Wednesday, August 3, 2011

Dakwah Ramadhan

“Ramadhan Kareem!!” laung seorang ukhti.

“Allahu Akram!”

Dalam beberapa jam lagi, pesta ibadah ini akan bermula. Saya tidak tahu kenapa, saya rasakan persiapan Ramadhan kali ini sangat bermakna. InsyaAllah.

Saya mahu kongsikan pengalaman yang saya rasakan ia amat seronok. Tugasan kami amat mudah, sekadar menyebarkan risalah kepada orang sekeliling. Beberapa risalah padat mengenai Ramadhan kami sertakan bersama buku kecil panduan menyambut Ramadhan.

“baik, ini masanya untuk berdakwah tentang Ramadhan. Priority nya adalah kepada Muslim tetapi lagi bagus kalau dapat sebarkannya kepada non-muslim,”

‘ini benar-benar aplikasi dakwah, subhanallah,’ monolog saya.

Bersama group yang mempunyai kira-kira 6 orang ahli, kami bergerak dari satu orang kepada satu orang. pelbagai penerimaan yang kami terima, ada yang ingat kami meminta derma, ada yang sangkakan kami ingin memberikan ceramah.

Ya, dengan ukhti fillah, saya mendekati sebuah keluarga ini, belum pun bercakap apa-apa, risalah kami sudah ditolak.

“ini percuma, saya tak minta bayaran pun, ini bukan minta derma bang,” pujuk ukhti sambil menunjukkan buku berserta beberapa risalah.

“takpe, saya tak nak,”

Saya faham. Dia bukan tidak mahu, dia hanya kurang mengerti.

Saya sekadar tersenyum, baitul muslim benar-benar signifikan kali ini. apapun, keluarga takkan terbentuk elok jika tidak dimulakan dengan individu suami atau isteri itu sendiri. mana datangnya bunga segar jika bukan dari tanah yang subur kan?

“tak apalah, ramai lagi orang yang nak risalah ni,” pujuk ukhti lain.

Pada awalnya saya sudah tahu jika kerja kami akan ditolak, sudah sedia menerima. Buat pertama kalinya, saya tidak takut lagi untuk memberi salam kepada orang sekeliling. Saya tidak takut-takut lagi untuk tersenyum ikhlas. Alhamdulillah.

Apa yang saya rasa, saya enjoy dengan kerja macam ni. Sangat best, bila orang tanya pasal Islam, bila orang tanya tentang risalah Ramadhan, kenapa buat kerja macam ni.

Bila ada seorang pak cik ni tanya,

“kenapa anak sebarkan artikel ni?”

“untuk Ramadhan, pak cik,” jawab ukhti pendek.

Ya, untuk Ramadhan yang kami cintai. Untuk Ramadhan yang datang hanya setahun sekali. Alangkah manisnya jika kita dapat menyambut Ramadhan dengan sebenar-benarnya, sambut dengan meriah macam sambut 1 syawal.

Bercerita lagi,

Selama satu jam, ketika saya berjalan, saya ternampak seorang lelaki berbangsa india yang sedang membaca risalah kami. Saya tak mampu berkata apa, speechless habis. Uncle tu khusyuk benar membaca beberapa article tentang Ramadhan, subhanallah. Mungkin ianya diberikan oleh group lain, ya Allah, sinari hatinya dengan hidayahMu. Amen.

Dan..

Apabila bertemu dengan saudari Rohayati Longan dari Medan, berulang kali kami didoakan,

Ya mak cik, Barakallahufik, dan terima kasih untuk doa yang ikhlas itu.

Ya Allah, hari ni sangat seronok bila dengar didoakan begitu. Bila dengar doa macam tu, rasa hidup dihargai, rasa hidup diberkati, rasa even takde sahabat yang sudi mendengar cerita dan luahan masalah, rasa macam ya, Allah kan ada di sisi.

sempat snap gambar, selamat beramal!



Allah kata Aku kan dekat! Ingat Aku, Aku ingat padamu. Pelihara Aku, maka Aku akan memeliharamu.

Yes, You are closer than my vein.

Even when I’m not alone, You are closer than the vein in my neck.

Even when I’m all alone, You are closer than the vein in my neck.

Even when I’m in sleep, You are closer than the vein in my neck.

Even when I’m all gone, You are closer than the vein in my neck.

Allah, I know I can’t thank you enough.

Happy Ramadhan!


Catatan 3 jam sebelum Pesta Ibadah bermula,
31 Julai 2011 / Ahad.
Syafiyyah binti Mohd Pauzi.


No comments: