Friday, June 17, 2011

"o my Lord, advance me in knowledge..." (20 : 114)

Saya mengeluh. Benar-benar mengusik ketenangan. Benar-benar menyesakkan dada. Melihatkan kertas soalan yang saya sudah buntu memikirkan jawapannya. Saya duduk tertunduk sekejap, berfikir lama, apa yang tidak cukup lagi? mana yang kurang?

Ya. saya kurang keyakinan. Niat saya sudah terpesong. Bukankah ilmu itu tiada masa sempadannya? Saya menghadap lecture Chemistry yang banyak itu untuk exam 8/6/2011. Sekadar itukah? Kemudian?

Saya tersentak bila emak menegur lembut,

“ ilmu itu letaknya di dada. Bukan sekadar tulis di atas kertas jawapan. Dan kita tak perlu takut dengan exam, kita bukannya menghadap Izrail dan kematian. Kita hanya sekadar menghadap kertas soalan untuk 3 jam sahaja. Kita belajar 3 bulan untuk 3 jam itu sajakah? Kita belajar 3 bulan untuk seumur hidup. Tu kena tukar niat belajar. ”

Pipi panas. Terasa terasa.

Dalam bab The Muslim and His Own Self, buku The Ideal Muslim, karangan Muhammad Ali al-Hashimi ada menyebut,

Safwaan ibn Asaal al- Muraadi came to the Prophet in the mosque,

“ O Messenger of Allah, I have come seeking knowledge.”

The Prophet told him,

“ Welcome, O seeker of knowledge! Truly the angels surround the seeker of knowledge with their wings, gathering around him in ranks one above the other, until they reach the first heaven, out of love for that which he seeks..”

Lagi.

Imam Abdullah ibn al-Mubaraak was asked,

“ How long will you seek knowledge?”

“ Until I die, for probably I have not yet learnt the things that will benefit me most.”

Rendah hati kan mereka? Subhanallah. Adakah layak mengatakan kita berilmu sedangkan semangat dan kesungguhan masih berkurang? Ya, saya masih kurang. Dari sudut semangat dan kesungguhan, saya masih jauh ketinggalan. Masih tidak pandai. Masih perlu disuruh-suruh. Masih perlu disalurkan semangat. Kurang sungguh! Kalian bagaimana?

Kata Imam Sufyaan ibn Uyaynah bila ditanyakan tentang,

“ who is the most in need of seeking knowledge?”

“ Those who have the most knowledge because if they make a mistake, it is worse. “

Dan untuk teman seperjuangan yang sudah berumur 20 tahun pada 16/6/2011,

“Selamat Hari Lahir. Orang yang diingati bukanlah orang yang ditinggalkan. Sahabat itu banyak. Perlu dicari. Perlu dinilai. Sayang itu darjatnya mulia bila nama itu disebut dalam doanya. Tidak dapat diukur melalui banyaknya percakapannya, tidak dapat diukur dengan banyak diamnya. Maaf kalau kaku dalam berbicara, InsyaAllah, dengan diam itu, doa sentiasa akan mengiringi, tidak pernah lupa sedetik pun. Semoga sentiasa dalam keberkatan Allah.. “

doakan paper Biology 21/6/2011 ni. 

p/s : untuk khalish, akaun FB ditutup kerana beberapa sebab. rasanya biarlah rahsia. sayang itu duduknya dalam hati, InsyaAllah, kita masih boleh berhubung dengan doa. kalau rindu aku, beritahu Allah eh. nanti Allah ilhamkan pada aku, InsyaAllah. ngehehe. 


No comments: