Tuesday, January 18, 2011

S a n a h H e l w a h

sanah helwah ya ukhti habibati

Dia ada di sini untuk seminggu yang lepas, minggu yang bahagia saya kira. Adik-adik berlari memeluknya, pertama kali setelah 4 bulan, saya melihat wajahnya, agak pucat, mungkin kerana kandungannya yang sudah berusia 6 bulan.

Tubuhnya masih kecil, Cuma perutnya yang makin membesar. Subhanallah. Dengan berat melekat di perutnya, sang ibu masih gigih keluar mencari rezeki. Membaca, mengulangkaji untuk subjeknya, masih lagi kuat memanjat kerusi, mencari sana sini buku Biochemistry nya di ruang perpustakaan mini rumah kami.

Saya lebih gemar memerhati dari bercakap bertanyakan itu dan ini. Kelemahan yang besar saya kira bila berhadapan dengannya, padahal sayalah juara mengusik atau lebih bagus saya katakan, juara membuli. Entah kenapa jiwa nakal saya suka melihat orang terjerit-jerit marah, berlari berkejaran sana sini, dan saya akan ketawa dengan kuat. Mangsa pertama pastinya, adik saya, Maryam Nadhirah.

Benarkah, kita tidak pernah menghargai selagi kita belum merasai erti kehilangan? Hargailah pada sesiapa yang mampu membuat anda ketawa sesaat dan terluka seminit. Hari-hari kehilangan, anda pasti mengimbas serba sedikit beberapa minit lalu, tidak mengapa andai jatuh dua tiga titik air mata. Buktinya, anda masih berjiwa.

Ketika saya menghantarnya di airport tempoh hari, satu perkara yang saya  kenalpasti tentang diri manusia, saya, hamba yang cepat terkesan jika ada sesiapa yang melambaikan tangan mereka, tanda selamat tinggal lalu melangkah pergi dengan senyuman.

Kalaulah dia masih di sini, esok, 19 januari 2011, ada kek kesukaannya terhidang di atas meja. Pastinya, kek kesukaan jua kegilaan saya. Banana chocolate cake, sila rasa. Sangat lazat!



Selamat hari lahir ke-24, umi mar. InsyaAllah, jika Allah panjangkan umur, bulan 4 ni jumpa lagi, bersama baby yang sihat, comel dan soleh. Kebahagiaan yang berganda, aku kira ya Allah. InsyaAllah. Terima kasih ya Rahman.

Mardhiyyah - moga Allah meredhai jalanmu.

bersama lagu make me strong oleh Sami Yusuf, bisa saja membuatkan air mata menjadi kurang malu lalu melangkah keluar.


3 comments:

SyaPhoenix said...

keberkatan Allah. :)

Anonymous said...

baru perasan kewujudan blog ni..

mekaseh2..aku sudah tua!ok la kot 24 thn jadi umi..owk?hehee..

gmbo tu mcm fokus ke adin lok..haish adik yg sorang itu...

neway,masa blk ritu aku 7 bulan dh..hihi..

-mardiyah-

naora - khalish said...

wakaka.

mane tau 7 bulan dh. dop rase nak tanye. reti kira seniri je.

kata bulan 4 beranok dekpung.

24 jadi umi ea? nak jadi umi etep laaaa umo 24 ekgi. :P

galop.