Friday, December 24, 2010

u n t i t l e d

22 december 2010

Babak 1.

Terkedu. Dan terasa mahu mengabadikan segala ucapan tahniah dalam belog pulak. Isk isk.

T a h n i a h 

kepada Ainin Sofia dan bakal suaminya.

Selepas hati terpaut, jari pula bertanda ya. Alhamdulillah, selesai jugak aktiviti rombongan merisik dan meminang anda. Si penulis pulak terasa terlebih bahagia.

Syiok kot tengok kawan dah ada tanda-tanda kat jari ni. Tanda pun tanda betul, matlamat utama, ke jinjang pelamin hingga ke akhir hayat kan?

Mengagumkan lagi, bakal suaminya tua 4 tahun darinya. Mungkinkah ainin? Kalau saya tidak silap, umurnya sama dengan sang kakak di Sarawak sana. Dan kamu umurnya 19 ya. Tahniah.

current status :

sangat heppy sampai rasa nak melompat lompat tengok cincin tanda kepunyaannya.

InsyaAllah. Mendoakan segala dipermudahkan. Moga berbahagia sampai bila-bila. Amen.

Indah kan?

Maaf. Post ni sebab terlampau syiok tengok gambar gambar dia semalam. Ngeh9.

23 december 2010

Babak 2.

Kagum. Terkesima dan terpegun. *segala jenis ter.. ya*

Sambil menunggu adik membayar barangan di kaunter, berjalan seorang lelaki yang tangannya digenggam kemas oleh isterinya. Tersenyum manis sambil matanya memandang wajah isterinya. Tulus.

Mengagumkan. Kedua-duanya diam tetapi lelaki itu rancak berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat. Isterinya hanya ketawa kecil melihat aksinya.

Jujur, saya katakan isterinya bukanlah mempunyai kekurangan sepertinya.  Beliau wanita normal, mungkin.

Apa yang saya lakukan?

Teruskan merenung gelagat mereka sehingga mereka hilang dari pandangan.

Apa yang saya faham untuk kedua-dua babak tadi..

Siapa bilang cinta tidak bermata.

Cinta itu bermata halus.

F i t r a h

terjentik sikit perasaan bila tengok kawan sendiri dah nak kahwin ni. ape kes ni py?!!!

normal la tuh. alhamdulillah, rupa-rupanya, perasaan tak terbunuh lagi. 

Lagi seminggu umur akan bertambah ke angka 20. saya rasa terlalu tua untuk itu, maaf. tiada lagi istilah TEEN. nineTEEN. segalanya bertukar menjadi twenTY

bila masuk ke angka ini, saya rasa saya perlu menukar segala pemikiran ke alam dewasa. bertindak secara dewasa dan berfikir secara matang.

tamau. tamao. isk isk. sob sob.

Monash, saya mahu sibukkan diri saya sekarang dan merangka segala pelan untuk 10, 20, 30, 40, 50 tahun akan datang.


Tuhan, 
panjangkan umur yang tersisa ini dengan taubat 
dan cinta hakikiMu.



2 comments:

mannasy said...

awak akan ke monash uni ke feb next year?
medic?
selamat menempuh liku hidup sbg medic student~

naora - khalish said...

erk. sy biotech. mmg da bertapa pun kat monash.

neks march, masuk uni balek.

time kaseh. doakan. :)