Monday, March 5, 2012

Diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda :

" bahawasanya seorang lelaki telah menziarahi temannya kerana Allah di sebuah kampung lain, maka Allah taa'la telah mengutus seorang malaikat untuk menemuinya di perjalanan, lalu dia bertanya : Ke mana engkau hendak menuju? jawab lelaki itu :  aku hendak menziarahi seorang teman di kampung ini. Tanya malaikat : Apakah engkau mempunyai sesuatu hajat dari orang itu? jawab lelaki itu : Tidak! hanya dia teman yang ku sayangi kerana Allah. Kata malaikat : aku ini adalah utusan Allah kepadamu, untuk memberitahumu, bahawa Allah telah menyayangimu, sebagaimana engkau menyayanginya kerana Allah." 

p/s:  khalish rindu naora kerana Allah! sutung celop + coconut bergoncang sentiasa di hati.. :) hehehe.. 

No comments: