Friday, December 3, 2010

Life Is Beautiful

Life is beautiful. 

Have you ever noticed it?

once you realize it, come and give yourself a pause.

Discover it through your eyes.

open your heart and let it speak out loud.

beautiful is a choice. 

choice, buddies.

Kenapa kecantikan yang kita agungkan? Kerana dalam kehidupan kita, ada cerita.  Pelbagai rasa, pelbagai aneka dan warna, kita lah yang melalui jalannya. 

Pernah kita terfikir, cerita mana yang menjadi pilihan kita? 

Ibarat menonton televisyen, cerita kartun menjadi pilihan adik-adik ribena kita, cerita cinta pula jadi pilihan
adik remaja kita.

Bila ditanya, ni apa kes suka tengok kartun?

“Best kot, rase macam hero je.”

*sengal la sesape jawab camnih*

Bila ditanya, apa kes suka cerita cinta ni?

“Dah matang kott. “

*matang le sangat, duit pun mak ayah bagi. O yeah!*

Ya. Hidup kita penuh dengan warna cerita. Ada kala suram terasa bila pahit itu terpaksa kita telan. Ada kala pelangi tiba bila kita diulit indahnya cerita bahagia. Cerita manis itu kita rela menelannya tanpa paksaan  tapi, ada senyuman tawar dan tangisan bila kita diulit cerita pahit.

Tawarnya hanya Tuhan yang tahu, kan? Kan?

Sebenarnya, itulah kecantikan kehidupan. Kita mampu bangkit setelah merangkak terlalu lama, kita mampu berdiri tanpa bertatih jatuh lagi. Kita belajar untuk menjadi matang dan menerima kesalahan bila ditegur. Di situ, madrasah kehidupan mengajar kita erti bahagianya masa depan yang mampu kita lukis dan pahatkannya menjadi realiti.

Pernah kita berangan-angan untuk masa hadapan?

Ada orang merancang untuk menjadi wanita besi, bekerjaya dengan bagus dan professional sekali. Ada orang mengimpikan sebuah keluarga terhebat melalui didikan dan asuhannya sendiri. ada juga orang yang ingin hidup sendiri dan bersendirian. Ringkasnya, kehidupan untuk masa depan itu, kita mampu olahnya menjadi seperti yang kita mahu.

Tapi, siapakah kita untuk merancang tanpa merujuk kepada Perancang?

Kau merancang, tapi AKU yang menentukan,”.

Inginkan kehidupan cantik seperti kita idamkan?

Toleh ke belakang sekejap, tutup mata, rasai segala perjalanan yang kalian lalui. Kemudian, buka mata, lihat kalian berada di titik mana sekarang.

Fikirkan kecantikan jatuh bangun kalian. Senyumlah kerana titik kita sekarang adalah pilihan yang telah Allah izinkan.

He answers your prayers in three ways :
Yes. Please be grateful to Me.
Yes, but, please wait. Be patient when you choose this long tiring journey.
No, this is not the best thing for you. You deserve the best! Keep your faith, my dear.

Tuhan, bersamaMu tiada jalan buntu,
bersamaMu pendirian Kau pasakkan teguh.
BersamaMu, kelemahan menjadi roboh,
Kekuatan yang Kau angkatkannya utuh.

“dan barangsiapa yang bertaqwa terhadap Allah, 
Dia akan menyediakan jalan keluar baginya”.

(65 : 2-3)



Trust Him, your life is beautiful when you don’t wait for Hikmah to come,
But, use your Taqwa to create it.
It’s yours.


Mari, Kita Realitikan Mimpi.

No comments: