Monday, January 2, 2012

Walimatul urus + Babysitter

Bismillahirrahmanirrahim

Fuh! Penat penat.  Haha. Drive pergi balik ke Kluang, Johor. 3 jam lebih untuk satu hala jalan. Sorry wiwi, exceed limit je. Tak kisah dah pecut 140, 130, sungguh tak mampu kalau sekadar 11o km/J.  nasib wiwi still ensem dan tak marah atau meragam! Oh lupa nak cakap, wiwi tu kereta.  Kuikui. Ganti pet yang seekor pun tak pernah aku bela. 

Tahniah ukhti Rose! Dan thanks untuk kongsikan cerita secret sungguh manis itu. Kalau tengok 100 pasangan, 100 cerita cinta yang bakal kita dengari kan? Aku tidak minta sesuatu yang sweet atau apa-apa pun, cukuplah sesuatu yang boleh aku bawa kenangan itu hingga ke akhir hayat. Aku tidak minta sesuatu yang luar biasa, tapi cukuplah namanya nanti akan aku sebut pada Allah berkali-kali, tak lekang di bibirku, sepanjang hayat. InsyaAllah.

Okay, dah lah jiwang-jiwang ni. Sungguh tak mampu. Kwang3.




Apa yang best hari ni?

First time jadi babysitter pada kanak-kanak yang ramai. Nak gelak pulak. Macam-macam aksi aku lihat. Macam-macam perangai aku cuba fahami.



ni qis Rumaisya

Reem

Mukhlis + Musa

Zainab


Mawaddah (tengok pipi dia....cubit cubit!)


Ada yang menangis tak henti-henti. Ada yang nak berdukung je. Ada yang bergaduh berebutkan barang. Ada yang main plasticine. Ada yang makan plasticine. Ada yang senyap kemudian sangat hyperaktif.

Sayang sayang sekalian, time kasih sebab ajar akak something harini ya. Ahaha. Pelajarannya, bukan senang nak jaga budak. Perlukan jangka masa lama juga untuk prepare diri. Perlukan kesabaran dan contoh teladan. 

Anak-anak ni akan cepat memberontak bila disebut perkataan jangan.

Jangan makan atas toto, sayang.

Bedebuk! Kena baling dengan buku. Haha. Terbaik Reem! 

Jangan buat macam tu, sayang.

Sumpah makin dibuatnya. Ahaha. Stress sekejap!

Apa aku belajar, kena tukar ayat kepada ajakan dan pujian. pujian ni buat kata penyokong, kata penghargaan. kita juga suka dihargai dan dipuji, begitu juga kanak-kanak kan?

Tolong akak kemas barang, Musa. Musa anak soleh.

Mari makan dekat sini, sayang. Okay, Good girl.

Begitu lah. Apa yang aku fikirkan, kalau lah begini kita mentarbiyyah dalam konteks (banyak gunakan kata larangan daripada ajakan), sungguh aku buntu bila melihat respon kanak-kanak suci tiada noda itu tadi. Sedangkan mereka juga tidak suka jika banyak dilarang, apatah lagi kita-kita yang sudah dewasa dan sudah berasa matang tidak perlu ditegur dan diajar.

Oh, satu lagi. Better beri nama anak satu sahaja, tak payah panjang-panjang. Sedangkan Muadz pun, orang panggilnya ‘Adzz. Z tebal dibelakang. sayu je hati ummu muadz, nanti cari nama anak next, 3 huruf je eh. huehue.


Dulu saya pernah berpesan kepada adik-adik sepengajian: "Kalau mahu menghasilkan cekodok yang sedap pasti proses pencekodokannya sukar & panjang. Jika mahu menjadi murobbi kepada masyarakat, proses pentarbiyyahan yang mesti dilalui adalah lebih mencabar! 

(Afiq Saleh)


mampukah aku menjadi ummi mithali nanti? yang akan memberikan dakapan dan ciuman di pipi mereka pada waktu pagi dan malam mereka? yang mampu bercerita tentang keunggulan Rasulullah dan sahabat? yang mampu membacakan sirah Rasulullah sambil mengulit tidur mereka? yang mampu mengajar mereka mengaji? yang mampu membina sahsiah anak-anak yang solehah? dan paling penting, yang mampu menjadi sahabat terbaik mereka, berkongsi rahsia suka duka mereka? lebih dari penting lagi, menjadi seorang ummi yang dapat membawa anak mengenal Tuhan. yang bila mereka menangis, mereka akan senyap dan tersenyum mendengar ayat pujukan Allah Taala?


oh ini sungguh serius. 

ini bukan lagi jiwang. ini fitrah. prepare diri, ayuh sahabiah sekalian! 

aku tekankan sekali lagi, ini sungguh serius. 





5 comments:

Unknown said...

kih8..rendunya kat budak2 comel tu. lepas ni kalo nak ckap ngan bebudak tu xboleh cakap jangan dah. :p

rindu zainab lah.lenguh tak habis lagi. :D

ko rindu abdulrahman x? kih8.

naora - khalish said...

haha. abdul rahman tu? sape tak ingat. nanes tak henti nak dukung je. nangis kat tepi tinge aku lak tu. haih.

tapi enjoy kan syah? ahahha. rendu kat budak2 tu. rendu2. huahua.

. said...

Wahhhhh!!!

Mcm mana bole jadi babysitter ni?

naora - khalish said...

tup tup je jadi. hahaha. :p

takdir Allah sbb aku nak sangat merasa jd babysitter kott! huahua

Najwa said...

comel je kak ros:)