Thursday, June 23, 2011

pandanglah orang di bawahmu!

alhamdulillah..syukur pada Allah.. pagi ini masih bernyawa.. alahai, dah 22 rejab.. begitu pantas masa berlalu. ramadhan makin mengintai. apakah diri ini sudah bersedia? yakinkah ramadhan menemui kita? takk takk tak tahuuu.. T..T  teringat sy kisah tahun lepas..seorang sahabat meninggal dunia sehari sebelum puasa..adess. maunya takut ..takut sbb tak cukup amal..mula laa menyesal tak sudah lam kubur,,na'uzubillah.. =(

okeyh.update khalish yang latest neh, khalish daa abeh praktikal !!! banyak kenangan pahit manis asam kehidupan yang khalish belajar.. inshaAllah..nanti khalish post sal praktikal tuhh lam post lain ye naora. sori ye. udah lame tidak menulis..khalish sgt sibuk..ni pun br balek dari gambang.. ade kem..

satu moral value yang paling banyaak khalish belajar ialah. ERTI SYUKUR.. kerna setiap kelebihan yang kita miliki hanyalah pinjaman sebagai ujian kita sebagai hamba.. semuaaaaanya akan ditanya kelak. walhal duit seposen or satu sen yang kita tak pandang mane tuuuh pun akan disoal..haish..

sepanjang praktikal..khalish dikelilingi dengan satu kelompok orang yang kita takk penah pun nak pikir tentang diorang.. iaitu mereka yang selalu buat kerja belakang tabir "solid waste management".. pe tuuh?? itulaa namenye pengurusan sisa pepejal..  okes.meh nak citer..

pernah laaa satu ketika ..khalish diberi task naik lori sampah.. whoaaaa..sies. terlintas pun tak penah.. terbayang pun tak..apetah lagi termimpi.. jaoh333 yang amat. bile tangok orang2 yang kutip sampah neh.. dulu takde perasaan pon. tp selepas duduk skali ngan diiorg..ikut pak cik-pak cik tuhh,, baru laa khalish belajar erti pahit manisnya kehidupan kita.. cube pikirkan sejenak..klo takde laa kerja tukang kutip sampah, agak2 mesti dah bersepah sampah tuh kan. berbukit bukau dah depan umah tuhh. bersyukurlah kita..ada insan yang sanggup kutip sampah kita. 

teringat saya ada seorang pak cik neh..die pernah tanya saya satu soklan..
"ape awak rase klo awak tengok ayah awak kutip sampah yang dibuang oleh awak? "

saya terdiam. tak tau nak jawab pe.
then, pak cik tuh cakap.." nak, balik rumah..renung-renungkan soalan pak cik.."
saya pun tersnyum sahaja. balik umah. teringat soalan tuh. huhuhu..seorang ayah sanggup lakukan apa sahaja demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya..untuk pendidikan anaknya.. tak kisah kerja apa pun.asalkan halal. mashaAllah! tabik springg saye kat diorang. sebagai anak..cube kita renungkan..penat lelah ayah mencari rezeki..untuk sesuap nasi kita..


tempat yg paling mengharukan saya ialah.. sewaktu di pusat pelupusan sampah. melihat pekerja2 di sana .. bermadikan air sampah. hampir menitis air mata saya melihat. perasaan kagum membuak-buak di dalam hati. muliaa sungguh mereka semua. semata-mata mencari rezeki yang halal..tak kisah walo bermandikan air sampah. begitu tekun mereka.

terdetik dalam hati.. "ya Allah.. apakah aku ini belum bersyukur melihat mereka..? semoga aku dijauhkan daripada golongan orang yang hidupnya senang-lenang tanpa memikirkan org2 seperti mereka. .."

satu lagi peristiwa yang menyentuh hati khalish ialah sewaktu kerja-kerja membaiki perangkap sampah. apa perangkap sampah tuh?? okey. senang citer. perangkap sampah tuh..ade lam parit ..untuk menyekat sampah2 besar yang dibuang ke dalam parit. ini nak mengelakkan sampah2 duk bertaburan lam parit tuh n tersumbat. at least..nampak laa  air daripada nampak sampah lam parit tuhh..*bahase senag laa..definition nye len skit asenye* diorg sanggup masuk dlm air parit yg baunya "boleh tahan" semata-mata nk mengalihkan perangkap tersebut. berendam! ya Allah. sayuu hati tengok. then, tetibe lak, awan mendung, n hujan lebat giler pun turun. adess. diorg langsung x kisah. asalkan leh siapkan kerja diorg. klo xde lelaki kat situu..dah lame dh merembes air mate neh.



pengajarannye.. kite selalu memandang org yg yg lebih tinggi yg diberi kelebihan yang ternampak oleh zahirnya sedangkan memandang org yg rendah dari kita lebih tertampak kemuliaan dan kelebihan mereka klo nk dibandingkan dengan kita sebenarnya..


p/s : naora, khalish rindu gler kat naora.. byak bende nk citer kat naora..khalish tak kisaah pun..naora. if u need time ..take ur time.. hopefully you oweyzz be oke..wat molep ehh exam!

1 comment:

naora - khalish said...

part ayah, jangan sentuh. nak nangis. hehe. manja.

surah 17, ayat 37.

"And do not walk upon the earth exultantly. Indeed, you will never tear the earth [apart], and you will never reach the mountains in height".

I adore this beautiful reminder.

lots of love,
syafiyyah. (missyoutoo)