Tuesday, December 18, 2012

Kirim salam pada incik putus asa


Tiada sebab untuk berputus asa,

Bila Nabi Ayub A.S. tetap dengan keyakinannya,

“Dan ingatlah kisah Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, ya Tuhanku sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang,” (21:83)

Lalu keyakinannya Allah perkenankan,

“Maka Kami kabulkan doanya, lalu Kami lenyapkan penyakit yang ada padanya, dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya, dan Kami lipatgandakan jumlah mereka sebagai satu rahmat dari Kami dan untuk menjadi peringatan bagi semua yang menyembah Kami,” (21:84)

***

Diri, sememangnya engkau tiada sebab untuk berputus asa,

Bila Nabi Yunus A.S. meninggalkan kaumnya dalam keadaan yang marah,

Dakwah ditinggalkannya lalu Allah mendatangkan satu ujian yang maha besar untuk NabiNya,

“Dan ingatlah kisah Zun Nun (Yunus), ketika dia pergi dalam keadaan marah, lalu Dia menyangka bahawa Kami tidak angkat menyulitkannya. Maka Dia berdoa dalam keadaan yang sangat gelap, “Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh aku termasuk orang-orang yang zalim,”. (21:87)

Terkedu aku membaca kata-kata Tuhan seterusnya,

“Maka Kami kabulkan doanya, dan Kami selamatkan dia daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman.

***

Syafiyyah, sememangnya engkau tidak layak bersedih hati dan berputus asa,

Bila Tuhan berfirman seterusnya,

“Dan ingatlah kisah Zakaria, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri tanpa keturunan, dan Engkaulah ahli waris yang terbaik,”.

“Maka Kami kabulkan doanya dan Kami anugerahkan kepadanya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sungguh, mereka selalu bersegera dalam mengerjakan kebaikan dan mereka berdoa kepada Kami dengan penuh harap dan cemas. Dan merekalah orang-orang yang khusyuk kepada Kami,” (21:89-90).

***
Inikan pula ujian yang kecil-kecil begini,
Sudah mahu tersungkur jatuh rebah ke bumi,
Apakah iman kepada Allah itu asli?
Apakah hati masih tidak mengimani?
Diri, cuba cari kembali mana iman dan taqwa yang sejati,
Mungkin setan sedang menghunus duri,
Ingat kata janji setan yang terpatri,
Ingat juga janji Allah yang takkan dimungkiri,
Hanya hamba-hamba ikhlas yang takkan digodai,
Tiada perisai lain selain berdoa mahu bertemu denganMu yang abadi,
Tiada penawar di hati,
Melainkan redhaMu yang kucari.

pesanan pada diri futur setengah jam tadi,

Gahhh. Sakit juge bila tertampar muka sendiri. Huehue.
Erk. Kirim salam lah pada incik putus asa. 
Kalu bercakap bab Tuhan, takde dalam kamus perkataan putus asa.
Tak bagi tahun ni, tahun depan kan ada.
Tak bagi kat dunia ni, kat akhirat sana kan ada.
Hati, optimislah dengan Allah.
Bertaqwalah denganNya.
gahh!

1 comment:

Unknown said...

selamat datang incik berlapang dada ;)