Saturday, July 30, 2011

anak didik Ramadhan

Assalamualaikum w.r.b.t..

 Saya mulakan entry kali ini dengan sepotong doa..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..


“Ya Allah jadikanlah aku anak didik Ramadhan”

Amiin... 

Doa ini saya pelajari daripada seorang ustaz ketika mengikuti umi dan abah saya mendengar kuliah maghrib di surau berhampiran baru-baru ini. Yang lucunya.. ustaz neh bagi ayat ni dan kemudian menyuruh para jemaah mengulanginya *dlm bahasa arab*.. pak cik dan mak cik jemaah surau hanya mampu memandang wajah sang ustaz di hadapan dengan muka blurr.. haha.. sang ustaz pun berjenaka.. “ aiihh,,macam mane neh..katanya mahu jadi seperti Imam Shafi’e..dengar sekali terus hadam..” para jemaah surau hanya mampu ketawa..  sang ustaz bersungguh-sungguh mengajar dan menyuruh para jemaah mengulang-ulang beberapa kali sehingga dapat. Kata ustaz,  “amalkan selalu doa ini setiap kali seusai solat, inshaAllah..”  

 para jemaah tertanya-tanya kenapa nak berdoa dengan doa  nih?

Kata ustaz, supaya kita benar-benar menjadi anak didik Ramadhan di mana pada bulan mulia ini, kita berusaha berubah dan meningkatkan amal soleh kita.  Doa ini hanya sebagai senjata untuk mengingatkan kita supaya benar-benar menjadikan ramadhan ini sebagai bulan mendidik jiwa. 

Realiti Awal Ramadhan 

Orang ramai biasanya akan memenuhi surau2 dan masjid berdekatan pada malam2 awal bulan Ramadhan.  Lebih2 lagi malam pertama. Mak aiihh..berduyun-duyun datang. Bawak semua ahli keluarga tak kira tua atau muda. Atuk, nenek, ayah, mak, adik-beradik..jiran tetangga..Sampaikan ..pernah satu ketika malam pertama tarawih, saya solat dengan terhimpit-himpit.. betapa ramainya jemaah.  Kagum sebentar ~ tapi hanyalah sebentar. Kebetulan saya “cuti solat” selama beberapa hari. Hari ke-16.. datang ke surau..aiyoyo.. lengang. Pelik. tapi inilah realiti. Boleh dikatakan kanak-kanak siap boleh berguling-guling kat belakang.  Ke mana semua orang yang berduyun-duyun datang pada malam pertama?   

Apa erti semuanya ini??

Solat tarawih hanyalah salah satu ibadat sunat yang dapat membantu kita menambah pahala di samping berpuasa di siang hari. Tapi datang ke surau atau masjid bukan sekadar dapat pahala solat tarawih. Pahala beriktikaf, pahala menyambung silaturrahim sesame saudara Islam, pahala senyum, pahala bersedekah di tabung yang disediakan, pahala berjalan kaki ke surau/masjid.. ooh..banyak tuuhh..wallahua’lam.. tak mahu kah kita mengutip pahala sebanyak mungkin, menampung amal kita yang secebis ini?

Oohh..zaman jahil kanak-kanak..

Saya ingin berkongsi cebisan kenangan Ramadhan saya yang agak *jahil* sewaktu zaman sekolah rendah.  Saya nih boleh dikategorikan kanak-kanak yang agak nakal.  Saya sering mengikuti umi dan abah ke masjid berhampiran rumah. Kadang-kadang pergi dengan abah aja..sebab umi kerja shiff malam.  Haha..excited giler nak pegi masjid . bukan nak terawih pun..tapi nk perang mercun! Haha. Tak padan dengan perempuan.  Selalu main mercun saat lepas solat terawih 2 rakaat. Haha..semangat kejap jep solat.  Main baling2 mercun keluar tingkap masjid. Dengan budak2 kampung yang saya sendiri pun tak kenal. Tapi boleh lak main2 lambung mercun.  Suasana bingit dengan letupan mercun..boleh mengganggu para jemaah kot~ haha.. Nak kate cerdik tak cerdik..bila tahiyyat akhir jep..pandai2 sendiri masuk saff.. buat2 bagi salam.. so bile mak cik – mak cik jemaah pusing belakang..diorang ingat saya dan kawan-kawan solat terawih..bukannya kami yang baling2 mercun sewaktu mereka solat. Hahaha.. 

Seronok memang seronok. Tapi.. bila difikirkan.. rugi nyee.. berlalu macam tu je malam2 ramadhan saya.  

Tapi itu duLU.  Sewaktu kecil dan masih agak blur2.. nak buat ape bulan Ramadhan ni. So, persoalannya , mahukah kita disamakan  dengan budak2 kecil..yang  jahil dan masih blurr2 nak buat ape sepanjang kedatangan Ramadhan yang penuh rahmat dan barakah ini??
Ayuhh.. make a step forward.. tambah amal. Kejar pahala berganda .. buru Lailatul Qadar.

Saya ingin berkongsi 2 doa yang bagus diamalkan sepanjang bulan Ramadhan. Dipetik dari sebuah buku . 

Menurut sebuah hadith  riwayat al-Imam al-Tatmizi, al-Nasa’i dan Ibn Majah.
Saiyidatina Aisyah r.ha pernah bertanya Rasulullah s.a.w jika mendapat Lailatul Qadar , apakah yang patut diminta . Rasulullah s.a.w menjawab, bacalah olehmu :

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, maka ampunilah aku” *


“Ya Allah aku memohon daripada-Mu keredhaan-Mu dan syurga dan aku memohon perlindungan-Mu daripada kemurkaan-Mu dan daripada neraka.”

*hadis riwayat al-Tarmizi no 3513, Ibn Majah no 3850, sahih al-Tarmizi no 2789




Di mana langit2 dibuka luas..pintu neraka ditutup serapat-rapatnya..pintu syurga di buka seluas-luasnya. Di tambah dengan syaitan-syaitan yang digari. Apa lagi yang kita perlu lawan? Satu sahaja.  NAFSU..mujahadah nafsu ayuhh!  Mungkinkan takdir menetapkan ..ini Ramadhan terakhir.. bila lagi mahu dikutip pahala sebanyak-banyaknya? Sekarang! Mulakan..  Sikit2..moga istiqamah!  Salam Ramadhan  kawan2!!.. 

No comments: