Sunday, November 27, 2011

1433H

Hari ini 1 muharram 1433H.

Bangun pagi-pagi dan karang niat serta azam.

Aku memandang ia bukan sekadar bulan-bulan biasa.

Aku memandang ia bukan seperti hari-hari biasa.

Ada Nur yang ingin aku cari.

Ada cinta yang ingin aku daki.

Ada kasih yang mahu aku junjungi
.
Dan pastinya ada sayang yang ingin aku taburi.

Aku memandang ia dengan sesuatu yang luar biasa.

Aku mahu hari-hariku lebih bahagia.

Lebih mentaatiNya.

Lebih mencintaiNya dan dicintaiNya.

Lebih kuat dari apa yang ada.

Lebih tabah tak mudah mengalirkan air mata.

Kalau aku lemah, aku mahu sekadar rebah di hadapanNya.

Kalau aku takut, aku mahu sekadar mengadu padaNya.

Dan kalau aku rindu, aku mahu Dia yang lebih mengetahui segala-galanya.

Sungguh.

Aku mahu lebih kuat dari tahun 1432H.



*lagu calling You dari Outlandish terngiang-ngiang di telinga. 


No comments: