Saturday, January 1, 2011

c i n t a N a i l a h

Assalamualaikum readers.

Entah kenapa topic hari ini adalah Uthman bin Affan. Dalam ramai-ramai sahabat Rasulullah, saya kagum amat pada hati Uthman. 

Saya fikir dia sangat gentleman, kerana pertamanya, sifatnya pemalu.

Pemalu..jarang ada pemuda yang benar-benar sifatnya pemalu. Saya menjenguk lagi siapa buah hati Uthman..dan wanita bertuah itu bernama Nailah al-Farafisyah. Kagum membaca kisahnya. Berkali-kali saya mengucapkan subhanallah. Subhanallah.

Beliau adalah serikandi Uthman bin Affan, khalifah ketiga Islam. Cintanya pada Uthman sangat besar, sehingga tiada lagi pengganti Uthman setelah beliau pergi. Kalaulah saya hidup sezaman Nailah, saya mahu bertemu dengan serikandi Uthman itu. Saya mahu melihat wajah indah dan hati wajanya di depan mata.

Nailah seorang pemberani dan setia. Setianya pada suami dan cintanya pada pemerintah. Kolam mata saya berair membaca kisahnya, mungkinkah kita akan bertemu lagi wanita rupawan sepertinya?

“tutuplah rambutmu dengan kain tudung, kerana ia lebih berharga dari nyawaku..” tegur Uthman.

Pada malam berdarah itu, Nailah mara tanpa mengendahkan teguran Uthman. Beliau sudah bersiap-sedia di hadapan Uthman, menghalang pedang yang diangkat oleh Muhammad bin Abu Bakar dengan tangannya. Habis jarinya putus demi uthman. 

Sekali lagi, Nailah bangun dan terus menghalang dengan sebelah tangannya lagi. putus lagi jari halusnya.

Muhammad bin Abu Bakar terus membunuh Uthman bin Affan. Pembelot! Menyelar beliau hidup-hidup. Mencabut janggut Uthman, memukul kepalanya dan menikam beliau. 

Nailah kembali bangkit memeluk Uthman, menahan dari kepala Uthman dipenggal. Syibah turut sama menahan dengan tubuhnya. Apakan daya, mereka ditolak dan dipijak-pijak oleh pembelot durjana.

Uthman wafat di depan mata Nailah. Tragisnya, matinya dibunuh di depan matanya sendiri. ketika tiada sesiapa yang mahu mengafankan jenazah Uthman, Nailah menghantar utusan pada Jubair bin Hizam dan Hawatib bin Abdullah al-Uzza.

Mereka juga tidak berani mengebumikan jenazah Khalifah, pengebumian itu tidak dilakukan pada siang hari, sebaliknya Uthman dikebumikan pada malam hari, antara Maghrib dan Isyak. Setelah kematian Uthman, Muawiyah datang untuk meminang Nailah.

“aku tidak mahu kesedihanku terhadap Uthman pudar sepertimana pudarnya kain-kain buruk dan aku tidak mahu lelaki lain mengetahui apa yang ada pada diriku seperti yang diketahui oleh Uthman..”

Jawabnya bila ditanyakan mengapa beliau mematahkan gigi-giginya, setelah menolak pinangan Muawiyah. Kagum lagi!
 
Untuk teman di luar sana, kita seringkali dihiburkan dengan cerita-cerita Romeo n Juliet, Titanic, Laila dan Majnun tapi betapa kurangnya kita mengambil teladan dari cerita-cerita sahabat dan Rasulullah. 

Saya tidak berasa bangga atau kagum dengan cinta yang hanya mainan nafsu semata-mata. Maaf kalau saya terlalu amat mengkritik. doakan saya terlepas dari ujian cinta yang tidak bermata. ampun ya Allah. Nauzubillahiminzalik.

Uthman, mungkinkah ada lagi pemuda sepertinya?

Kalau ada, kirimkan salam kagum dan tahniah saya padanya.

Cik mar, kalau baby tu perempuan, letaklah nama ni. Kalau lelaki, letaklah nama sahabat Nabi yang dekat amat dengan al-Quran. Kamu tahu siapa, cik mar, cik yo!

Seruan bersama-sama,

Jom kita kawan baik dengan al-Quran! Moga tahun 2011 dan seterusnya, saya boleh letakkan al-Quran sebagai bestfriendforever saya yang pertama. InsyaAllah. Amen.

p/s : saya menunggu kelahiran anak saudara pertama saya. Mohon dia menjadi ahli ibadah dan pencinta al-Quran nanti. Amen. Doakan ya. Lagi 3 bulan dia nak keluar. keluar cepat-cepat ya. dengar cerita, kuat menendang bila ummi membaca al-Quran ya. o yeh! cik ngah suke!

 [tak sanggup dia panggil cik epy. oh. sangat buruk. tade pilihan lain, terpaksa laa panggil cik ngah]

 *berangan itu penting untuk masa depan!*


No comments: