Assalamualaikum wbt. Berbulan-bulan
lama aku berhenti menulis. Cuba mencari idea, tenggelam dan kaku.
Embryo
udang aku tengok, tenung dalam-dalam. Ini projek master Cik Mamar, mengkaji
hormone ke atas protein expression udang yang cacat. OKU senang cerita. Tak
payah guna istilah sains, gambar bawah lensa mikroskop sudah cukup menggetarkan
perasaan rindu. Tak perlu bercakap tentang udang, bahan stain yang melekat pada
embryo itu sudah cukup mencambahkan perasaan sayu. Rindu, sesak jiwa.
Lab microbiology, satu aku paling ingat. ayat Dr Mae - Well, this is LIFE! |
Cuma, di
kala aku sedang memegang workbook milik si kecil, mesin robot ciptaan manusia
takkan betah menari-nari lama dalam bayangan kepalaku. Imaginasinya hilang,
gambarannya terbang. Realitinya, rindu mampu aku usai dan padam.
Aku
angkat wajahnya yang kecil, bertudung comel, suci.
“Manis,
tengok bibir teacher. Sebut F-LA-WER (FLOWER), bukan FISH,”.
Hidup
dengan mereka, aku sudah reti menganyam sabar. Sebab mencintai memang begitu,
bukankah cinta itu punyai jiwa dan nyawa? Hidup dan menghidupkan.
“F-LA-WER.
Allah makes F-LO-WER,”. Hakikat kejadian perlu ditanam sentiasa, supaya ruh
bertuhan sentiasa ada. Mencintai memang begitu, membahagiakan, dan dibahagiakan
selalu. Sebab kata F-LO-WER, sampai tua dia masih guna. Jeritlah satu dunia,
Manis sudah reti menyebut kata F-LO-WER. Aku rasa nak lompat atas trampoline
ala-ala siput Muadz yang pelat berwarna ungu.
Di sini
aku belajar, mendidik itu juga seni. Kau juga perlu memerhatikannya guna
mikroskop hati. Ragam mereka, daripada senyum hingga muncung mereka perlu kau
fahami gerak gaya mereka. Mencintai memang begitu, memahami lebih besar nilainya
daripada difahami. Mencintai memang begitu, uniknya, hanya kau yang mampu
memaknainya, bila kau menjiwainya.
“Teacher,
Manis urut teacher ye. Nazira cakap nanti Manis dapat pahala. Teacher jangan
geli tau,”.
Sudah cukup
dengan kata pahala. Aku tersengih lama.
Lebih
penting, di sini aku belajar mendidik diri sebelum mendidik jiwa-jiwa putih
mereka. Mereka meminjam telinga, mata dan lisan kita. Mendidik bukan sahaja
syaratnya mencintai, kau harus memberi, memahami bahkan menyantuni dan
menghormati.
Ar-Raghib
Al-Isfihani telah menyatakan bahawa al-Mansur pernah mengutuskan orang untuk
bertanyakan sesiapa dari keluarga Bani Umaiyah di dalam penjaranya.
“Apakah
yang amat berat sekali, yang kau rasakan dalam penjara ini?,”.
“Dukacita
kami kerana kami terhalang mendidik anak-anak kami,”.
Bila kau
jatuh cinta, carilah jalan membangunkan cinta. Kerana cinta bukan martabatnya
rendah di bawah, makamnya sangat tinggi, bahkan perlu kau angkat ia, biar mekar
tinggi dan bercambah.
Mencintai
memang begitu, hidup & menghidupkan. Bila guru, kau cuba jadi ibu. Bila
saudara, kau cuba jadi keluarga. Mencintai memang begitu – membina dan
menguatkan.
p/s :
rencana Tuhan, sampai bila pun kau takkan faham. Sebab, kau hamba, tak pernah tahu
kejadian masa depan. Gila banyak perkataan cinta dalam entry ni, sebab setiap kali jatuh cinta, aku sakit. Jadi, keputusan yang aku ambil, bangun cinta. Biar gagah tak mengalah. wahaha
3 comments:
Fine.
K bai.
One more thing, love is not a noun. It's a verb. You're proving that.
Mabruk.
From love.
:) I'm still struggling to prove it.
Pray hard, work hard.
Thanks a lot. Pray that we can make it real one day.
InsyaAllah. :)
Post a Comment