Monday, November 18, 2013


Untuk awak.

Segalanya takkan mampu saya terjemahkan dalam bahasa lidah. Takkan mampu untuk saya karang ayat-ayat indah lalu saya susun jadi satu untaian madah pujangga yang indah untuk awak.

Kerana mengenali awak adalah antara takdir yang paling indah untuk saya. Satu anugerah. Tak dapat tidak majlis bertarikh 16 November itu, awak antara mereka yang menyumbang dalam kejayaan saya.  Awak yang menjadikan langkahan saya laju di atas pentas itu.

Teringat. Ada satu benda yang paling saya ingat tentang awak. Bukan cerita awak yang sentiasa tertidur dalam kereta kerana kepenatan, tapi ada lagi momen-momen yang takkan saya lupakan hingga akhir hayat saya. Tentang awak, saya sudah berkira-kira mahu bercerita kepada dia yang akan menjadi orang paling penting dalam hidup saya nanti. Tentang awak, saya mahu keluarga, anak-anak dan sesiapa sahaja dekat dengan saya menyantuni awak, sebagaimana awak sentiasa santun kepada saya.

Awak, segala momen indah, suka duka kita saya akan simpan kemas-kemas dalam hati. Jazakillahu khairan jaza’ untuk  pengorbanan masa, tenaga, wang segalanya untuk saya. Mana-mana yang terkurang, saya minta halal ya. Mana-mana yang terkasar, saya minta maaf ya. Dan paling penting, 6 semester saya sumpah osem dengan adanya awak dalam lab dengan saya. Semoga Allah yang memberikan ganjaran yang sebaik-baiknya. awak sentiasa hidup bernyawa dalam doa saya. sentiasa. InsyaAllah.





No comments: