Saturday, June 16, 2012

Dr. Nuha


Panggil aku Nuha. Nuha. Bukan Nuha Senator Tajul bergandingan dengan Alang Rebus Tak Empuk dalam karya Kak Su. Tapi cukuplah sekadar Nuha. Bukan menafikan gene abi dalam 46 chromosome ku. Tapi, sebaiknya, cukuplah Nuha. Nuha, anak berlian arwah abi dan mummy, kakak kepada Hannah.

Nuha yang mempunyai pendirian tegas, bulat kata Nuha, bulatlah jadinya. Mummy, kalungkan Nuha dengan sejuta doa, Nuha benar-benar mahu ke sana. Nuha teringin benar, mummy. Nuha hanya bermonolog rasa. Itu alkisahnya yang lalu, lama sudah, sejak Nuha di bangku sekolah lagi, sejak dia bergaya dengan baju kurung putih dan berkain biru lagi. Ketika itu, Nuha masih ikat kemas rambut dengan tocang ala-ala ekor kuda. kemas.

ya, Nuha yang ceria. arwah abi kata Nuha talkative tahu? tapi itu, Nuha yang dulu. sebelum disapa angin terbang cinta, dipupuk bayu kasih ajnabi. Nuha yang dulunya kental bisa rebah, Nuha yang jarang menyapa dan disapa, bisa tertipu dengan haruman wangi cinta.

cinta?

Nuha tertanya, itu kata kerja atau kata nama? bisa dicanang merata-rata atau cukuplah sekadar meletakkan sebagai rahsia. diulit cinta? Nuha terasa mahu muntah hijau. itu sekarang. dahulu, Nuha belum pernah merasainya, tidak pernah lagi hatinya diketuk dengan bertalu-talu. dan apabila pintu hatinya diketuk, dia tersentak. kuat dan bingit. Nuha tidak mampu menolak, tetapi terus menerima. Bila fitrah disapa dengan lembut, Nuha tersandar bahagia. Nuha bahagia sangat, mummy. Nuha terasa seperti terlantun ke langit, kemudian jatuh disambut awan lembut. Itu kata Nuha sebelum mengenal erti kecewa.

Nuha masih teringat babak-babak cerita diatur Tuhan.

“Nuha, saya ada sesuatu yang mahu diceritakan, Nuha tenang ya,”.

Nuha terdiam.

“dia sakit. barahnya sudah merebak hingga ke hati. Dia sekarang tenat Nuha. saya perlu balik pada dia,” dia berkata perlahan. pertama kali, Nuha melihat air mata lelakinya mengalir. Nuha terkedu. Nuha melihat pentingnya dia pada dia. mudahnya.

Nuha diam. Nuha tahu siapa dia. Nuha mengumpul segenap kekuatan, Nuha perlu tersenyum. perlu sangat, buat masa sekarang ni Nuha. Dia, Nuha kenal dia. Nuha cemburu pada dia. Dia yang pernah ada di taman hati dia. oh Tuhan. Nuha segera bangkit, Nuha perlu berlalu, Nuha mahu suruh Hannah menampar-nampar pipinya lalu mengatakan ini hanya mimpi.

“ya, baliklah pada dia. saya akan okay. saya masuk dulu ya,”. Nuha menggagahkan diri untuk tersenyum.

Nuha hipokrit. berderai-derai air matanya jatuh, Nuha seka cepat-cepat takut-takut mummy ternampak. Nuha akan malu, dan Nuha perlu kuat. Buat masa sekarang ini, bertabahlah hati.

Tuhan, Nuha terasa macam hati Nuha pecah-pecah berdarah. Nuha terasa seperti mahu sujud melutut pada Tuhan. terasa sahaja Nuha? terasa tu tidak cukup. sujudlah, bukankah ini perancangan Yang Maha Esa. perasaan Nuha bercampur baur. dan mummy, Nuha sudah berkira-kira, menghitung tahun, Nuha hanya perlu tunggu 5 tahun lagi. 5 tahun lagi mummy. Nuha akan tunggu dengan setia, Nuha sudah berkira-kira untuk menjadi yang solehah untuknya.

Nuha sudah berkira-kira untuk memakai hijab sebelum berlepas ke Ireland. Nuha mahu mempersiapkan diri, emosi dan mental untuk 5 tahun yang tidak lama. di samping itu, Nuha mahu belajar dengan bersungguh-sungguh, Nuha mahu benar pergi ke kem perang, merawat mangsa-mangsa perang dunia yang kejam dan tidak berperikemanusiaan.  Nuha mahu menjadi ummi yang berwawasan kepada generasi Nuha. Nuha tekad, Nuha mahu menjadi seperti ribuan sukarelawan yang terus menabur jasa. Nuha mahu merasai kepayahan hidup berlantaikan tanah, berlaukkan pasir, dan berkipaskan angin yang sekali-sekali datang singgah bersama panas matahari yang terik. itu cita-cita Nuha, dahulu. dahulu sebelum kecewa.

dan hari ini, Nuha perlu tekad untuk menghentikan angan-angan tinggi yang tak pernah menjejak bumi. Hannah, dodoikan Nuha, Nuha mahu tidur tanpa mimpi-mimpi indah. Nuha penat. Nuha mahu berehat. boleh ya Hannah? Hannah hanya mengangguk lalu menyelimut Nuha yang teresak-esak dan bila mata Hannah tertancap pada deras air mata Nuha yang mengalir, Nuha cepat-cepat meletakkan jari telunjuknya di bibir. Nuha mahu ke sana dalam sebulan lagi. Nuha mahu bangun nanti, hilang segala memori dulu. Nuha mampu, kan Allah? Nuha tahu, Nuha mampu.

Nuha bangkit, melihat sekelilingnya kelam. Nuha melihat Hannah tertidur di sebelahnya dengan memegang tasbih abi. abi! Nuha mahu sahaja berlari dan memeluk abi. Hannah dodoikan Nuha dengan tasbih abi, air mata Nuha mengalir lagi. agak-agak, lama-lama nanti Nuha akan buta mata tak sebab asyik menangis sahaja? Nuha bangun kemudian mencapai tafsir hadiah abi sebelum abi pergi untuk selama-lamanya.  abi, Nuha rindu!

Nuha memegang tafsir yang berwarna merah hati itu lalu memejam mata, Tuhan, jika benar ini dinamakan turning point, pandulah tangan Nuha untuk memilih ayat terbaikMu. Nuha mahu pulang. pulang mahu mengenal Kamu. Bolehkan, Nuha terasa mahu berpaut pada dahan yang teguh dan takkan pernah rapuh. Nuha mahu menjadi kuat, tidak lembik. Nuha terasa dunia tidak pernah berhenti menipu dan Nuha lah tipah tertipu itu. sungguh memalukan! Nuha menutup muka dengan tafsir abi, menghela nafas dalam-dalam sebelum membaca tempat jari Nuha terhenti.

“wahai manusia, kamulah yang memerlukan Allah, dan Dia yang Maha Kaya tidak memerlukan sesuatu, Maha Terpuji,”. (35:15).

Kali ini Nuha sujud damai di atas tikar sejadahnya, menangisi kehilangan dan juga kebahagiaan. Nuha terasa hilang, tetapi manisnya, Nuha terasa seperti bertukar jasad dan roh yang baru. tiada lagi rambut panjang yang Nuha tocang ala-ala kuda. Rambut itu Nuha sanggulkan kemas lalu disembunyikannya di balik kerudung labuh menutupi dada. Nuha mahu menjadi perempuan sederhana dengan bersarung kaki dan berbaju kurung. 

Nuha melihat dirinya di hadapan cermin yang sudah siap berkot hitam. kemas dan konfiden. Nuha menarik nafas dalam-dalam lalu mengambil beg sandangnya dan berjalan ke arah Hannah dan mummy. Nuha tersenyum manis.

ya, ini harinya. Nuha mesti bangkit, bersungguh-sungguh, Nuha mampu, abi.

abi, Ambrose Redmoon kata,

“Courage is not the absence of fear, but rather the judgement that something else is more important than fear,”.

Nuha mahu berani, berani menggenggam mimpi. Nuha mahu hidup, hidup dengan lebih ceria. Dia bagaimana? Nuha doakan yang baik-baik sahaja untuk dia. Lalu cinta bagaimana Nuha? Nuha sudah pandai berkata tidak pada cinta. Maaf, Nuha yang pernah terluka hati, masakan cepat sekali parut lama hilang? Nuha mahu fokus pada cita-cita, hati Nuha sudah double keras untuk cinta. cinta manusia? maaf, Nuha mahu memburu cinta Tuhan dulu, cinta ini sudah tidak terkejar lagi. Manisnya, Nuha sahaja yang tahu tau!

abi,Nuha pergi dulu ya. nanti panggil Nuha, Dr. Nuha ya! InsyaAllah.

-naora-

p/s : untuk Alyaa Sakinah Abd Razak. cerita picisan yang tak best langsung, maaf. aku tak mampu menulis dengan baik, idea masih kurang. dibekukan dengan Psychology mungkin. maaf, ini sahaja aku mampu. tanda sayang ni tau! :p


7 comments:

Kinah Osem said...

OK awal-awal cerita aku dah menangis. best sangat kisah ni.. harap ada sambungan!
*melampau eyh?
tentang perjuangan cita-citanya dan pemburuan cinta Ilahi itu. Aku mahu dengar kisahnya...

Anonymous said...

waaaa...bestnye!!
bagusla.. teruskan menulis!

naora - khalish said...

aku tak pernah pegi ireland kinah. mcm mana aku nk tulis cerita Nuha di ireland?

terpikir lak aku. haha.

p/s : aku tingin sgt nak sambungkan cite ni. tp aku kene ubah tempat dia kot.

jazakillahu khairan jaza'.

kritiklah, supaya aku boleh perbaiki. :)

kinah osem said...

boleh2. tengoklah gambar-gambar atau cntact kawan-kawan ada kat sana. ilham itu ada dimana-mana. bukan sekadar kita menjejaki kaki kita di bumi itu, tetapi hanya melihat gambar sahaja, idea itu mampu muncul.

Anonymous said...

cik penulis kena banyakkan lagi menulis cerpen .. atau banyakkan lagi menulis.

bila terlalu banyak membaca novel tetapi kurang menulis, idea itu akan terbungkam.

dan bila anda mula menulis cerpen, seakan segala-galanya mahu diluah, maka cerita akan jadi sedikit kompleks dan wujud terlalu banyak konflik pada satu cerpen yang ringkas.

untuk cerpen harus ada satu cerita dan pembawaan supaya pembaca jelas dengan mesej yang hendak disampaikan.

apa2 pun bahasa memang mantap.
cuba2 lah hntar artikel..

naora - khalish said...

kinah, yep yep. tgk la dulu. mungkin idea datang bila balik dari kuching nanti. ^^


cik anon,

thanks sbb bace n komen ye. bosan-bosan menulis cerpen. utk hantar artikel, trlalu awal. kemungkinan sangat kompleks sbb crite ni dikarang time stress dgn exam. wehehe. insyaAllah, cuba lagi nanti. I'm trying. :D

Kinah Osem said...

nak cerpen baru...

merajuk**