Saturday, May 5, 2012

zasss!


Usai solat maghrib, aku bersedia. Bersedia mental sebenarnya. Aku bersedia melontarkan ayat selancar mungkin. Tuhan, tiada daya lah aku yang menyentuh hati-hati mereka. Tetapi Engkau yang lebih memahami hati-hati hambaMu. Dan pastinya padaMu segala petunjuk dan hidayah.

“kau, kena bagi dalam bahasa Inggeris tau,”.

Lariiii, ion-ion negative menenggelami otak.

“apasal tak bagitau awal-awal?”. Bom bom semua. Hahaa.

Gila. Pucat muka. Itu first expression aku. Mana positifnya, syafiyyah?

Aku terdiam. Sesak nafas. Speechless dan clueless pastinya. Bukan semua orang dikurniakan kefasihan berbahasa Inggeris.

Aku terpempan sebenarnya. mak kata kalau ada masalah, solat dua rakaat dan berceritalah kepada Allah. Terasa seperti Musa yang gagap meminta Harun sebagai  peneman. Allahu Rabbi.

Aku buat buat muka tenang, padahal hati sudah berombak ganas. Kalau Tuhan benar-benar mahukan ia begini, tiada satu pun daya untuk aku menghalanginya.

Ketika itu, aku sanggup sahaja menyelam dalam kolam ikan. Atau menangkap 10 ekor belut dengan tangan sendiri. Sumpah aku sanggup.

Aku ulang berkali-kali dalam hati, Allah, English is not my first language. how can I deliver tazkirah about You with this weakness? Mahunya aku menangis saat ‘membedal’ roti canai yang sedap tu. Peluh-peluh sudah menitik di dahi.

Macam mana aku ingin meyakinkan indahnya bersyahadatain kepada mereka? Dengan gagap dan tersekat-sekat begini. Tuhan, aku ingin sekali lancar berbahasa Inggeris, dan aku mahu sekali bercerita kepada mereka tentang Islam. Tetapi.... Allahu Rabbi.


aku teringat kata-kata Yahya Ibrahim,

Trusting Allah produces miracles in life consistently and reliably. If you haven't experienced it, then your holding on too tight.

Kemudian,

Allah memberikan sesuatu yang menyenangkan.

Allah mendatangkan seorang Harun. jazakillah ukhti. Alhamdulillah. Aku berdoa semoga Allah memandang pertolongan yang kau kata kecil itu, aku berdoa Allah menetapkan langkah kita di jalan ini. Amen. Barakallahu fik.

Sujud syukur untuk itu.

Apa yang aku belajar?

Aku belajar untuk memaksimakan segala potensi diri. Aku belajar untuk bertenang dan sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Aku sudah teringatkan kelas-kelas bersama Kim, Wahab dan Hasan (aku panggil mereka sahabat, mengajar aku banyak benda, bersama-sama 3 bulan ketika di Lim Kok Wing Uni). Semoga Kim mendapat sinar Islam.

Aku terasa seperti Allah menggerakkan aku bangun dari tidur lena. betapa ramai lagi mereka di luar sana yang perlukan kefahaman tentang Islam. 

Aku belajar untuk menjadi berani. Berani seperti Safiyyah binti Abdul Mutalib, ibu kepada Zubair al-Awwam, roh juang berkobar-kobar dalam dirinya. Cerita Tsabit bin qias aku ulang-ulang dalam hati, pemidato hebat yang bersuara lantang tetapi sentiasa terasa Allah menegurnya apabila turunnya Surah Al-Hujurat, ayat 3. Padahal, asbab turunnya ayat itu bukan untuknya.

Berkali-kali aku meyakinkan diri, kelemahan ini bukanlah kelemahan yang aku mahu bawa sehingga mati. Takkan aku bawa hingga mati. InsyaAllah.

Kata ukhti,

Bila hamba Allah sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri, pasti Allah mengajarnya sesuatu. Lalu dikirimnya padaku ayat cinta ini, (29:69).

“Dan orang-orang yang berjihad mencari keredhaan Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta dengan orang-orang yang berbuat baik,”.

terima kasih Allah.

Aku teringatkan kelas speaking yang sumpah strict ketika di Uitm, dalam bidang Tesl. Langsung tak boleh ada bunyi melayu.

“Mara, nak sambung kontrak Tesl boleh?”.

“tak boleh, tak bolehhh, nama dah di black-list,”

“okenggg!”.

Monash uni memang satu hadiah yang besar dari Tuhan. 

-syafiyyahmohdpauzi-

2 comments:

naora - khalish said...

:)
yeah keep calm and flat as usual you ask me to do so. hehe.

naora - khalish said...

hehe. jazakillah. I'll try hard next time. InsyaAllah. I asked Allah grants us with His blessings.

miss you.

-syafiyyah-