Friday, March 23, 2012

Dare to dream

Bismillahirrahmanirrahim.

Kita manusia yang suka bermimpi. Opsss! Bukan kita, tapi saya. Ya, saya suka bermimpi. Mimpi berjalan di ladang lavender, atau berbaring di atas kaki bukit sambil mengira bintang (semua gara-gara cerita kartun, haih), berjalan di ladang strawberry dan pada waktu petangnya, saya mahu bersantai di balkoni menghadap bukit menghijau sambil membaca buku dan minum teh strawberry. Oh dunia semata-mata!

saya teringat. Bila dilukis seperti gambar ini oleh ukhti solehah. 

[gambaran di atas, berdasarkan Hadis Rasulullah, maaf, saya tak ingat hadis yang mana satu. kena banyak selawat kott epi.]

Pedulikan tulisan hodoh. Nampak? Mimpi dan angan-angan melebihi garisan kematian. Tak sedar, kita banyak bermimpi sehingga jalur kematian datang, memotong anganan kita. Kita rasa rugi? Kita lebih rugi bila kita rasa rugi dengan apa yang kita mimpikan. Dan nampak, rintangan dan ujian itu masih di bawah, tak sempat mendaki jalur mimpi, tapi kita suka berhenti di situ, memandang halangan dengan lama, tanpa sedar, kita boleh melepasinya. Kerugian kan?

“kita bermimpi sehingga lupa akan mati,” saudara ansar saya menjawab. Jangan gelak bila saya sebut ansar.

“kita selalu bermimpi, tapi dihalangi oleh cabaran dan halangan,” ukhti seorang lagi menjawab.

saya tidak serius? Bukan, saya sumpah serius ketika itu. Cuma ya, jawapan jujur saya adalah aiskrim.

Salahkan bermimpi? Mana salah!

Tapi kita suka bermimpi sesuatu yang sempurna. Esaimen bagai nak dapat markah penuh, bila dapat sekadar cukup cukup makan, kita bermasam muka, kita tersenyum tiada perasa. Jadi, kita silap, silap besar. Kerana bermimpikan sesuatu yang sempurna tanpa memikirkan cacat yang pasti ada.

Kita bermimpikan ukhuwah yang manis tanpa cacat cela. Tapi kita cepat melatah bila perasaan dirobek. Rasa hati yang disimpan dulu-dulunya, bagai terlayar depan mata satu persatu. Setan tu memang banyak sangat kerjanya. Kenapa ukhuwah? Itu saya. Sebab otak saya hanya mengenang benda-benda yang indah sahaja untuk ukhuwah. Padahal manisnya, hanya Allah yang tahu. Dan pahitnya, hanya hati kecil saja yang merasa. 

Dan sayalah salah, target ukhuwah mesti begini : masam manis! Sweet sour!

Dan untuk itu, saya masih mengambil masa, untuk biasakan lidah dengan mempelam yang sumpah masam, dicicah dengan garam dan cili! Tuhan, beri kami kekuatan. Tingkat itsar takkan aku harap lagi, cukuplah level bawah –berlapang dada dahulu. Allahu Rabbi. maaf atas kekhilafan diri. sudah tak mampu untuk menipu diri dan memujuk hati. 

Mimpi Hidup

ukhti, pernah kah kita bermimpi sesuatu tentang dakwah dan tarbiyyah?

Dia pernah berkata, “kalau enti mampu bertahan dalam dakwah, enti akan jumpa banyak perkara, akan belajar sesuatu tentang luar biasa,”.

Dan saya, hanya budak-budak 3 tahun, bercakap pandai tapi pelat pula, berjalan pandai tapi selalu terjatuh, makan pandai tetapi mestilah akan meraung juga bila tergigit cili. Agak-agak, dengan usia jagung dalam tarbiyyah, apa yang kita sudah pandai?

Banyak tak pandai. Banyak sangat. Tapi ilmu masih perlu digali, skill komunikasi perlu diperbaiki, rentetan peristiwa sirah masih banyak perlu dihadam, difahami dan diingati- khususnya nama-nama agung yang menggegarkan dunia, benda simple dipandang tinggi. Ahh, banyak lagi yang perlu belajar. 

Perbandingan yang saya takkan lupa sampai bila-bila saya rasa.

Nampak garisan panjang bawah garisan lurus angan angan? Itu kita. Kita selalu memikirkan ujian yang sedang datang, sedangkan ujian itu akan datang berterusan. kita memandang ia dengan sangat lama, lalu kita menghentikan langkah. Kononnya memberi laluan kepada ujian yang datang singgah di teratak kehidupan. Jadi bagaimana dengan mimpi yang tinggi sampai ke langit biru tu? tercapaikah?   *bajet senang? 

Selepas pagar pertama kita lepasi, agak-agak cukupkah dengan pagar tadi sahaja untuk mematangkan kita? Pagar yang lebih tinggi akan datang, dan mendewasakan kita lagi. Dan cukupkah dengan larian konsisten begitu sahaja, tanpa latihan lompat pagar dan marathon ala-ala kuda lumba diraja?

Terjatuh, patah kaki, patah hati, itu normal! Garisan penamat masih belum tiba, maka tolonglah teruskan berlari! Jangan lupa, kalau ada pagar lebih tinggi, jangan berlari dengan steady saja, tapi sila ambil lajak dahulu, baru lah melompat tinggi-tinggi! Awas ya, jangan sampai patah kaki.

Tetiba, saya terkenangkan game Aladdin dan jumping genes. Haih. 

Dan pastinya, kita lebih mampu dari apa yang kita sangkakan. Tak percaya? Cubalah try test. Huu. 

*itsar : mendahulukan orang lain dari diri sendiri.

notetoself : what doesn't kill you - makes you stronger. true indeed. 

2 comments:

Anonymous said...

serius bahasa yang mengugah jiwa. teruskan menulis dan better dikongsi pada khayalak umum.

naora - khalish said...

erk?
terima kasih cik anonymous.

InsyaAllah. dan terima kasih sbb bg support. Barakallahu fik.