Saturday, April 21, 2012

3 : 200 =)



“True love means helping each other to attain Jannah” 

miss them . so much. oh my Lord. please give us chance to meet again. i love then them 

because of you Allah. Guide us in Your way, don't let us be far from you. Let us being 

together attain Your jannah. let us to play around in the jannah together.



 

kata orang kalau kita nak masuk syurga sorang2 tak syok..sebab mesti kita nak bawa 

kawan2 dan teman rapat serta orang tersayang masuk bersama kita.

ungkapan sayang tidak beerti andai kau biarkan orang yang kau cintai masuk ke neraka dan  kau sorang2 masuk syurga. 


sahabat,

andai aku tersalah jalan, pimpinlah aku kembali

tegarkah dikau melihat aku terus dijalan ini?
melihat orang lain sibuk berdakwah...sana sini..
adakah kau terpikir akan aku yang dulu , yang menanam impian bersama untuk berdakwah 

di jalanNya ini ketinggalan di belakang?



keliru.keliru. keliru.


kelu lidah andai bertentang mata. bak duri yang menusuk andai melihat anak matamu. 

tidak ada apa2 kah untuk dikongsi bersamaku seperti dulu?

aku bersama kawan2 yang masih mencari hidayah Tuhan. namun kau lupa kekuatan untuk 

aku membawa mereka dijalan kita, iaitu jalan Allah memerlukan sokongan dan 


dorongan kalian sahabat2.

andai aku melakukan kesalahan, tegurlah aku.


bukan di belakangku .. tapi di depan ku.

kau bukan sahabat andai kau biar aku tergolek merempuh onak duri ini keseorangan ... 

kerna setiap jalan dakwah itu amat pahit jika kita keseorangan.
erti keseorangan itu amat sebati dengan jiwaku. haha. namun, aku sebenarnya sedang 

ditarbiyah Allah bahawa, aku tidak keseorangan. Allah sentiasa bersamaku.

terima kasih ya Allah.

Engkau bukakan mataku bahawa ungkapan cinta dan kasih sayang di dalam berukhuwah itu 

bermaksud berpimpin tangan bersama-sama masuk ke syurga.


perasaan cemburu itu tetap ada. cemburu melihat sahabat2 menghadiri program dakwah 

sana-sini, sedang aku dikelilingi gelak tawa. namun, disebalik gelak tawa itu, aku menyedari 

akan satu tanggungjawab. membawa mereka ke jalan Allah.


moga Allah bukakan hati kalian ke jalan Allah. aku tidak sesekali meninggalkan kalian 

sebagaimana aku ditinggalkan di jalan Allah ini. semoga Allah memberiku kekuatan untuk 

memimpin tangan2 kalian masuk ke syurga. ini janjiku.





".....wahai orang-orang yang beriman, sabarlah kamu (di dalam menegakkan agama 

Allah) dan sabarlah kamu dalam perjuangan menghadapi musuh (hawa nafsu) dan 

tetap teguhlah kamu ( dalam barisan perjuangan) dan bertaqwalah kamu kepada 

Allah , moga-moga kamu mendapat kemenangan.." [ 3 : 200 ]



1 comment:

Anonymous said...

Kau
Aku masih tidak faham
Apa pendirianmu
Aku juga keliru
Apa yang kau perlukan sebenarnya

Satu perkara berbisa
Jika aku terlampau-lampau
Dalam berbicara
Pernah kau tidak selesa denganku
Aku terkedu membisu
Memahami kehendak diri
dan kehendak sahabat

Aku lemah dalam bersahabat
apatah lagi dalam tutur kata
Mahu menyentuh hatimu
Aku serba salah
Kerana bukan aku yang layak
Bersamamu

Hanya diam aku memilih
Kerana bicaraku dengan hati