Saturday, March 10, 2012

kita sedang bercinta, kan?

Penat. Saya puas berlari. Saya rasa lemak di tempat tempat yang sentiasa biasa diternak, turun sedikit. Saya puas bermain bagai kanak-kanak 5 tahun. Dari buaian, hingga jongkang-jongket, oh saya sumpah suka.

Saya puas berlari dalam group 6 orang yang awesome awesome semua. Kami berlari sambil memegang pen dan tafsir. Saya puas. Di setiap tempat yang kami singgah, kami mentadabbur ayat Allah. Saya puas.

Saya puas bila sempat interview couple itu, bertanyakan soalan soalan agama. Ahh! Mereka tidak buta. Sesungguhnya! Terima kasih kerana melayani kami berenam yang pelbagai ragam. Nanti kita jumpa lagi, saya masih assume kamu suami isteri. Moga anggapan saya betul. Amen.

Saya puas. Bila mengutip daun-daun itu. Betapa setiap daun itu bentuknya lain, saya kagum betul. Corak dan warna juga lain. Rasa sentuhannya juga lain. Saya puas mengenali jenis daun tadi. Saya kagum. Pasti daun yang gugur di Eropah juga lain bentuk dan warnanya. Saya mahu ke sana. Serius. Saya mahu menyebutnya beribu kali lagi, supaya nanti azam dan perkataan ini Tuhan memakbulkannya. Saya yakin itu.

Bila saya mendengar lagu unwritten dari Natasha Bedingfield, saya terbayangkan saya membimbit buku-buku tebal di musim luruh, sambil memakai kot cantik, dan berjalan dengan ceria ke university. Saya menunggu ini menjadi reality. Saya puas berangan ketika mencari daun-daun cantik tadi. Kegilaan.

*saya tahu lagu tu tak islamik. Tapi lirik dia, lirik dia dekat dengan saya.  Huk8. Kegilaan lagi. Saya sepatutnya buat report biochem. Bukan menjenguk blog atau youtube ketika ini. 

Saya puas. Bila mendengar suara sahabat dari Sarawak bercerita tentang seorang pak cik. Sedang dia bercakap dan bertanya seorang pak cik, ditanyanya kembali,

“apakah dimaksudkan dengan niat?”

“err.”

“Niat itu sesuatu yang tidak berhuruf dan tidak bersuara,”

Saya terpegun. Terima kasih pak cik.

Saya puas. Bertemu sekali lagi dengan doktor dan para jururawat hati. saya puas.

Kita sedang bercinta, kan ukhti fillah?


doa : moga cinta kita sentiasa merah menyala-nyala.


No comments: