Sunday, December 26, 2010

satu kepastian..


.....................

"i know i'm waiting
waiting for something
something to happen to me
but this waiting comes with
trials and challenges
nothing in life is free
i wish that somehow
you'd tell me out  aloud
that on that day i'll be ok

but we'll never know cause
thats not the way it works"

terngiang ngiang wajah seorang sahabat yg baru saja menghembuskan nafas 2 hari lalu. teringin rasenye saya katakan "awak, walaupun saye x kenal sangat dan rapat dengan awak, tapi wajah awak melemparkan senyuman lembut lagi manis kepada saya setiap kali saya bertembung dengan awak, sangat segar dalam ingtan saya".

pemergian beliau sangat2 menyentak hati sanubari saya yang selama ini sangat lagho dan syok dengan dunia.
 jiwa saya amat tersentap sekali. menjadi pengajaran yang amat penting bagi saya bahawa mati satu ketetapan yang pasti..xboleh dianjak walo sesaat pun.

sudah ramai kawan2 dan kenalan meninggal seusia dengan saya. malah sudah 2 orang juniorku di sekolah menengah meninggal. . 

fikiran melayang membayangkan diri sendiri sedang terbujur kaku menanti melaikat maut mengambil nyawa. aaaah! adakah rohku dicabut keluar dgn lembut sekali? ataupun rohku dicabut sekasar kasar sekali? Allah. ape nak dibuat agaknya. TAUBAT? sudah terlambat..meraunglah sehingga putus anak tekak. tiada sapa peduli. mak ayah? kawan2? sudah x bermakna langsung. yang tinggal bersama hanyalah AMAL.


apakah yang kau lakukan semasa hayat di dunia?
ilmu yang kau pelajari, adakah kau beramal dengannya? 
apakah kau memperbuat apa yang kau perkatakan?

solat?
bagaimanakah solatmu di hadapan Tuhanmu selama ini?

al-quran..di mana kau letak selama ini. adakah dibiarkan berhabuk di atas rak?
adakah kamu semata mata membaca tanpa mengamalkan apa yang di dalamnya?
=.=  kawan2..
takutnya rasa.bagaimana klo kita sedar kita x menyempurnakan perkara2 di atas dengan sehabis dan sebaik mungkin...namun apakan daya, sudah berada di kubur waktu itu. 
menangis air mata darah pun, tiada siapa hiraukan. ayuh kite same2 insaf.
*wahai diri sendiri..sedarlaaaaa..sedarrr...*


takut mati

ungkapan ini sering berlegar legar difikiran. kenapa takut mati? saya cuba soal diri saya. hati kecil saya menjawab " sebab dah taw diri ini tak cukup amal soleh".. 
manakan tidak, hati dipenuhi dgn hubbun dunia  (cinta dunia).. 

 ayuhh..koreksi diri kita.. 


i wish that somehow
you tell me out aloud
that on that day you'd forgive me


but will never know cause
thats not the way it works
i beg for your mercy



sihat
jangan sesekali terpedaya dengan nikmat kesihatan badan..kerna sahabt saya meninggal dengan tidak disangka sangka. beliau sangat sihat sekali. namun, takdir telah tertulis , "awak" mesti pergi.

semoga tenang roh awak. saya juga akan ikut awak. cume masanya belum tiba. moga2 saya sempat bertaubat. 

teringin sekali meninggal dalam keadaan menegakkan agamaMu ya Allah. moga syahid memilihku..




ohh ya. inshaAllah. saya akan mengikuti satu kem esok. moga2 perjalanan pulang kembali ke upm selamat. bimbang menyelubungi. jika diberi kesempatan dan peluang untuk menulis lagi, saya akan coretkan beberapa kenangan yang boleh dimanfaatkan bersama ye! mohon maaf atas segalanya.halalkan dunia akhirat ya.  

p/s: Naora, jage diri kamu. doakan saya ye. hehe.
wassalam.  

 


2 comments:

Anonymous said...

pinaaaa~~~~!

pucukhijau said...

NAORA-KHALISH
nice post!!
keep it up!!!

be strong my dear~
strive 4 islam!
insyaALLAH...