Tuesday, July 19, 2011

:)

Hati, mampukah kau mentarbiyyah cinta?

cinta ilmu.

cinta manusia.

cinta dan cinta.


Saya memandang sepi jadual untuk semester ini. 25 Julai ini, bermulanya tahun kedua saya. Dan jadual itu, saya tidak mahu mengatakan ia beban. Kerana Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan beban yang tidak mampu untuk dipikul.

Ya. saya sedang menukar kata minda bahawa saya tidak terbeban langsung. Makin lama, makin cepat masa. Adakah masa meninggalkan saya atau saya yang pergi tanpa menghargai masa? Ukhti naqibah pernah menyebut, masa itu pahala! Tidak dapat tidak, bayangan alam pekerjaan sudah menerpa di benak saya. Saya ada masa dua tahun lagi untuk memyiapkan diri menempuh alam pekerjaan, dengan pointer yang sebegitu, membuatkan saya terfikir, susahnya mahu mencecah 3.0. Allah sahaja Maha Mengetahui.

Monash..Monash..Hmmph

Jadual untuk semester ini agak padat. Saya sudah terbayangkan assignment yang berlambak-lambak, 4 core subjek, maklumlah. Pastinya, tiada masa bersenang-lenang di atas katil. Untuk itu, Alhamdulillah, Allah tidak menguji dengan waktu senggang, tetapi mungkin Allah akan menguji dengan keikhlasan menuntut ilmu. Moga ia 100 peratus, tidak akan berkurang walau 0.01%.

Apa yang membuatkan saya sedikit bimbang, Ramadhan sudah hampir datang. Bukan risaukan Ramadhan yang mahu datang, tetapi penghayatan ke atasnya bagaimana? Ya Allah, kuatkan jiwa-jiwa kami agar Ramadhan kali ini takkan terganggu dek sibuknya dunia. Ya, saya risaukan Ramadhan, adalah satu kerugian yang amat besar jika ia pergi dengan sia-sia.

Ramadhan hadir untuk mendera nafsu. Mendidik hati supaya lebih mengenali Penciptanya.

Paling penting, firman Allah,

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa (2: 183)

Terang-terang, Allah mensyariatkan puasa di bulan Ramadhan sebagai wasilah menuju taqwa. Persoalannya, bagaimana persiapan kita sebelum, semasa dan selepasnya?

 Thalq bin Habib Al-‘Anazi menyebut,

“Taqwa adalah mengamalkan ketaatan kepada Allah dengan cahaya Allah, mengharapkan ampunan Allah, 
meninggalkan maksiat dengan cahaya Allah dan takut terhadap azab Allah,”

Dan, bersediakah kita mendaki puncak Taqwa?

Dan, adakah kita akan dipilih pada malam LailatulQadar? 

saya pasti, jika kita memilih untuk bertemunya, beserta dengan Rahmat dan keizinan Allah, Lailatulqadar juga mahu kita menghiasi malamnya. InsyaAllah.

p/s : jika mahu berhijrah minda dan sikap, saya kira Ramadhan adalah bulan terbaik. Buatlah senarai dua tiga untuk berubah, tak perlu banyak, yang penting perubahan berkekalan. saya juga mahu berubah! 



No comments: