Saturday, July 30, 2011

Alhamdulillah, buku Fanzuru karya Hilal Asyraf sudah selamat dihabiskan. Jujurnya, ini kali pertama saya membaca buku tulisannya, selama ini sekadar mengikuti penulisannya di laman Langit Illahi. Bahasa santai yang penuh dengan ibrah pengalaman dan ayat yang penuh dengan motivasi. Subhanallah, sangat memberikan inspirasi.

Bila beliau bercerita tentang MATRI, saya teringatkan SHAMS. Bila bercerita tentang sahabat, saya sudah terbayangkan wajah-wajah yang nun jauh di sana. Saya rindukan bi’ah solehah di SHAMS, dengan papan kayu yang bergantungan, sebaris ayat, Ifshi salam. Rata-rata, sana-sini pelajar mengumpul pahala dengan mendoakan kesejahteraan saudaranya.

“memberi salam itu sunat, menjawab salam itu wajib,” kata senior.

Kalaulah budaya salam disebarkan di Monash, subhanallah. Siapa penggeraknya kalau bukan kita dahulu kan? Kalau dikira, kita lebih gemar menyebut Hai, berbanding Assalamualaikum.

Jom Monashian, Ifshissalam (Hidupkan salam)!

****

Bila bertemu dengan sahabat fillah, sangat seronok bila bercerita tentang target dan aim yang mahu dicapai untuk Ramadhan kali ini. Ramadhan Kareem datang menjenguk kita lagi, bukankah satu kemuliaan yang perlu kita syukuri sepanjang masa?

Bila berborak sesama sendiri, bagi yang telah bekerja, ada yang berniat mahu gaji sepenuhnya ke meja infak. Subhanallah, moga niat ukhti Allah berkati, InsyaAllah. Saya kagum pada seorang ukhti yang benar-benar istiqamah dalam membaca al-Quran. Cerita ukhti lain, ukhti ini mampu menghabiskan bacaannya dalam masa 3 hari. 30 hari bahagi 3, wah, 10 kali khatam al-Quran. Kalau setiap bulan macam mana? Subhanallah.

Mak kata kena ada azam. Niat betul-betul.

Ukhti cakap Ramadhan kali ni kena buat betul-betul. 30 hari tanpa benda yang lagha, 30 hari hidup dalam sekolah tarbiah, 30 hari hidup dalam kerehatan nafsu, 30 hari yang penuh dengan barakah Allah. Biar kita benar-benar menjadikan Allah satu-satunya sebagai Illah kita. Bukan dunia, tetapi akhiratlah destinasi yang perlu kita kejar.

Ramadhan mahu datang,

Tetamu sudah hendak sampai,

Jom lah kemas rumah,

Tetamu barakah datang mahu berteduh,

Marilah sapu sampah mazmumah,

Marilah lap debu debu dan karat jahiliah,

Ucapkan selamat berehat kepada nafsu,

Ucapkan byebye kepada pihak ‘lawan’,

Nanti bila balik sini lagi,

Kami berdoa kekuatan kami digandakan,

dengan kekuatan tarbiah Ramadhan,

ya Allah, berkatilah Ramadhan ini dan 11 bulan akan datang.

p/s : Jomlah sama-sama dapat first class honours degree dalam Universiti Tarbiah Ramadhan kali ni! Ihya’ Ramadhan.


2 comments:

naora - khalish said...

yeahh..ayuh.. semoga kita mendapat sesuatu daripada madrasah Ramadhan kali ini,, salam Ramadhan epyy.. :)

naora - khalish said...

InsyaAllah, pina. :)

moga dapat sesuatu kali ni, moga dapat didik hati tenang, moga dapat didik jiwa sabar, walau seserius mane pun muka, takleh nak lawan kalau hati tenang tak berombak. :D