Sunday, December 5, 2010

Di mana kamu nyawa?

Ini cerita adik saya yang berumur baru 5 tahun, tapi, mulut dia sangat suka bertanya..

sangat suka dia sebab kalau ditanya dia anak siapa?

"anak mak dunia akhirat!" *mane abah dik? haish!*

Ini untuk saya dan kamu, mari kita berfikir tentang jawapannya. J

Pukul 7.05 petang semalam, abah bawa kami berjalan-jalan, setelah dipujuk pujuk Imam, abah setuju juga.

“Nak pergi mana adik?”

“LagiMura!!!” serentak suara Imam dengan Ikmal.

LagiMura ni tempat budak budak membeli segala perkakas mainan.

Addin dengan Xboxnya, Ikmal dengan Ultramannya, Imam dengan kereta controlnya.

*agak membazir ye teman teman.*

*sabo je le. Mainan je dalam pikiran. Heh!*

“okayyy!!!”

On the way ke LagiMura, abah singgah sekejap di Kedai Astro, katanya nak beli remote control. Yelah, adik adik campak je mende alah tu merata-rata.

Nak naik hangin pun, rase macam tak padan je, budak kecik, mummayiz pun belum lagi.

Sedang adik tengah syiok nyanyi lagu Barakallah, Maher zain, tiba-tiba ada seorang lelaki yang kudung tangannya melintas di depan kami.


“kak pi, bakpe dia tak mati?” dahi Ikmal Hakim dah berkerut kerut pelik.


“Hah!? Kudung tangan kena mati ke?”

*sorry dik, tak paham senanye*


“kak pi, nyawa kat mana?”

*ya Allah, kali ni memang saya terkedu. Terkedu yang amat.*

*senyap saje tak terkate.*

Kami terserempak pula dengan seorang lelaki yang kudung kakinya, tapi laju membawa motosikal. Penuh keyakinan dan gaya.

Subhanallah. Macam-macam yang Allah uji, tapi, di sebalik muka cerianya, ada sesuatu yang Allah tarik. Nikmat berjalan ya diri.


“kak pi, nyawa kita kat mana sebenarnya?adik dop paham, bakpe orang kudung kaki dop mati? Bakpe orang cacat tangan dop mati?” ikmal bertanya lagi.

Seakan mendesak suaranya.


“adik, kak pi dop tahu kat mana nyawa kita. Ada orang yang hatinya berkongsi pun, boleh hidup. Kak pi tak tahu. Allah je maha Tahu,”


Terasa kerdil bila soalan sesimple ini, saya tidak pernah sekalipun memikirkannya.  



“bakpe kak pi dop tahu?kate belajo kat university. Adik baru tadika. Memang la adik dop belajar lagi...” kecewa suaranya.


Kalian, di manakah nyawa kita? Anda tahu, bagitau jawapannya, bukan untuk saya, tapi untuk adik saya, si Ikmal Hakim nih.


Dan malam tu, soalan yang sama ditanyakan kepada mak saya. Sambungnya lagi..


mak, maknanya, nyawa kita bukan di tangan dan di kaki..


Ya. Rahsia Allah sangat misteri. Rahsia Allah itu berbentuk ilmu..

Untuk adik saya yang masih kecil, ada cerita Imam Ghazali yang saya mahu ceritakan kepadanya. Tapi, memandangkan dia masih kecil, hanya ada satu jawapan untuknya.


“Kita nampak Allah tak?”


“tak.”


“bakpe adik sembahyang?”


“sebab adik tahu ada neraka, adik takmo masuk neraka, panas kak pi.panas!” mukanya yakin.

mahu mengalir air mata mendengar keyakinannya, lengkapkah solat kamu wahai diri selama ini?


“Nyawa adik tahu kat mana?”


“dop tahu, sebab tu tanya, tapi kak pi tak tahu,”


“adik yakin je nyawa tu ada, tapi tempatnya kak pi tak tahu jugok..”



Di manakah tempatnya nyawa?


Ada sesiapa tahu jawapannya?


Sungguh ilmu Allah itu kalau kau pelajarinya, 

takkan tersampai dek akal fikiranmu kerana ilmuNya itu sangat luas. 

subhanallah.


No comments: