Saturday, July 9, 2011

Berjalan dan Berfikir



Alhamdulillah, takdir membawa saya ke suatu tempat yang tidak pernah saya impikan sebelum ini, benar-benar Allah memberikan saya satu pengalaman yang sangat menarik. Entah kalau tarbiyyah sampai dahulu sebelum result untuk semester 2 keluar pada hari isnin ini.

Apa-apa pun yang akan berlaku pada hari isnin ini, keyakinan sudah pun memujuk hati supaya tenang, berdebar-debar itu biasa, hasil akan datang selari dengan usaha. Bila teringatkan hadis Rasulullah,

“How amazing is the affair of the muslim! His affairs are all good. If he experiences ease, he is grateful, and that is good for him. If he experiences hardship, he faces it with patience and perseverance and that is also good for him,” (bukhari)

kehidupan muslim itu semuanya baik. kalau miskin, ia baik untuknya. kalau kaya, ia baik untuknya. subhanallah, bila Allah menetapkan suatu keyakinan dalam hati, doakan ia tidak akan pergi, moga keyakinan kepada Allah tetap utuh walaupun ujian yang sangat berat menimpa. Bukankah segalanya dari Allah itu adalah yang terbaik?

Bila takdir Allah membawa saya ke sana, saya belajar  beberapa perkara, betapa Rasulullah sudah pun mengajar bahawa cara hidup islam adalah yang terbaik, sehinggakan orang bukan islam juga mengikut cara hidup islam. Cara hidup islam adalah suatu fitrah.

Pertama kali saya bertemu mata dengan mereka yang Allah takdirkan kepada saya, mereka mencedok beberapa garis panduan islam dan sikap muslim.

Rajin

Benarlah, sikap bangsa yang berjaya adalah kuncinya rajin berusaha. Saya bertemu dengan seorang yang kurang upaya, kakinya sebelah tiada, duduk di atas motosikal beroda tiga, tersenyum sambil mengajak saya menumpangnya. Subhanallah, dia tidak mengemis, tetapi berusaha mencari duit untuk makan dengan bekerja sebegitu rupa. Saya tidak dapat bayangkan kalaulah saya yang berada di atas motosikal itu, alhamdulillah, saya bersyukur kerana saya mempunyai kaki untuk berjalan dan kenderaan yang selesa untuk dipandu.

Jadi, layakkah kalau saya malas belajar dan malas berusaha bila melihat situasi itu?

Saya teringat orang kuat Israel pernah mengatakan, muslim boleh diinjak-injak kerana sikap kita yang malas. Malas meneroka, malas berfikir, malas dan malas. Ayuh, buka minda, ubah cara hidup, mari kita jadi rajin, rajin dan rajin. Mari kita bekerja kuat!

Saya akui bangsa mereka hebat, tidak hairan kalau ekonomi dunia juga mereka pegang. Mereka hebat sebab rajin dan rajin. Saya terfikir mungkinkah perkataan malas itu tiada dalam bahasa mereka. Hmm.

kata sepupu saya, semut pun rajin!



Bijak berniaga

Saya melihat dua situasi yang membuka minda saya. Rata-rata orang mereka berniaga, tidak kira kecil-kecilan atau secara besar-besaran. Benarlah Rasulullah juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bila hebat berniaga, ditambah pula dengan sikap jujur dan amanah, keuntungan datang berlipat kali ganda. Kalau berbincang tentang isu berbisnes, mungkin nampak mentaliti sesetengah orang yang berfikir tentang duit dan duit. Tetapi bukankah dengan duit, sedekah dapat dihulurkan, anak-anak yatim akan terbela, islam maju dan seumpamanya.

Lihat sahaja kehidupan Abdurrahman bin Auf setelah disaudarakan oleh Rasulullah dengan Sa’ad bin Rabi’ (muhajirin dan ansar disaudarakan), Saad bin Rabi’ adalah antara orang terkaya di Madinah, rela menyerahkah separuh hartanya dan seorang isterinya kepada Abdurrahman bin Auf.

Tetapi, kata Abdurrahman bin Auf,

“Moga Allah memberkati anda, harta dan isteri anda. Tetapi, tunjukkanlah aku di mana pasar agar aku boleh berniaga..”

Beliau tidak meminta duit tetapi mencari lubuk untuk beribadah dengan duit. Bila kehidupan akhirat yang dikejar, dunia pula akan berlari-lari mengejar kita. Saya kagum lagi bila membaca cerita Abdurrahman bin Auf dengan hartanya, sepertiga dari hartanya, dipinjamkan kepada penduduk Madinah, sepertiga lagi digunakan untuk membayar hutang-hutang mereka, dan sepertiga lagi dibahagikan-bahagikan kepada mereka.

Agaknya, kalau kita kaya, mampukah kita menjadi sepertinya? Orang kepercayaan Rasulullah, baik orang kepercayaan di bumi dan di langit. Hebatkan? Kata emak, islam bukan menyuruh kita menyimpan duit tetapi menggunakannya sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Tidak kira ia duit atau barang, bila namanya sedekah, ia memanjangkan usia walaupun tempat kita sudah di bawah sana.

Berapa ramai antara kita yang bersedekah bila dalam kesempitan wang? Moga tangan di atas lagi dicintai dan lebih baik dari tangan di bawah. Sedikit sebanyak, pengalaman menziarahi mereka, membuka mata saya tentang perniagaan. Sabda Rasulullah, 90% rezeki yang Allah berikan kepada manusia di dunia ini, adalah melalui perniagaan. Tetapi beringat, syarat-syarat berniaga sudahpun diajar oleh Rasulullah. menipu dilarang keras oleh Allah Taala, ancaman dan teguran sudah pun Allah beritahu dalam surah Al-Mutaffifin.

Kalau bercerita tentang pengajaran dan teladan yang kita akan dapat, setiap langkah yang kita lalui itu datang bersama hikmah. Hikmah itu hanya akan datang bila kita berfikir. Sekadar sedikit perkongsian, doakan saya berjaya di dunia dan akhirat, bukan untuk exam kos bioteknologi sahaja tetapi lebih dari itu. 

Tiada yang lebih bahagia bagi seseorang muslim itu daripada kehidupan akhirat sentiasa di hati dan dunia sekadar di genggamannya.

Suka dengar lagu ini. lirik dia cantik.

Inna Rabbaka ‘ala kulli shayin qadeer [Allah is capable of doing anything].




beware, Allah is watching us!


good news!  ainin, kawan saya sudah selamat diijabkabulkan semalam. tahniah! selamat pengantin baru ainin. moga cinta berkekalan sehingga ke syurga. ameen.




p/s : menunggu si dia yang Allah rahsiakan. kata Anna, tanpa lidah, ternyata cinta lebih terang. peh. 

No comments: