Friday, December 3, 2010

iktibar buat semua..

assalamualaikum w.b.t..

"whoever loves meeting with Allah,
Allah loves meeting with him too,
whoever hates meeting with Allah,
Allah hates meeting with him too".
                              
                                      (sahih bukhari)

apa perasaan kita apabila membaca rangkap hadith di atas? fikirkanlah. saat bertemu Allah yang Esa, akan tiba jua. sama ada kita bersedia atau tidak, sama ada kita suka atau tidak, pabila waktunya telah tiba, sesaat pun kita tidak dapat mengelak. 

teringat saya kepada satu telefilem 'tanah kubur" tajuknya, arahan rashid sibir jika saya tidak silap. kisah seorang hartawan yang bertopengkan dermawan sambil mengaut publisiti  mendapatkan tender lalu melaksanakan projek2 pembangunan syarikat. melalui duit yang dikumpul, beliau berjudi, makan rasuah, serta memberi rasuah kepada orang len. beliau tidak lupa utk menderma kepada pertubuhan kebajikan namun, sayang sekali menggunakan wang haram utk disuapkan kepada anak2 yatim. dengan kuasa Allah, akhirnya tersungkur di pejabat akibat serangan jantung, dan mati begitu sahaja. yang sedihnya, mayat beliau setelah dimandikan dan dikafankan oleh pihak hospital , diletak begitu sahaja di atas lantai tanpa dihiraukan oleh sesiapa, tanpa bacaan yasin mahupun di temani sanak saudara.anak yang pulang dari luar negara pabila diminta  membacakan yasin dan mengimamkan solat jenazah arwah bapanya berkata, "yasiin?? whats that? i do not know about yasiin and what ..solat jenazah?i haven't heard before"..astaghfirullah..hurm..
takut kan? mahu ke kita jadi begitu? nau'zubillah. mmg la kita mungkin kite cakap kita takkan seperti e2.but who knows?? satu hari nanti..apapun ambillah iktibarnya. *sambungan cerita, sila cari sendiri di tv atau u tube..letih la nak taip panjang2..hehe..*
walo kita kaya atau miskin, sehat atau tidak, muda mahupun tua, ingatlah, maut tidak pernah kenal smua e2. 

walo sakit kronik macam mana pun, klo ajal x menjemput, hidup jugak lagi. walo sehat, segar bugar *bebas penyakit* la katakan, klo ajal menjemput, mati jugak.

saya juga ada membaca keratan akbar beberapa hari yang lalu, mengenai seorng pengurus syarikat yang berjaya, meninggal dek serangan jantung sewaktu memandu. fuuh.nampaknya ramai org meninggal disebabkan serangan jantung. kini, serangan jantung merupakan pembunuh utama lelaki mahupun wanita. *kesiann plak, penyakit jantung di label pembunuh* namun, sekali lagi, ingin saya katakan ambillah iktibar. sekian.


 p/s: hari jumaat la segala amalan kita sepanjang minggu dihitung..ya Allah..apa yang telah aku buat sepanjang minggu ini..hurm.. T.T..



No comments: