pun. andai hati disapa ketenangan, semua benda yang berlaku depan mata akan terasa tidak begitu berkepentingan untuk memeningkan kepala.  namun, andai ketenangan itu tidak mahu menyapa kita, hati gelisah tidak menentu. hari yang sangat memenatkan semakin hari semakin menjengah. esaimen mula bertubi-tubi meyerang, test juga sudah memberikan isyarat hijau beberapa hari lagi.

dalam meniti kesibukan yang tidak pernah berhenti, saya terasa sesuatu hilang dari dalam diri saya iaitu ketenangan. Allah ingin menegur agaknya. mutaba'ah amal ditampal di pintu loker. satu pun belum di tick.aaaa... dibiarkan kosong sahaja sejak 2 bulan lalu. Innalillah... 

namun, disebalik itu Allah menunjukkan saya sesuatu. banyak benda yang berlaku disekeliling. entah di mana manusia mentafsir ketenangan dalam hidup. bersuka ria? outing hari2? hanging dengan pakwe makwe masing2? ooh.

" saya sekarang sangat tenang , si R selalu berada di samping saya, memberi kata2 semangat setiap kali kami berjumpa" . kata si fulan.
"jiwa aku tak tenang... , kenapa si G menolak cinta ku? apakah kekurangan aku?" rungut si labu. 

itu kah ketengan yang kita cari? 

adus.


bukan itu sahabat. bukan. ketenangan itu terletak bagaimana ikatan kita dengan Allah. bagaimana kebergantungan kita kepada Allah. mengingatiNya dalam setiap denyut nadi. hidup saya dikelilingi dengan orang2 yang dikelilingi emosi putus cinta ..putus cinta ..putus cinta..

ggrrr...bosan.bosan.bosan. mahu melayan kerenah yang langsung tidak berkepentingan kepada saya. 

sayangnya. andai dikau tahu ketenangan hakiki, pasti engkau mencari pemilik ketenangan itu. saya ingin ketenangan itu kembali menyinari hati saya. terasa kelam sungguh. azam dan tekad ditanam. yeaahh.. mahu di aim sekarang dalam list hari2. mahu saja ditampal di dahi perkataan ketenangan itu supaya ketenangan itu diperoleh. boleh ke? hahahaha.. tidak2..

namun, disebalik cerita2 emosi yang saya dengar hari2..ada beberapa cerita yang membuatkan saya lebih bersemangat menanam dan mencari ketenangan dalam hidup.

saya sangat cemburu melihat orang2 yang diberi hidayah oleh Allah untuk berubah.  

alhamdulillah. ramai kawan2 sekeliling sudah berubah. berubah menjadi orang yang terbaik disisiNya. saya ingin mengaku bahawa saya cemburukan kamu2 . heheh. orait. semua orang ingin berubah walopon ade lagi yang masih dibuai emosi gelora cintan cintun yang beronak itu. tapi kamu yang berubah, saya ingin mengikuti langkah kamu kerna saya nampak akan ketenangan itu semakin memenuhi jiwa kamu. jom, sama-sama kita berubah menjadi hamba yang sentiasa dipelihara pemilik ketenangan yang hakiki.

ok.misi untuk memenuhi tick mutab'ah amal yang ditampal di pintu loker. hahaha.. :)

No comments: