Wednesday, January 5, 2011

hammasah mujahidah!

Cubalah untuk memperasankan diri kita, sedikit demi sedikit ya, tak perlu tunjuk pada siapa-siapa, tapi, cubalah tujukan ayat ini untuk anda, untuk saya juga. InsyaAllah.

“kalaulah ada seribu orang mujahid di baris hadapan, aku adalah antara salah seorang darinya, kalau ada seratus orang mujahid di baris hadapan, maka salah seorangnya adalah aku, kalau ada sepuluh orang mujahid di baris hadapan, aku juga akan berada di sana, dan jika hanya ada seorang mujahid di baris hadapan, maka itulah aku!...”

Copy paste dari ayat sahabat dunia akhirat saya. Terima kasih, kamu.


Terkesan sebenarnya. Malu pun ada, mampukah diri? Kerana, masih pendek langkah kaki, masih sedikit ilmu dan amalan, terkadang layu semangat tersembam jatuh dulu, diiringi dosa-dosa yang saya sendiri belum mampu untuk maafkan diri sendiri..

tapi, kata sahabat saya lagi,

hammasah mujahidah!!




jalan ini tidak pernah mudah.
jalan yang dahagakan darah,
jalan yang mengontangkan nafsu,
jalan yang memburu indah,
jalan sehala,
antara hidup mulia,
atau mati syahid.

'ish azizan, mut syahidan!

p/s : doakan kita terus tsabat di jalanNya, jalan menuju Cinta. J



No comments: