Saturday, April 2, 2011

hati pecah-pecah





Tengok markah lab report.

Ya Allah. Okay, sabar. cool. Buat experiment dulu. Jangan fikir apa-apa lagi. even dalam hati rasa macam...ni rasa macam nak demam lagi ni.. okay, relax. pass. bukan fail pun. pass. 

Apa yang tak cukup ni?
Mana yang tak betul ni?

Selak selak. Rasa macam takde la banyak salah. belek-belek, mana yang tak kena ni? Tulisan merah pun tak banyak conteng pun.

Cool. Ingat tazkirah sahabat, Kebersamaan dengan Allah.

Pesan dia,

“kalau kau panik, kalau kau stress, time tu kau boleh nampak Allah sebenarnya kelas nombor berapa dalam hati. Setiap apa yang Allah bagi, itu yang terbaik! Mesti terbaik punya!..”

Okay. Cool. Kacau benda ni dulu. Panas. Neraka memang tak jawab la kan.

Senyum rehat yang terbaik. Sengih sengih. Dalam hati, nak pecah limpa. Kebersamaan dengan Allah. Kebersamaan dengan Allah. Saya ulang ulang banyak kali dalam hati, tenang sedikit.

Ingat Allah. Ingat Allah. Allah kan dah janji, kalau ingat Allah, confirm tenang punya.

Ingat kat Muadz. Senyum.

Ingat kat mak abah. Senyum.

Ingat kat adik beradik. Senyum.

Teringat dialog saya dengan teman,

“sekarang ni, macam dah jarang nak cakap dengan Allah lama-lama. Nak buat sesi luahan hati pun, teringat kat assignment. Entah apa-apa. Dunia semua ni! Nak lah jadi orang yang Allah tak lupa kita dan kita tak lupa Allah...”

“bila Allah bagi hang ingat kat Dia, Dia dah lama ingat kat hang. Hang tau dak?!”

Saya rasakan keputusan minggu lepas adalah keputusan yang drastik. Bukan homesick. Bukan. Tapi, jiwa sudah tenat. Spirit sudah mati. Tengok lab manual, rasa dah takde perasaan Cinta. Tengok lab coat rasa macam dah nak lipat dan letak elok elok dalam almari. Baru lima minggu!

Kenapa cinta cepat rapuh? Kenapa cinta cepat pudar? Jauh dari Allah. Saya rasakan itu sahaja jawapannya.

Apa lagi, lari cepat cepat kejar Allah balik. Isi banyak-banyak dengan nama Allah balik. Gantungkan segala harapan hanya dengan Allah sahaja.

Dan kerana Allah, saya mahu balik. Balik ke Terengganu.

Saya mahu merawat keletihan jiwa dan roh.

Saya mahu merawat lenguh-lenguh sendi hati.

Saya mahu mencari vitamin untuk otak dan jiwa.

Saya mahu mendengar cerita mak dan adik-adik pula.

Even saya sangat kurang bercerita.

Saya pegang kata-kata sahabat,

“tiada yang lebih menenangkan, selain bercerita dengan Allah.”

kalau nak mengadu banyak-banyak, mengadu jep kat Allah. if you want Allah to choose you, choose Him first, simple rule, kann?

Walaupun kawan sejuta orang, takkan sama dengan Allah Yang Maha Satu. Kawan takkan faham dan takkan mendengar..

*maaf, tapi better to think that way, kan? Supaya anda bukan orang pertama yang saya cari.*

Saya memerlukan catalyst!

Solat itu rehat.

Senyum itu rehat.

Diam itu rehat.

Sabar itu rehat.

Baca alQuran itu rehat.

Tengok muka mak abah itu rehat.

Dan, paling best bila balik rumah...

“boleh makan Ikan!”

Subhanallah, sampai sekarang, saya sangat excited bila tengok ikan ada dalam pinggan saya. Ikan, bukan ayam. :D

*dalam proses mengembalikan jiwa yang telah futur. Doakan. 

2 comments:

Aeman said...

lama sepi semua bicara antara kita.

ehmm.

di sini pun jiwa terasa kurang.

lemah longlai berjalan.
air mata jd teman.

ku hny mmpu kirimkan doa kerinduan.

Allah,
permudahkanlah segala urusan temanku ini.

naora - khalish said...

terima kasih wa.

epy rindu wa. :(

cepat lah balik!

wa, Allah is closer than your vein. have faith, wa. :D

love..syafiyyah.