Saturday, January 15, 2011

wear it in right way!

sebutir permata diperlubukkan
 memancar sinaran di kegelapan
biarpun tersimpan dalam lubuk
serimu takkan luntur


W.A.N.I.T.A


 okeyh. baiklah. tujuan post saya kali ini ialah saya ingin  berkongsi dengan sahabat sahabat tentang kempen yang saya temui di dalam belog seorang hamba Allah.
*saya lupa da link die..sbb tuh x letak link* 
mengenai satu kempen yang membuatkan saya sangat tertarik.

  alhmdulillah, sejak sekolah rendah saya tidak pernah "selempangkan" tudung saya sehingga menampakkan dada. tak tahu kenapa . perasaan malu tiba2 berbisik tatkala ingin "selempangkan" tudung menampakkan bahagian tersebut.

walhal saya masih kecil waktu itu. belum baligh dan tidak pernah terlintas itu adalah tuntutan dalam agama supaya melabuhkan hijab menutupi dada.

firman Allah s.w.t 

...dan hendaklah mereka menutup kain kerudung ke dadanya,.....
 (an-nur: 31)

teringat kata2 seorang pensyarah fisiologi sewaktu di dalam kuliah,

"dulu masa kecil2 , 
budak2 perempuan malu klo x tutup dada sewaktu awal baligh,
tapi sekarang,
bila dah lama baligh,
bukan setakat x malu, malah jalan mendada lagi  .."

rakan2 wanita tunduk malu
malah ditertawakan lagi oleh pelajar lelaki

indahnya Islam itu kan
pensyariatannya bukanlah ingin mengaibkan wanita
malah melindungi wanita dari aib.

apalagi nak ditunggu duhai 
serikandi serikandi???

jom sahut seruan kempen ini demi menjaga kemaslahatan dan harga diri kita .

jangan biarkan bahagian diri kita yang sepatutnya di tutup dilihat oleh mata2 ajnabi yang
goyah imannya itu

sayangi diri anda.

anda bijak.

pelihara maruah anda.

 
  
hijab - covering chest is the best!!
inshaAllah! 














 

No comments: